Tapak Gulung Eh, Bukan Tapak Kelim a.k.a Rolled Hem Foot

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Oh tidak musim mencari alat bantuan jahitan untuk mesin jahit singer semakin menjadi keutamaan. Tapak Gulung Eh, Bukan Tapak Kelim a.k.a Rolled Hem Foot yer ker? itu yang di cari..

Apakah yang di cari adalah “tapak-tapak mesin jahittapak mesin jahitan tambahan ada pelbagai jenama dan jenisnya iaitu tapak gulung a.k.a tapak kelim, tapak ropol atau tapak kedut, tapak binding, tapak piping jahitan kemasan kun atau tapak jahitan sambungan, tapak zip sorok, edge joining foot, tapak jahit khas untuk kain licin, tapak elak jahitan melangkau dan paling utama pembalik kain ataupun panggil loop turner.

Kamu orang ada jual kalau ada bagi tahu sebab Suri sedang servey harga ini.

Tengahari Jumaat itu..

Kalau semua barang ada memang hati akan jadi senang

Kalau semua barang ada memang hati akan jadi senang

Serius dengan sedihnya hati tidak dapat up

date blog itulah si dia pergi bawa laptop ke luar daerah sedih hamba tau. Jadi den pergilah merempit sekejap memujuk hati mencari tapak jahit pelbagai guna ini.

Sayu sahaja hati bila barang yang di senaraikan dari liman tapak hanya satu sahaja yang Suri jumpa. Itu tapak kelim / Rolled Hem Foot. Tapak kelim ini memang tak ada dalam senarai pencarian pun ahaks tapi sahaja Suri beli.

Macam mana nak menggunakan tapak kelim ini atau dalam bahasa tukang kedai itu tulis dekat kertas note kecilnya tapak gulung. Ah..gelak jugalah puas Suri memikirkan macam manalah bentuk gulungnya eh.

Pembantu kedai ” ini sahaja yang ada loh”

Suri “tapak gulung..macam mana itu”

Pembantu kedai “entahlah saya pun tak tahu ma”

Suri “Eh, macam mana dia bentuk gulung tu he” sambil tanpa segan Suri menunjukkan tapak kelim a.k.a tapak gulung pada mak cik kat sebelah..

Mak cik “Agaknya masa kita jahit kain itu akan bergulung-gulung tak” ada senyum di kedua lekuk bibirnya yang tua itu..

rolled hem foot

CREDIT rolled hem foot

Suri “Erk..” ternyata mak cik ni memang peramah wei..sesuai jadikan mak mertua ni… pi!!! dah sedarlah diri kau tu dah kawin..

Pulang sahaja dari rumah terus try and silap akhirnya apa ya haaaa..kita tunggu sahajalah apa akan jadi untuk entri yang selanjut boleh?

Oklah tiada apa nak bebelkan just nak kongsikan kesedihan hati sahaja mencari benda yang rasanya murah tapi susah nak di cari. Kalau ada wajib budget betul-betul baru beli. Itulah puas cari serata Ipoh, kalau tiada juga gua mau cari di Melaka minta ayah poslajukan boleh aha..paling terdesak gua kena beli jugalah kat kedai online yer dak. Mahal kasi pejam buka tutup mata sahajalah.

psstt!!! Sebelum ini tak pernah tahu apa itu Rolled Hem Foot sekarang sudah tahu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

    • saya sedang buat sesutu poduk baru.itulah “pembalik kain” tak ada susah saya nak buat. maka kena guna akal gunakan cara yang manual.

      sedang mencari juga ni zik hee. eh dah lama tak on ini seminggu dua on berblog jer dah dapat job baru ker?

    • ya di jual secara berasingan. ada juga di sediakan tapak tertentu tapi itu sekadar basic tapak. saya pada awal tak tahu cuma tahu ada wujud tapak zip sahaja ta[i sejak dua minggu ini google dan cari tentang tapak-tapak mesin jahit baru sedar rupanya masih banyak “tapak” yang saya tak tahu. hiiii

  1. Tak pernah dengar perkataan “Tapak Gulung atau tapak keling atau roller hem foot. Mungkin tukang jahit tahu kot. Nak cari spare part mesin jahit kena cari kedai jual mesin jahit … rasanyalah.

  2. Betul tu sy pun baru dpt tau dr kwn sy yg ada butik.. Katanya ni style butik utk kain baju dan tgn.. Yer ke x tak taulah siap bg contoh tgk… Tapak gulung ni mahal juga.. Belikan juga tp x tau guna now ngah tgk cmana nak guna nya..

  3. harga berapa saya sudah lupalah sis tapi dia dua jenis iteam satu boleh jenis mesin biasa satu industri.

    saya ada bendanya tapi dok milki bila nak baut toturial heee…tunggulah ya insyallah sebab sekarang saya agak sibuk dengan jahitan dan kerja tangan bagai

    p/s akan buat tapi lambat uh..terima kasih sb sudi komen d blog saya