Salam ceria semua. Hari ni Suri nak kongsikan beberpa tips bagaimana cara yang terbaik untuk kita menghapuskan sikap buruk. Pasti ada diantara anda memiliki sifat buruk tu sejak kecil lagi walhal sehinggalah sekarang ia masih terbawa-bawa hingga ke alam remaja..dan sudah menginjak dewasa pun..hehe..rasanya entri hari ini bunyinya macam lucu sahajakan? tapi sedarkah anda bahawa jika kita tidak membung sikap buruk dalam diri kita bererti kita tidak berupaya menangani emosi atau kehendak diri kita dengan cara hidup yang lebih sihat.

Meyingkap mengenai mengikis tabiat buruk ini sebenarnya terdapat pelbagai tabiat buruk yang dimiliki manusia. Sedarkah anda sesetengah tabiat buruk itu boleh dilihat jelas dengan tingkahlaku kita dalam kehidupan seharian. Sebagai contohnya, setiap kali kita ingin menjamah makanan tengahari, kuah lauk yang diceduk ke dalam pinggan akan pasti tertumpah lalu terkena alas meja makan.Tahukah anda perkara ini sebenarnya boleh sahaja diatasi sekiranya anda cuba merapatkan pinggan makan tersebut pada mangkuk lauk.
Tapi sayangnya akibat tabiat anda yang buruk itu maka ia mencerminkan anda seolah-olah seorang yang tidak bijak serta bersistematik dalam melaksanakan sesuatu tugas dengan penuh berhati-hati dan sempurna. Ooops..ini mugkin pada pandangan peribadi Suri sahaja tapi bagaimana pula pada pandagan tuan empuya kedai makan pula? orang – orang di sekeliling anda, kawan-kawan terhadap tabiat anda itu?? maka fikir-fikirkanlah..

Selain itu, ada juga sesetengah individu yang suka meminjam atau memiliki barang orang lain. Bila dia mula tegur barang kita tu cantiklah, bila dimana? berapa harga barang tersebut? sure dalam masa yang terdekat nanti dia akan mencuba menghampiri anda untuk meminjam barang yang di kehendakinya itu. Bak kata orang pantang barang itu dia suka pasti diminta pinjam. Jika si peminjam berjaya memulangkan barang tersebut kepada anda itu tidak menjadi masalah. Tapi bagaimana pula sekiranya tika barang yang dipinjam tersebut sudah lama si peminjam memeram barang anda seolah-olah dibuatnya macam harta sendiri. Nak-nak jika barang tu mahal dan menjadi barang kesayang anda..tangkap terkilanlah sekejap yer.Ha, tidak ke parah namanya tu??huhu..tak patut..tak patut..

Okey..tabiat buruk yang lain pula seperti mengumpat..huhu..bab nie mungkin semua orang ada kot? ye ke?? hurm misalnya jika ada sesetegah individu yang suka mengumpat. Ini akan menyebabka orang yang diumpat teraniaya dan sekali gus akan membuatkan individu tersebut membenci anda. Dan tidak kurang juga ada sebilangan individu diluar sana tu juga mempunyai sikap seperti suka mencari kesalahan orang lain. Semua pandagan orang tidak diterima. Melainkan hanya bagi pandagan dan kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya sahaja yang betul..ha,ha..masihkah di dipejabat anda ada orang seperti ini??..huhu..tak tahan telinga beb..sebab hari-hari kita mahu mendengar kerenahnya.
Anda ingin mengikis tabiat buruk ini agar orang di sekeliling anda tidak jelek melihatnya kembali? Nah, dibawah ini Suri akan senaraikan beberapa tips untuk anda menghilangkan tabiat buruk tersebut.
Berperingkat-peringkat.
Sematkanlah didalam diri anda sekiranya anda menginginkan sesuatu perubahan itu secara drastik, maka lakukanlah ia secara berperingkat-peringkat dan bukannya secara mendadak atau berubah terus kearah tujuan itu. Ingatlah, sekiranya anda melakukan perubahan secara drastik atau memdadak ia pasti akan membuatkan anda tertekan. Buka itu sahaja malahan ia juga akan membuatkan anda merasa cepat putus asa dan dengan mudahnya anda akan kembali kepada tabiat yang asal pula. Jadi nasihat Suri agar anda berhati-hatilah diketika ini.
Sentiasalah beringat-ingat
Sekiranya rakan sekerja anda menegur anda disebabkan tabiat buruk anda itu, maka cubalah untuk berubah. Setkan dalam fikiran anda bahawa anda lalukan semunya ini kerana untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang. Ketahuilah anda bahawa tabiat buruk yang sering berlaku secara berulang-ulang akan menyebabkan rakan sekerja anda mahupun teman disekeliling akan merasa jemu dan benci pada diri anda.

Wajar ada kemahuan dan niat
Jika anda ingin berubah, namun sikap berubah tersebut masih tidak bertapak dihati anda ini bermakna usaha yang bakal anda akan laksanakan akan gagal ditengah jalan. Dan anda jangan berharaplah sekiranya perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah..Ingatlah bahawa setiap perubahan yang diinginkan memerlukan kemahuan yang tinggi disamping keazaman yang tidak berbelah bahagi.
Selami dan fahami.
Selami dan fahamilah dahulu akan tabiat buruk anda. Cuba anda renungkan sejenak impak negatif yang bakal anda perolihi sekiranya anda masih mempraktikkannya sehingga kini..Adakah ia akan menjejaskan nama baik anda? keluarga..kerjaya anda..jadi bak kata Nabil lu fikrlah sendiri..huk..huk..(just pinjam kata Nabil jer).
Bersabar
Ingatlah segalanya memerlukan kesabaran yang tinggi dan anda jaganlah mudah untuk berputus asa ditengah simpang sekiranya anda masih mengulangin tabiat buruk itu kembali. Memang diakui tabiat buruk ini agak sukar untuk dibuang. Ini kerana, setiap perubahan anda akan melalui satu tahap dan proses perubahan yang panjang sekali. Mungkin anda beringat untuk tidak akan melakukannya sekarang. Namun tanpa anda sedari anda akan pasti mengulanginya kembali pada suatu hari nanti.

Berdoa.
Jika rakan sepejabat anda, jiran-jiran anda cuba menjauhkan diri dari mendekati anda disebabkan tabiat buruk anda itu, berdoalah kepadaNYA memohon agar anda akan diberi kekuatan untuk mengakis sikap tersebut kepada yang lebih baik lagi. Ingat!! anda jagan hanya bertumpu pada doa sahaja, bahkan anda juga harus berusaha untuk membuang sikap tersebut agar pergi jauh dari anda. Kedua-duanya perlu seiring agar matlamat anda untuk mengikis tabiat buruk ini akan membuka mata pada orang lain bahawa anda sebenarya tidak berangan-angan seperti mat jenin..
Tips yg saye rase sgt bermanfaat. Ramai yg kurang peka pasal tabiat@”attitude” kurang elok sebegini boleh sebabkan kite dicemuh, akhirnye org sekeliling jadi bosan dan muak dgn kite..ape yg penting, macam Suri kate, 1st kite kene sedar, berazam utk berubah bukan sbb orang lain tp kerana utk kemandirian diri..kalau berubah sbb orang lain..saye rase, tabiat buruk akan datang balik..
p/s – sori, terpanjang sudah..hehe..
salam hsfizmd..
benar tu hafizmd niat harus diperbetulkan dulu barulah semunya akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.dan bukan atas sebab2 sesiapan pun jika kita ingin berubah.
hehe tidak salah sama sekali jika komen atau pandagan anda panjang macam karangan sekalipun suri akn tetap approvekan juga..sebab setiap komen/pandagan amat berharga dan brmakna buat blog suri.
selami da fahami tu yg penting..apa2 hal..muhasabah diri kite..cermin diri kite dulu sebelum mngata org…br la org suke..kawan pon ramai..hehe
huhu..benar tu azizan..tilik dir sendiri dulu sebelum kita cuba menilai orang lain sb setiap perkara itu jika kita hendak berubah degalanya mingkin boleh terjadikan.
Good tips Suri.. cuma masaalahnya kan, org yg ada tabiat buruk dia tak baca tips hilangkan tabiat buruk dia.. sbb salah satu dari tabiat buruknya ialah membaca tips menghilangkan tabiat buruknya… poning!!!!
hik..hik..brtul-betul tu suri sokong papa-poq..10markah untuk papa
sangat setuju dengan perkongsian ni, tabiat buruk kalau tak di buang lama-lama akan jadi sifat kekal dalam diri….bahaya tu.
nanti lama-lama takut makan diri pulakan..jika begitu kenalah ubah cepat-cepatkan..huuhu..
Assalaamu’alaikum Suri
Apa khabar ? Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman saya, LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI. salam kenal dan mudahan silaturahmi akan terjalin di dunia maya sebagai perkongsian hikmah yang bermanfaat.
Blog Suri punya potensi besar untuk maju dan berkembang di alam maya kerana punya input yang bermanfaat buat semua. Semoga usaha kita diredhai Allah swt.
Salam mesra selalu dari Sarikei, Sarawak.
salam kak siti..salam berkunjungan kembali..
ada masa datanglah lagi ya
Alhamdulillah semoga doa akan itu akan memurahkan lagi rezi suri untuk terus berbloh didunia maya ini.
perkongsian yg bagus suri, saya sangat setuju..
perkara dan ilmu yang baik harus dimanfaatkan bersama
Untuk berubah memang memerlukan komitmen yang tinggi. Satu artikel yang menarik dan bagus untuk dikongsi bersama..
salam terima kasih kerana anda sudi masuk ke blog suri..
kekuatan kerna ada jika tidak pasti kita akan terkandas ditengah jalan..huhu..
menarik sekali tips diatas: adanya niat, keinginan untuk intropeksi diri, memupuk kesabaran, dan selalu berdo’a, namun bagaimana jika seseorang yang memiliki kebiasaan/penyakit seperti Klepto/kleptomania ya ?
salam etalase..
boleh suri tahu Klepto/kleptomania sakit apa ya??
Nak berubah bukan kerja 1 hari. Ianya memakan masa, mulakan langkah awal hari ini kerana selagi tidak melangkah pastinya tidak sampai ke destinasi
salam imran..suri bersetuju dengan anda..mulakanlah hari ini.jika kita selau bertangguh-tangguh untuk berubah maka lambat laun pasti kita takut tidak menjadi pula.
Betul2 … kita kena berdoa.. supaya kikis sifat2 yang tak elok..dan berusaha.. kearah kebaikan.. terima kasih kak diatas perkongsian ini…
salam zik..
setiap usaha kita perluah berdoa semoga kita mendapat kekuatan dalam setiap cabaran yang bakal kita lalui kelak.
Sikap buruk ni kalau dah jadi tabiat mmg sukar nak dikikis. Kerana ia dah sebati dalam diri. Kadang-kadang ada orang tak rasapun apa yang dia buat tu buruk. Dia rasa biasa saja..itulah masalahnya..huhu.
sikap sebegitu mungkin juga dianggap sebagi syok sendiri sendiri kot..huhu.. jika seseorang itu tidak segara berubah sikapnya takut nanti orang akan pulaukan dialah pula..kan susah..
kak… ada tak entry pasal cara menepis kaki pengkikis?? =)
hai paulina..
buat masa ini belum lagi. Jika suri ada masa terluang suri akan buat kajian ya. terima kasih sebab selalu jeguk blog suri.