Fakta Air Ketuban

Kerja Sambilan Di Rumah

Air ketuban berasal dari sejenis cecair rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi dan ia mencerminkan sistem kumbahan dan fungsi buah pinggang dan juga gastrousus bayi itu sendiri. Cecair tersebutlah yang mengelilingi bayi di waktu bayi tersebut berada didalam kandungan ibunya sepanjang tempoh kehamilan itu berlaku.

8_ay

Air kencing yang dihasilkan oleh bayi juga sebenarnya berfungsi untuk buah pinggangnya kerana bayi juga akan menelan semula air kencingnya jadi ini bermaksud fungsi buah pinggang dan gastrous bayi anda dalam posisi yang normal.

Jika air ketuban kurang ia memberikan petunjuk bahawa bayi anda sebenarnya tidak berjaya menghasilkan air kencing yang mencukupi untuk dirinya sendiri yang sebenarnya amat bermakna untuk fungsi buah pinggangnya dan seandainya ia berlaku maka bayi tersebut akan menghadapi masalah congenital abnormalities.

16minggu

Sekiranya air ketuban berkurangan, saiz perut ibu yang hamil juga akan kelihatan lebih kecil kerana di dalam keadaan perut ibu yang hamil tersebut dalam berlaku keadaan yang ketuban yang kering atau berkurangan. Di samping itu juga perut ibu yang kecil juga disebabkan oleh air ketubannya pecah awal atau bersalin pada peringkat pra matang walaupun sebenarnya saiz bayi tersebut adalah normal.

Dalam kes ini, doktor akan meminta si ibu tersebut untuk melahirkan bayinya dengan seberapa segera yang mungkin. Mengapa? sebab ia akan dikhuatiri bayi tersebut akan membawa kepada risiko kepada bayi sama ada ia membawa kepada kematian, kecacatan atau ia bakal dijangkiti kuman yang tertentu.

Anda, isteri, saudara ada pengalama tentang peristiwa air ketuban ini. Ayuh kita ceritakan pengalaman tersebut disini. Hurm.. sudah pasti ada kenangan disebaliknya :)

Share
Artikel lain yang best-best :

Kerja Sambilan Di Rumah

41 thoughts on “Fakta Air Ketuban

  1. Assalaamu’alaikum Suri

    Maaf, lama tidak menyapa. Walau engkau wanita, tetap ku hadiahkan AWARD ini buat mu untuk kau hargai sahabatmu yang bergelar bapa di Malaysia.

    Dengan hormat dan takzimnya, saya berharap sahabat sudi menerima AWARD PERKASA – KAU ADALAH YANG TERBAIK, sempena sambutan HARI BAPA di Malaysia pada 20 Jun 2010. Ia sebagai menghargai persahabatan dalam perkongsian ilmu di ruang maya dan mengenangi jasa para bapa dalam memperjuangkan kehidupan yang harmoni untuk kebahagiaan keluarganya.

    Salam mesra dari saya.
    .-= Siti Fatimah Ahmad´s last blog ..20 JUN 2010- SELAMAT HARI BAPA UNTUKMU: MALAYSIA DAN INDONESIA =-.

  2. jadi ingat saat2 kelahiran anak pertama, orang tua kata orang tua tunggu sampai air ketubannya keluar, baru dibawa kedokter, tapi alhamdulillah saya hiraukan ucapan tersebut, sepengetahuan saya jgn sampai sang bayi kehabisan air ketuban, seperti yang suri sampaikan diatas, bahayaaa…

    thanks yak

  3. info yang sangat tepat dan padat !! :)
    kalau dah pecah air ketuban.. silalah dengan lajunya ke hospital… kalau baru start contraction.. boleh hoyeh2 lagi.. :)
    .-= DrSinga´s last blog ..5 deria =-.

  4. masa mengandungkan yg sulung..perut akak agak besar…maknanya air ketuban byk la yea…hehe, masa yg 2nd pulak prematured delivery…perut pun kecik jer…

    thanx suri for da good info.. :)

    • Seraut Kasih..
      Suri dapat cari maklumat tentang Masalah air ketuban berlebihan melalui search in maya. Harap ia akan menjadikan sebahagaian dari panduan Pn Tnie untuk sumber rujukan yang tidaklah seberapa sgt.

      Namun untuk mengetahui lebih lanjut lagi anda dinasihatkan agr segera berjumpa dgb dr pakar yang tahu berkaiatan hal2 air ketuban ini supaya keadaan kehamilan dan proses kelahiran bayi anda akan berjalan dgn slmat dan lancar.

      Saya ingin mengetahui punca masalah ini dan kesan kepada kandungan saya ini.

      ROHAYA,
      Kapar, Klang

      Jawapan
      ISTILAH perubatan bagi air ketuban berlebihan adalah polihidramnios. Saya kurang faham apakah yang dimaksudkan dengan 30 poli.

      Saya mengandaikan indeks air ketuban atau AFI anda adalah 30 sentimeter (diukur kedalaman kawasan air ketuban pada empat sudut).

      Punca polihidramnios adalah seperti berikut:

      - Air ketuban dihasilkan berlebihan: diabetes mellitus (kencing manis), penyakit ginjal janin contohnya sindrom Bartter; keabnormalan kromosom (yang sering berkait dengan keabnormalan sistem pemakanan) contohnya sindrom down dan sindrom Edward; keabnormalan uri contohnya cho-angioma, kehamilan kembar, hydrops fetalis.

      - Air ketuban kurang diserap kembali : keabnormalan sistem pemakanan seperti atresia esofagus, atresia duodenum, fistula trakea-esofagus; keabnormalan sistem saraf misalnya anencephaly.

      - Dalam kebanyakan kes, penyebabnya tidak dapat dikesan.

      Saya pasti doktor anda sudah pun menjalankan ujian berkaitan untuk mengesan puncanya. Ini termasuk ujian darah MGTT bagi mengesan kencing manis dan ultrabunyi lengkap.

      Langkah terbaik adalah mendapatkan rawatan pakar perbidanan yang mempunyai pengkhususan dalam bidang feto-maternal. Mereka lazimnya lebih mahir dalam mengesan keabnormalan fizikal janin dalam kandungan menggunakan ultrabunyi yang memberikan imej seperti mencari gambar tersembunyi.

      Jika dikesan, anda mungkin memerlukan prosedur amniocentesis (mengambil sampel air ketuban menggunakan tusukan jarum ke dalam rahim) bagi menguji kromosom atau genetik janin.

      Di samping itu, amniocentesis diharapkan dapat mengurangkan ketegangan rahim anda apabila sebahagian air ketuban terbabit dikeluarkan.

      Polihidramnios menyebabkan saiz rahim anda lebih membesar berbanding usia kandungan. Ini menyukarkan pergerakan, pernafasan, kontraksi malah boleh menyebabkan anda mengalami kelahiran pramatang.

      Pada usia 32 minggu, kandungan anda boleh kelihatan seperti sudah cukup bulan saiznya. Anda hendaklah bersedia dengan kemungkinan terpaksa bersalin awal pada bila-bila masa dari sekarang.

      Bersalinlah di hospital yang mempunyai kemudahan lengkap. Polihidramnios boleh memberikan risiko tali pusat turun (cord prolapse), kekangan uri (abruption plasenta) sehingga boleh membahayakan anda dan janin.

      Selepas kelahiran pula, bayi akan diperiksa sepenuhnya oleh pakar pediatrik untuk mengesan kelainan tambahan (selain keabnormalan yang dikesan sewaktu kehamilan lagi) yang tidak dapat dikesan sebelumnya.

      terima kasih dari Suri kerana anda sudi menjegah ke kamar cahaya cinta.com. semoga kita akan ketemu di maya lagi.

      Suri doakan semoga kehamilan sahabat akan berjalan dalam keadaan yang baik ;) Take care.. and think positif okey.

  5. asalamualaikum…
    suke sangat info d atas,saye ibu kepade 3 orang anak,anak anak semuanye sihat,ahamdulillah,saye nak tanye care terbaik untuk memecahkan air ketuban,
    kaedah:

    1)pecah sendiri,
    2)menggunakan alat khas di hospital,
    3)menggunakan tangan (dokto la)

    saye dah merase kaedah 2 dan 3.kaedah satu blum lagi.
    anak no 1 dan 2 menggunakan kaedah 2,anak ke tige menggunakan kaedah ke 3.bagi saye kaedah ke 3 amat menakutkan saye.
    boleh hurai tak ke tiga tiga kaedah di atas.

    terima kasih

    saye dah merase kaedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>