Salam untuk semua..
Pagi tadi Suri turun dari bas, terpijak bunga dan dedaun yang berguguran krip.. mengeluarkan kerangupan daun yang telah lama jatuh bertebaran dibumi. Beginikah kehidupan manusia tika tumbuh ia disirami dengan air, tika sayang di bajai dengan baja-baja cinta bunga. Tika layu di sapa angin datang si pembersih mengaut dedaun tersebut dengan rasa tanggungjawab dimasukkan dedaun itu kedalam tong sampah.
Inikah manusia bila dah dapat apa yang dia berkehendakan melulu dia bagaikan mata-mata emas mencari mangsa-mangsa yang alpa. Tika mangsa sudah dijaga dan dah dapat hasil yang tuai, ia segera melarikan diri dengan segunung wang yang dihajati.
CINTA itu ibarat api makin di dekat makin hangat bahangnya terasa. Awas pada penjerat CINTA lelaki yang sebegini kelak diri yang merana menjadikan diri papa kedana, hilang maruah dan rosak nama keluaraga. Waktu itu hatta sekalipun jangan sesekali kamu salahkan kedua ibu bapa..
Tips kali ini Suri serikan dengan tips bagaimana kita nak tahu seseorang lelaki itu berhidung belang. Maknanya dia bukan mencintai anda sepenuh hati. Tapi dia mendekati anda kerana menginginkan sesuatu yang di hajati/ idamkan. Entri ini bukan Suri nak merosakkan status kaum adam yang kusayangi dan hormati tetapi ia hanya sekadar peringatan kepada kaum-kaum wanita diluar sana.
Awaslah pada lelaki yang suka menabur kata-kata cinta pada anda untuk pertemuan yang pertama dan kedua. Meluahkan isi hatinya berkata aku cinta padamu. Eh, eh, sedangkan kita baru berkenalan..
Suka memuji wanita “awak ni nampak cantiklah” walhal gadis atau wanita didepan mata tu hanya biasa-biasa sahaja. Mentang-mentanglah wanita suka di puji cehh.. dia pun mulalah memasang jerat serangkapnya.
Selalu memungkiri janji. Biasanya pada pertemuan yang pertma kedua dan ketiga akan berjalan dengan lancar. Tapi lama-kelamaan mulalah dia buat hal. Lambat sebab jemlah, kereta rosaklah dan sebagainya pada hal ada udang di sebalik mee entah apa agendalah yang sedang dirangkanya kita tak tahu.
Sesetengah dari kaum lelaki juga ada mengambil kesempatan dengan menggunkan ke tampanan wajah mereka untuk memerangkap wanita untuk kehidupan yang lebih senang dengan mendampingi mereka yang mempunyai aset yang lebih tinggi. Awas pada usahawan wanita yang berkerjaya terutamanya.
Seseorang lelaki itu berkemungkinan akan terlalu mengambil berat akan diri anda tanpa anda sedari ia sebenarnya mempunyai niat yang tertentu dalam mendekati anda. Ada waktu anda rimas dengan kehadirannya namun anda tetap merasa bertuah didalam hati sebab masih ada jua orang yang sudi memantau keadaan anda walaupun ia agak keterlaluan sebenarnya.
Sepanjang perjumpaan anda dengan lelaki tersebut si lelaki akan mula mempangaruhi anda dengan menyatakan masalah peribadinya dari segi kewangan. Seperti contoh “awak boleh tak pinjamkan saya sedikit wang, nanti bila saya dah dapat gaji saya akan bayar semula” paling tidak pun dia akan memberikan alasan ibunya sakitl di hospital, adiknya nak belajar study dan sebagainya. Orang kalau dah nak menipu pasti akan pelbagai alasan akan diberikan kepada anda.
Lelaki yang sebegini harus dihindari oleh para wanita sebab tak semua lelaki boleh dipercayai. Bukan semua tapi hanya segelintir sahaja. Kata orang jika kita nak berkenalan tu boleh sahaja tapi haruslah berhati-hati dalam perkenalan tersebut. Beringat sebelum terkena itu memang perlu. Jika dah terhantuk baru nak tersedar tak guna masa tu sudah tentu duit pun entah lepas kemana.
Satu masa dulu kita pernah terkena dek sogokan pak hitam tapi dalam diam-diam dia juga sebenarnya menggunakan warga tempatan untuk mengkaburi operasi gelap mereka untuk dadah dan sebagainya. Maka apa pun yang terjadi sebagai wanita hal- hal sebegini haruslah kita saling mengingati antara satu sama lain.
pic from google


suri..betapa payahnya nak elakkan dr jatuh cinta kan…walaupun kadang2 hakikatnya cinta mengundang resah dan nestapa di hati…
kalau sudah terlanjur cinta…huhuhu..payahkan nak tarik balik hati ni.
.-= intan´s last blog ..Buku dan aku =-.
Langkah seiringan..
jika dah sekli terjebak memang sukar untuk di tarik semula.
sekali cinta terpaut barulah tahu indahnya hati dlm cinta ada dia.
tpi bila cinta tak berbls ibarat hati di kisara dlm bland
cintalah seadanya tapi bukan d taruhkan pada 100% sb jika dah terllu syang sgt nnti hati sukar nak kembali bercinta lagi
Kita mesti tau menilai seseorang. Selalu selalu la memerhatikan orang yang lalu lalang dihadapan kita. Suatu hari nanti kita dapat agak perangai seseorang. Mudah la nak kesan berapa belang yang ada kat hidung seseorang
.-= Norasikin´s last blog ..Kek Hari Raya – Beli atau buat sendiri =-.
manjanya kamu..
hoho..berapa belang kak oii! ke mcm zbra berbelang heee..
susah mencri lelaki yang baik seperti juga mencari wanita yang baik…
.-= maslinamansor´s last blog ..Handset N95 =-.
IRINGAN HATI..
dunia makin mencabar, orang pun lain pula ragamnyer.
dulu senag je nak cari cinta skrg makin banyak cinta yang dicari, makin banyak pula yang terkandas di tgh jalan..malah yang terlanjur krna cinta pun ada gak huhu..
biaselah tue…
si hidung belang nie mmg xleh nak elakkan….
tapi memanglah selalu dengar lelaki hidung belang..
wanita pu ape kurangnyer…
tapi kne berpada2 dlm kehidupan…:)
.-= nash´s last blog ..gadis sembang lucah dalam facebook =-.
tetap di hati..
manusia jenis ini memang ada cuma kita tak tahu siapa dia yang sebenarnya heee..
bahaya..is danger!!
komen apanya enaknya.. cara2 yang ditentukanNya udah yang paling tepat tuk tentukan pilihan..
.-= kanvasmaya´s last blog ..Jauh Terbuai Semu Mimpi =-.
rasa kasih..
ia..kena bijak buat pilihan degan hati2 ya
lelaki hidung belang memang ada je..wahai wanita2 sekalian jagalah maruah sendiri sebaik-baiknya mcm daun semalu..susah nk dekat.
p/s: bukan apa, risau tengok remaja2 pmpuan zmn skrg ni..
.-= HidrogeN´s last blog ..Water Dispenser baru dari M6 =-.
kicau cinta..
orang sekarang makin lama makin pelik.. susah nak ramalkan..kekadang nmpak ok, bila lama2 knal hampesss..
susahnya nak komen….selalu ke worpress spam je nie…
si hidung belang yang ada agenda tersendiri
.-= zik´s last blog ..Kenangan Ku di Sekolah Menengah Pekan Baru- Muar Johor =-.
KAILAN CINTA..
nak kikis duit nie..girl berstatus j..berwang harus waspada..
Hidung belalang ke hidung belang? tipsnya ialah pertahan jatidiri.
.-= Hisyam´s last blog ..Sejak Bila Sungai Kuantan Airnya Biru =-.
Lagu cinta..
ni versi suri..hidung belalang.
sebab klu hidung belang dah selalu sangat kita dengar
hidung belalang ok apa….
kecik je…
(eh….mana belalang ada hidung…silap..silappp….)
.-= DrSinga´s last blog ..Tiada Sijil Halal =-.
hanya mimpi..
slu idong yang normal baik hati akan molek jer bentuknya.
hahahaaaa… tahu tak per
tapi klu idug kaki tupi idungnya kecik jer heheee
hati-hati ye wanita diluar sana..tp kan suri ..wanita pun makin advance sekarang..tngokla skim pelaburan yang ditangkap baru2 ni..mastermindnya wanita 23 tahun..
peti cinta..
tapi tak semuakan.. hya sglintir jer..yg penting kita kena sentiasa berhati sllu
Si hidung belang nee bukan dari indentiti mentol bulat tapi terus terang saya katakan orang yang berhidung belang nee adalah lelaki yang mempunyai “BULU” yang banyak didada dan tempat2 lainnnnnnn … Jaga Jaga tau !!!
.-= Mentol Bulat´s last blog ..Firasatku Versi 4 =-.
keramat kasih..
alamak!!! bahaya jer bunyinya..huhu..
hidung belang?
geng kuda belang la tu
mmg xleh percaya
.-= tehr´s last blog ..Menanti Tibanya Ramadhan =-.
Klasiknya cinta..
ha, tahu tak per..jangan bg dia peluang tau huhu..
hidung belang ??? pandai main ayat cinta nie !!!!! Salah-slah boleh cair hati gadis yang mendengar ayat power dari si hidung belang… !!! HATI-HATII!!!!
.-= bujang3´s last blog ..The Art Of Negotiation !!! =-.
BAHAGIA..
takut nnti di bawa lari duitnya nanti hee
si hidung belalang macam belalang, si hidung belang macam pak belang… apa pun akhirnya pecah tembalang
RAJA CINTA..
adeh..suka sungguh dengan ikatan kata tu..mmg ngam hoooo