Salam semua..
Bacaan ini khas untuk para suami dan isteri sahaja hehehe..untuk Cik Dara dan En Teruna rasanya eloklah kiranya ilmu ini diguna pada hari-hari yang bakal anda laluinya kelak. Buat masa ni jadiklah ia sebagai sumber ilmu dulu ek.
Bagi memenuhi buku maya blog ni maka Suri muatkannya disini. Semoga perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak akan membantu anda terutama bagi pasangan yang sukar hamil. Moga-moga penyampaian kali ini akan membutkan anda akan terus berusaha..berusaha lagi tanpa jemu untuk memiliki zuriat sendiri. Semoga usaha anda kelak akan dimakbulkan olehNYA.
Anda ingin hamil? Berikut ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk hamil.
Sebenarnya, saya menerima begitu banyak sekali pertanyaan dari rakan rakan ibu di Mengandung.com yang berbunyi; “Bagaimana saya boleh mengandung? Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengandung?
Dan ada juga yang bertanyakan dalam bentuk yang lebih khusus iaitu, bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks (waktu subur wanita), berapa kali perlu dilakukan, posisi dan cara serta kaedah terbaik semasa hubungan seks untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil.
Beberapa Tips Untuk Hamil
1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama.
Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme -klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.
2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama.
Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme -klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai.
4. Posisi Hubungan Seksual
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.
Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.
5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi.
Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.
6. Buat Para Suami
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
7. Relaks
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
8. Jaga Kesihatan Anda
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.
Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.
Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.
Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.
Pesanan penulis dari Newsletter jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. Sila sebarkan artikel ini untuk mewarwarkannya.
P/s untuk pembaca:
Hurm, ada sapa-sapa yang tak faham ke? silalah angkat tangan..
ah, sapa yang lebih arif mintaklah tolong jawabkan..hehehe..
sapa yang ada petua luar dari biasa sure memaglah digalakkan untuk kongsikannaya disini..Suri budak baru belajar..kikiki


thanks for sharing..saya simpan ilmu ini untuk kegunaan akan datang..;)
.-= Bb Hussain´s last blog ..30 minutes left =-.
Nescafe satu..
ya..yah..boleh..tapi kalu miss bb lupa sure blh rujuk kat blog sini semula..heheh
Bagus untuk panduan suami isteri, lakukan mengikut peringkat utk kedua pasangan anda.
.-= Muhd Suhaily´s last blog ..Perniagaan Internet dari Rumah =-.
senyummu di balik awan..
ceh wah..semoga keberkatan akan mendapat buah hasil yang lumayan kelak..
anak adalah cahaya dalam sesebuah rumahtangga
bagus tips ni even gwe blum kawen pun.hehehe
.-= lizz´s last blog ..Guest Blogging Slot? Good Idea For My Cap Ayam Blog! =-.
kehadiranmu bak bintang berkerlipan..
huhu..edisi hamil mmg begilanlah rencahnya..moga2 pasagan yang sukar hamil akan mndapat ilmu dan manfaat darinya..huhu..
Seronok baca entry suri nie…..teringat masa mula2 nak mengandung dulu…hehehe…
.-= Fida´s last blog ..Akhirnya…. =-.
cinta jagan kau pergi..
alah kakak..suri msh kekuragn ilmu lagi ni..org kata mash menuntut lagi..huhu
kehamilan adalah saat yang mengujakan..kiki
erm nak cakap apa kat sini ya..senyap jela…
.-= zik´s last blog ..Amukkan Belalang Juta: Mutasi, kemarahan kepada manusia atau lumrah alam? =-.
aku telah jatuh cinta..
haha..na..na…no!no! no!
senyum jer zik..tandanya anda faham tu sudah dikira okey
ooo macam tu ek. berguna di hari mendatang..
.-= Park Air´s last blog ..Encik Pomen Tolong Jangan Tipu Saya =-.
Baby one more time..
mr park air bila mau kawin? hehhee..den dah kempunan nak makn nasi myk mu..huhu..
seperti blog seorang doktor/bidan…
info yang bagus!
.-= Mus´s last blog ..Review: Gengfotografi.com – Serlahkan Bakat Fotografi Anda! =-.
ku sayang kepadamu..
huhu..jauh sungguh pandaganmu wahai sahabat..
cukuplah ia sekadar perkongsian ilmu untuk smu itu sudah menggembirakan hatiku
rasanya masih banyak perkara yang perlu suri pelajari lagi..hehhe..
Mr. Mus doakan suri dapat cahaya mata lagi ye..heheh
perancangan rapi, kearah kebahagiaan yang hahiki.
kata-kata cinta..
semoga kehadiran si manja akan memerihkan isi suasan umah lagi..hehehe
rasenye blum smpai tahap kawin lagi. keke. nice tips =P
.-= acapz´s last blog ..Tinysong – Berkongsi Lagu Dengan Memendekkan URL =-.
hanyut di buai rindu..
hehe..sekadar ilmu tak salahkan..hehehe
sangat segan membacanya
huhu
tah bile la mokteh boleh kawen ni
.-= mokteh´s last blog ..Finally at Home: Home Sweet Home! =-.
ku cinta dia rindu..
elah mokteh..dah tiba maanya sure kamu akan kwin gak..hehehe
cuma lmbat dgn cpt jer..Amin