Hai kawan-kawanku semua
..
Erk..tadi kat pejabat memanglah terasa kesibukan yang teramat sangat..sangat… hAdooii..
Maka dengan beralaskan sepiring idea entri kedua menyusul tiba. Sungguhpun siang sudah mula merajuk sampai ke malam apa kata Suri bentangkan sport toto bunga-bunga rose untuk anda semua.
Ayuh kawan-kawanku hayati air nescafeku 3 in 1 postingku yang tak seberapa menjadi ini hiee..hiee..
Semasa anda bangun dari sahur pastikan anda makan makanan yang bersumberkan sedikit karbohidrat, protein, vitamin, dan mineral supaya anda tidak keletihan semasa menjalani ibadah puasa sepanjang hari.
Banyakkan minum minuman air kosong supaya anda akan bertenaga setiap hari dan cuba elakkan dari pengambilan minum minuman yang berperisakan manis. Kerana ia akan membuatkan anda cepat haus dan lesu ketika anda berpuasa kelak.
Bangunlah seawal 4.30 pagi supaya anda tidak akan berasa lapar dalam jangkamasa yang lama.
Sebaiknya selepas anda selesai bersahur apakata anda ambil kesempatan tersebut dengan melakukan solat tahajud supaya keimanan kita akan bertambah kepadaNYA.Tahukan anda tanpa kita sedari setiap pergerakan kita dalam bersolat boleh menyebabkan sistem salur makanan kita akan berjalan dengan lancar dan gerakan tubuh badan kita juga akan turut bersenam secara tidak langsung
Untuk mengelakkan masa anda terbuang sewaktu bangun dari sahur apakata pada sebelah petang atau selepas waktu berbuka itu anda sediakan bahan masakan dengan lebih awal. Supaya ketika anda bangun sahur kelak anda tidaklah mengejar masa untuk masak potong sayur dan sebagainya. Sebenarnya waktu tersebut anda boleh gunakan dengan sebaiknya dengan makan dan terus berlalu dan melakukan solat syukur dan sebagainya.
Tidurlah lebih awal supaya anda akan mudah terjaga untuk bangun dari sahur kelak. Sekiranya anda tidur lewat berkemungkinan untuk anda tersedar dari bersahur mungkin agak lewat. Jadi jangan lupa kunci jam anda dengan sebaik yang mungkin ya.
Anda dinasihatkan memakai pakaian yang longgar mengikut keselesaan anda ketika anda berpuasa. Sekiranya anda memakai pakaian yang ketat atau terlalu ketat dikhuatiri anda akan pengsan pada hari tersebut. Mengapa? Ini kerana sebilangan oksigen anda tidak akan sampai ketahap otak anda dalam keadaan yang lebih baik lagi. Jadi anda haruslah bijak dalam memilih jenis pakaian yang sesuai untuk anda supaya musibah tidak akan berlaku terhadap anda kelak.
p/s:Ini adalah caraku, cara kawan-kawan bagaimana pula??
SelaMat MenCUba ya
Sumber pic http://kampung-sesok.blogspot.com


Untuk budak U, puasa bukan masalah besar kut sebab dah biasa kena puasa especially time duit dah kering. Hahah
.-= AMiRU´s last blog ..Kenapa Korang Tak Patut AutoPlay MP3 dan Video =-.
teringat masa belajar dulu, cari ‘duit besi’ bawah katil
hahahaha
.-= tehr´s last blog ..Sebelum Waktu berbuka =-.
wah..sonok cara suri ni..nak try la..mmandangkan cuz dh mula nk betugas sbgai guru ni lagi la letih bulan2 pose ni..huhu harap2 cara suri ni dpat mmbantu..hehe
.-= cuz´s last blog ..ETS KTMB Mula Beroperasi KL-IPOH RM30 =-.
info yg bermanfaat.. biasanya awal2 bulan puasa suka terasa lelah, letih dan kurang bertenaga hehe,,, makasih infonya
.-= Ramdhan´s last blog ..Software al-Quran Digital Gratis untuk Komputer dan Ponsel =-.
salam..
yup, banyakkan meminum air untuk menambah tenaga kerana badan kita ni juga terdiri dari air. Jika air berkurangan, kita akan jadi lemah..
.-= Mr.Z´s last blog ..Program Realiti Jika Rasulullah SAW Berada Di Hadapan Kita =-.
bangun sahur selalunye dah tak boleh nak makan.. kenapa ? Entah ler.. tak pasti plak… tapi tatap bangun.. sekurang2nyer makan kurma dan minum air jerr
.-= bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! =-.
kena tidor awal nie……
.-= zik´s last blog ..3 jenis tahap puasa =-.
Kalau bukan bulan pose Suri suka pakai baju ketat ke? hehhehehe
.-= Norasikin´s last blog ..Nasi Impit Resepi Komersial Rice Cake =-.
haha..betol gak kan..no lah dia pon dpt information je kot..tp memg betul pon bila pakai keta ni rs rimas mcm tak bernafas..boleh pengsan kalu di bulan puasa nie.
sebaiknya minum airnya yang banyak setelah berbuka sampai tengah malam, jangan pada saat sahur. karena perut bisa kembung dan mengganggu puasa kita.
.-= Bangauputih´s last blog ..Wahai Sang Suami … =-.
Salam suri…hmmm cara suri ni, bukan puase jek, hari-hari biase pun kami semua boleh gunakan…cara saya tak banyak beza, cuma ketika bersahur makan kurma sebijik atau dua, nak afdal 3 biji, insya’Allah bertenaga hingga berbuka nanti…hehehe
.-= rashid´s last blog ..Makanan Ketika Berbuka dan Bersahur =-.
baju yang longgar juga sesuai untuk ruang masa berbuka..

.-= DrSinga´s last blog ..Semarak Api =-.
Kak mas tak dak tips pun.
harus tahan juga walaupun dah tak daya… hehehe
Biasanya tengah hari je dah rasa pedih perut ni. Nasib baik boleh tahan sampai buka. Nak kata gastrik tak jugak. Dah memang tali perut besar, bila ada ruang sikit mula la nak mintak di isi
.-= Norasikin´s last blog ..Kek Lapis Naga Merah =-.
haha..cmane tuh
saya sahur minum Radix Cereal campur Kopi Radix Diet.. dan makan spirulina kapsul 5 biji untuk kekal tenaga… saya makan madu mentah2 satu sudu besar.. supaya tidak dehidrasi…
.-= Syafrizal´s last blog ..Alkaradix ChloropHyll Drops – Pelonjak Alkali =-.
tidur awal tu yang payah sikit, balik terawih dan pukul10 lepak borak2 dengan member. ntah kul berapa baru tidur. EPL dah nak start, lagi masalah la nak tidur awal
puasa insya-Allah terkawal setakat ni…layan kurma 3 ketul pastu telan air masak 3 cawan pun dah memadai bagi aku..
ada orang ‘pejam mata’ masa makan sahur
hehehe
.-= tehr´s last blog ..Sebelum Waktu berbuka =-.
wow baguslah.. tq.
bgus ni suri. ptut la slalu ngntuk je time kt klas. haha. tq2
.-= acapz´s last blog ..Cleverbot – Berbicara Dengan Bot Pintar =-.
mesti ceria-ceria selalu walaupun terasa lapar.. baru sentiasa nampak segar ..
.-= kulanz´s last blog ..Menu Berbuka Puasa dan Imbauan Masa Silam =-.