DiY Reben Hiasan Tudung, Blouse, Skirt Muslimah Atau Beg

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Diy kembali lagi. Kali ini Suri ingin membuat toturial cara membuat reben butang a.k.a Diy reben hiasan tudung, blouse, skirt muslimah atau beg.

“reben butang” di beri nama kerana dua barang ini sahaja yang di gunakan. So simple dan mudah nak lakukannya.

Jom kita menyemak antara barang-barang yang wajib kau orang mesti ader:-

  1. Reben pelbagai warna
  2. Butang bersaiz besar dan kecil
  3. Benang
  4. Jarum
  5. Pin besi
  6. Gunting
DiY Reben Hiasan Tudung, Blouse, Skirt Muslimah Atau Beg

Jom ikut saya !

Baju comel hadiah untuk awek

Langkah-langkahnya:-

  • Potong reben anda mengikut ukuran yang di gemari.
  • Ikat ia membentuk reben dan jahitkan reben anda tadi dengan benang matikan.

  • Ambil butang bersaiz besar dan letakkan di atas reben tadi. Jahit lagi sekali dan kemaskan ia di bahagian belakang dan matikan jahitan itu.

  • Lakukan perkara yang sama seperti di atas tadi. Masukkan butang bersaiz kecil pula letakkan atas butang yang bersaiz besar di jahitkan dengan kemas dan matikan benang anda.

Ini adalah hasil reben Suri nombor dua. Jahitan memasukkan butang untuk di lekapkan bersama dengan reben.

  • Langkah kedua juga masukkan lagi butang bersaiz kecil kemaskan dan matikan benang tersebut.

  • Akhir sekali apabila semua butang besar dan butang kecil selesai di masukkan sediakan pula pin besi.
  • Jahitan ini mestilah berbalas tiga kali bahagian sebelah kiri dan kanan. Kemaskan dan matikan jahitan benang itu.

Inilah hasil yang berjaya Suri siapkan πŸ™‚

Diy reben hiasan tudung, blouse, skirt muslimah atau beg Sebenarnya ada banyak cara untuk kita hias reben. Ia bergantung pada daya kreatif masing-masing. Reben ini telah selamat di gunakan pada baju anak Suri sebagai hiasan atas bahu, topi, skirt muslimah, tudung dan juga Suri sempat pinkan ia di beg sandang bear tu hee..

Jubah Gigi Boya!Β 

Nota kraf Suri diy reben hiasan tudung, blouse, skirt muslimah atau beg:-

Jarum dan benang: di gunakan untuk mengukuhkan material yang di bangunkan. Walaubagaimanapun ia bergantung pada material apa ingin anda gunakan. Sekalipun anda ingin menggunakan gam tembak ataupun anda ingin menggabungkan keduanya pun boleh πŸ™‚

Suri bab ini lebih selesa sepenuhnya menggunakan jahitan tangan πŸ˜‰

Butang: Ada pelbagai jenis butang boleh anda gunakan. Jangan terhad pada satu design sahaja. Butang yang comel dan warna yang menarik boleh membuat anda akan nampak lebih cool!

DIY mudah dan menjimatkan πŸ˜‰ jomlah cuba !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *