Tips Mengelakkan Tas Tangan Diragut

Salam sayang buat semua..

Apa khabar Suri  mengharapkan agar sahabat-sahabat semua sihat hendaknya. Jangan jadi macam Suri ubat dah habis tapi still kesihatannya tak baik- baik jua, Allah Tuhan sahaja yang tahu huhu.. dah dua tiga klinik duit ni di sedut oleh pembantu doktor tau..

Hari ini Suri nak kongsikan beberapa tips untuk sahabat semua tentang cara bagaimanakah kita harus mengelakkan diri kita dari beg tangan diragut oleh si pencuri. Apakah rahsianya? Ayuh kita selongkarnya bersama-sama.

  • Jika perlu anda isikan sahaja didalam tas tangan anda seperti barang-barang peribadi sahaja. Contoh cermin mata, peralatan solek, tisu muka sekiranya anda berjalan di tempat-tempat awam.

 

  • Seandainya anda berjalan di kawasan yang menggunakan laluan jalan raya sunyi, sibuk dan sebagainya Suri memberikan pandangan kepada anda supaya menggunakan jalan yang berlawanan arah. 

 

  • Cuba elakkan diri anda dari menggunakan laluan kawasan yang gelap atau sunyi. Ini dikuhatiri potensi untuk anda diganggu atau di ragut amat tinggi.

 

ragut_pongsuseribu_blogspot_com

  • Sekiranya anda membonceng motosikal, basikal dan sebagainya anda dinasihatkan agar melindungi tas tangan anda daripada pandangan umum, seperti menutupkan ia dengan baju atau barang yang lain. Biasalah pencuri bila dia nampak barang-barang berharga ni ibarat macam kena panahan magnet jer.

 

  • Simpankan wang anda dalam saku seperti memakai baju kurung, dalam poket kecil yang mudah dimasukkan di dalam kocek seluar atau baju anda. Pastikan sejumlah wang anda itu adalah peruntukan untuk anda membeli barang keperluan sahaja ataupun perjalanan untuk pulang dan balik mencukupi supaya anda tidak akan berkali-kali mengeluarkan wang saku anda di hadapan mata-mata si pencuri.

 

  • Elakkan diri anda dari memakai barangan kemas yang boleh menarik pandangan ramai. Nak pakai boleh sahaja tapi agak-agaklah. Jaganlah pakai macam mamai jarum  junior tu sudahlah.

 

  • Pegang atau kepetlah tas tangan anda tika anda berada di dalam kawasan-kawasan sesak seperti karnival, pasar malam dan sebagainya.

Ingat sebenarnya kita mampu untuk mencegah jenayah itu sendiri sekiranya kita bijak dengan menggunakan cara kita sendiri ;)

Share
Artikel lain yang best-best :

40 thoughts on “Tips Mengelakkan Tas Tangan Diragut

  1. petua yg bgus..dulu masa sy seorg pejalan kaki(xde kenderaan sendiri), memg tak pki handbag, risau kalu2 kene ragut. tapi skrg bru brani pki handbag sebab dah ader transport. lebih secure…;-)tapi2 ape2 pun kena hati jugak..petua suri memg bez nak2 bab poket baju kurung;-)

  2. Assalamualaikum suri.
    Telah banyak nasihat dan tips yang diberi, melalui pelbagai media, termasuk dari suri, tapi ‘kita’ macam buat tak tahu dan tak reti saja.

    Bila dah terhantuk, baru tengadah.
    Dah kena baru nak menyesal.

    Semoga Allah selamatkan kita dari segala macam bahaya semasa dalam perjalanan.

    TQ
    .-= Rasa´s last blog ..Syurga Di Telapak Kaki Ibu =-.

    • benar tu sahabat..klu dah jadi kawasan panas lahi susah penduduk kat satu2 kawasan tu kans… sabar jelah…

      apapun kena hati2…sebab kes ragut ni bukan kita tmpat tika dia dah nak berlaku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>