Bicara Tentang Kanser

Salam pagi semua :)

Harini doktor Suri ingin sampaikan sesuatu ilmu yang bermanfaat untuk semua. Semoga sedikit ilmu yang di berikan mampu mengesan awal kanser dikalangan kita. Semoga pengesanan awal ini boleh menyelamatkan nyawa orang yang kita sayangi.

Kanser merupakan masalah kesihatan yang kian meningkat di seluruh dunia. Penyakit ini melibatkan kira-kira 9 juta penduduk dunia dan membunuh 5 juta yang lain. Dalam kontek Malaysia, penyakit kanser merupakan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian. Di sini jelas menunjukkan bahawa kanser juga merupakan satu masalah kesihatan yang serius dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Kejadian sebenar kanser di Malaysia tidak diketahui dan dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan adalah dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun.

Masalah kanser di Malaysia mungkin akan meningkat pada masa akan datang mengikut perubahan dalam gaya hidup dan persekitaran serta pertambahan pendudukan yang meningkat usianya.

 

Apakah  itu kanser?

Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak boleh dikawal dan boleh mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan atau merebak ke organ-organ. Sebagai contohnya kanser paru-paru jika tidak dirawat dengan sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut dan tulang belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru dan lain pula.

Youtube: Bagaimana cara kanser bertindak

Apakah yang menyebabkan kanser?

Sebab sebenar kejadian pelbagai jenis kanser masih tidak diketahui dengan jelas. Sehingga 90% daripada kanser dikaitkan dengan alam sekeliling dan cara hidup. Faktor-faktor risiko kanser boleh dibahagikan kepada 2 kategori utama seperti berikut;

  • Faktor yang tidak boleh diubahsuai seperti jantina, umur dan pembentukan genetik.
  • Faktor yang boleh diubahsuai yang dikaitkan dengan cara hidup dan alam sekeliling.

jeruk

Faktor risiko kanser

  • Merokok menyebabkan kanser paru-paru.
  • Makanan yang tinggi kandungan lemak dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.
  • Pengambilan makanan yang diawet dengan garam, bersalai dan jeruk bernitrit yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser.
  • Melakukan hubungan seks pada usia yang sangat muda dan dengan ramai pasangan dikaitkan dengan kanser serviks.
  • Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan secara berterusan menambahkan risiko kanser ruang mulut, farinks dan esofagus dan juga kerap dikaitkan dengan kanser hati.
  • Mengunyah sirih tembakau dikaitkan dengan kanser mulut. Jangkitan virus hepatitis B mendedahkan seseorang kepada kanser hati.
  • Pendedahan kepada agen karsinogen di tempat kerja dan alam sekeliling dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.

health_0024

Apakah tanda amaran awal kanser?

  • Berlaku pendarahan yang luar biasa di antara tempoh haid atau selepas putus haid atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
  • Benjolan atau bengkak pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara.
  • Terdapat perubahan dalam ‘corak’ pembuangan air besar atau air kecil yang berterusan dalam jangkamasa 2- 3bulan.
  • Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan rasa sakit dibahagian tersebut.
  • Pendarahan yang luarbiasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga berdengung.
  • Luka atau benjolan bisul yang tidak sembuh atau ulser atau tompok-tompok putih dan merah di mulut .
  • Suara menjadi garau atau serak yang berpanjangan lebih dari dua minggu.
  • Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian abdomen yang berpanjangan.
  • Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.
  • Badan sentiasa rasa letih atau hilang berat badan secara mendadak (10% atau lebih dalam masa 3 ke 6 bulan)
  • Senak atau kesukaran untuk menelan makanan
  • Batuk berterusan dan kahak berdarah.

Langkah pencegahan dan Pengesanan awal kanser

Adalah dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser boleh dicegah dalam mengamalkan cara hidup yang sihat. Untuk jenis kanser yang boleh dikesan lebih awal, terdapat 80% peluang untuk terus hidup. Kanser yang dikesan lebih awal boleh menyelamatkan nyawa.

Amalkan gaya hidup sihat akan dapat memerangi risiko kanser tersebut. Ini membawa maksud:-

  • Jangan merokok
  • Aktif setiap hari
  • berupaya mengekalkan berat badan yang unggul
  • lebihkan makan berupaya buah-buahan, bijiran dan sayur-sayuran
  • Makan makanan yang berstatus rendah lemak, gula dan garam
  • Jauhi pengambilan alkohol

Link:http://www.infosihat.gov.my & pemplet National Cancer Society Malaysia

Share
Artikel lain yang best-best :

28 thoughts on “Bicara Tentang Kanser

  1. Kepada wanita boleh buat ujian pap smear secara percuma di klinik kerajaan untuk menentukan bebas kanser servik atau tidak. Ujian ini tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan dan kesakitan.

    Kebanyakkan kanser pada tahap yang parah dan tidak boleh diselamatkan lagi kerana kegagalan pengidap mengenal pasti pada peringkat awal.

    Beberapa ujian boleh dibuat keatas sendiri dengan memeriksa jika ada bonjolan keras atau cysts mungkin sel kanser. Bonjolan kanser tidak semestinya sakit apabila ditekan.
    .-= akubiomed´s last blog ..Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011 =-.

  2. insyaAllah..semoga kita semua selamat daripada penyakit bahaya ni.
    Tapi semua tu adalah ketentuan dan rancangan daripada Allah, tapi kita kena berusaha utk mencapai kesihatan yang baik juga

  3. Salam semua, banyak salah anggapan selama ini kanser tidak boleh di ubati dan disembuhkan. dan anda akan mendapati kembali kehidupan kali kedua dengan primaseries.

    • salam..
      lihat pada tahap kanser juga..klu tahap teruk mmg sukat nak pulih pada sedia kala..

      tahap kesabarab,berani, percaya diri perlua ada..kita kena lawan sakit tu klu tak kita yang lemah..

      terima kasih atas mklumat anda. Suri amat menghargainya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>