Pengalaman Mengisi Borang Penamaan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Perkara ini sudah lama saya cadangkan namun barulah penghujung bulan ogos kelmarin Suri dan suami berjaya melakukannya. Eh, berjaya kerana mengambil langkah awal untuk mengisi borang penamaan KWSP 4.

Sudahkah anda melakukannya? Ia begitu mudah tetapi sebelum ke sana anda terlebih dahulu haruslah menyediakan beberapa dokumen yang penting.

  • Kad pengenalan atau surat beranak bakal penama.
  • Mambawa saksi untuk borang penamaan tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan penamaan?

Penamaan adalah satu pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai “benefisiari” atau bertindak sebagai wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.

Mengapa kita sebagai pencarum KWSP wajib membuat penamaan?

Kita sebagai pencarum KWSP wajib membuat penamaan bagi membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera, tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. Atupun dalam basa lain memudahkan urusan menyelesaikan harta sepeninggalan si matiΒ  supaya kita tidak perlu mengambil masa yang begitu yang lama untuk urusan pembahagian harta pada keluarganya yang masih ada.

Urusan membuat penamaan calon ini tidak mengambil masa yang begitu lama sekitar dua puluh minit sahaja. Ia tidak banyak masalah tapi yang pasti bila anda telah selesai melakukannya barulah hari akan berasa senang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

    • itu kita tak mahu hadapai..masa luangkan tak lama sekejap sahaja. rugi kalau kita tak buat nnti akan dtg kita akan hadapi pelbagai masalah…

  1. Penama KWSP dah buat…tapi rasanya nak tukarlah…

    p/s: Jangan sedih2, Insyaallah…segmen akan ada lagi. Jgn tertinggal pula nanti ya.. Senyum skit πŸ™‚
    Terima kasih krn sudi bersama RM

  2. Kita sudah..anda bila lagi..chewah macam bayar PTPTN pulak..nway Blog ni dah ok ke suri..rasanya hari tu singgah kat Blog lain…Anyway alhamdulillah dah ok..