Tips Memujuk Anak Memotong Kuku

Salam seukir senyuman buat semua sahabatku.

Sahabat sedang buat apa sebentar tadi? Suri baru sahaja menghabiskan kuih sepet/ gulung dari mak Suri. Mahu setin biskut juga berjaya dihabiskan dari minggu lepas heee.. Ternyata air milo dicicah sama kuih sepet memamglah terasa sungguh sedapnya. Itu belum lagi kuih bahulu di cicah sama air kopi panas peh sah-kawin selepas itu mesti diberika kad nikah ..memanglah ada umh rasanya.. hihihi..

Baiklah kita kembali pada topik asal kita yerk. Bagi ibu atau bapa yang ada anak kecil sudah pasti mereka agak sukar untuk memotong kuku si manja mereka apatah lagi sekiranya si manja anda jenis yang lasak..

Oh tidak, belum sempat kita nak ketip kuku tangan dia, si anak sudah mula mengelakkan diri dari anda apatah yang cerdik lari lintang pukanglah jawabnya itu sudah pasti :)

Kebanyakan ibu bapa agak buntu untuk menarik perhatian anak -anak mereka supaya si manja lekat di pangkuan si ibu atau bapa mereka sehingga penghabisan potong kuku di lakukan. Namun tidak semua ibu bapa berjaya melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya melainkan ada di antara kita sanggup menggunakan taktik kekerasan untuk mengugut anak-anak supaya mendengar kata kita.

Suri tidaklah pandai sangat dalam bab -bab ini tapi sekadar nak berkongsikan tips dengan anda semua Insyallah memanglah boleh sangat-sangat heeee..

  • Sebaik-baik waktu memotong kuku si manja adalah selepas si manja anda selesai mandi. Sebab struktur kukunya akan menjadi lebih lembut dan mudah untuk kita memotongnya secara sempurna.

 

  • Siapkan si manja anda dengan memakaikannya pakaian dia dengan secepat yang  mungkin. Ini kerana sekiranya anda lambat untuk berbuat demikan di khuatiri si manja anda akan berasa bosan lalu lari meninggalkan anda.

 

  • Pangkulah simanja anda sambil ceritakan kepada si manja bahawa harini ini kita akan memotong kuku. Dan anda juga di sarankan supaya memberitahu kepadanya tentang kepentingan memotong kuku adalah penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Ingatkan kepada dia bahawa kuku yang kotor dan hitam selalunya boleh menyebabkan kita sakit perut. 

 baby-nails

  • Berikan si manja anda sebotol minuman susu kepadanya atau minuman kegemaran si manja seperti ribena agar dia dapat menikmati minuman kegemarannya dalam keadaan yang santai dan relaks. Sambil anda mengetip kukunya maka secara tidak langsung dia juga sedang menikmati air susunya dengan bersungguh-sungguh.

  • Sekiranya si manja anda jenis yang tidak duduk diam senang cerita tak makan saman apa kata anda pujuk dia dengan memberikan sesuatu hadiah yang pasti digemarinya. Seperti pujukan melalui habuan makanan yang amat disukainya.
  • Contoh ayat:-
  • “Jika Alif  potong kuku nanti ibu akan gorengkan peha ayam untuk Alif ya”
  • Semoga cara sebegini si manja anda akan terus melekat disisi anda.

 

  • Bagi bayi pula anda baringkan dia di atas tilamnya. Pastikan keadaan terang  mudah untuk anda megetip kukunya, bayi dalam keadaan selesa, tidak meragam maka waktu itulah yang paling sesuai untuk anda megetip kuku kaki dan kuku tangannya. Untuk membuatkan dia leka seketika anda sebagai ibu bapa berikanlah dia permainan yang boleh menarik perhatiannya.

 

  • Si manja yang tak terlalu aktif juga kadangkala memeningkan ibu bapa. Awas anda janganlah sesekali mengikat mereka dengan tali supaya dia bisa duduk diam disamping anda . Akan tetapi apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat pelbagai bunyi-bunyi yang pelik pada pendegarannya. Di samping itu juga anda haruslah menselang-selikan ia dengan memek muka yang pelbagai riaksi sehinggakan dia boleh tertawa sendiri. Anda meragui? cubalah pasti si manja anda akan terhibur.

 

Apa-apa pun ia terpulanglah pada cara anda sendiri untuk mengatasi situasi berkenaan sebab lain orang lain caranya ;)

Share
Artikel lain yang best-best :

30 thoughts on “Tips Memujuk Anak Memotong Kuku

  1. huhuhu.. tips yang menarik… tapi anak aku ni kena cakap perkara yang sebenar… contoh potonglah kuku panjang tu pasal kotoran yang melekat nanti boleh menjejaskan kesihatan… kalau cakap nanti cikgu marah atau nanti sakit tak di pedulikannya… ish2… leh pulak dia pshyco bapak dia cam gitu

    • hehe..
      kanak -kanak suka tengok kartu kat tv betul tak?
      baiklah cuba cakap kat suri anak sahabat minat tgok cerita apa?
      katakan dia suka tgok ctr upin ipin.maka gunakan trick tsbut utk cuba memotong kukunya sedaya yang anda sempat ;)

      anak2 mmg bgtu..kata org masa kecik elok jer dia diam, besar skit makin lasak, tapi still blh d marahi..bila dah meningkat bijak mulalah cam2 trick dia akan mengakal kita..huhu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>