Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Apa itu Darah Bantal?
Darah bantal merupakan sejenis darah yang terkumpul selama di dalam perut ibu yang hamil selama 9 bulan atau kurang ia terkandung bersama uri. Sering dikenali sebagai “alas bayi” kerana persis seperti “bantal” bagi bayi di dalam rahimnya.
Bagaimanakah tekstur Darah Bantal?
Lazimnya ia berbentuk sebesar penumbuk akan tetatapi bertekstur lembut. Amnya ia akan selalu keluar secara berketul-ketul pada hari pertama dan kedua tika ibu itu sedang menjalani masa berpantang. Darah bantal keluar ketika uri dikeluarkan. Kadang-kadang Darah Bantal ini para ibu akan dapat merasakan seperti ada seketul daging keluar dari “bawah fadaraj.

darah bantal
Apakah kesannya jika Darah Bantal tertinggal dalam badan?
Kesannya jika Darah Bantal tertinggal dalam badan ia boleh menjadi sejenis darah beracun yang boleh menyebabkan ibu merasa sakit di bahagian ari-ari seperti contraction hendak bersalin lagi atau seperti mengalami senggugut teruk. Ada waktu terkadang mengalami sakit yang agak keterlaluan sehingga keadaan ibu berlutut bertemu dagu. Ada sesetengah kes sakitnya menyukarkan ibu untuk berjalan ataupun bergerak.
Bagaimanakah caranya untuk mengeluarkan Darah Bantal?
Biasanya ia akan keluar dengan sendiri. Akan tetapi apbila terasa seperti darah ini masih ada, ibu dalam keadaan sakit bersalin (contraction) yang teramat sangat, maka perlu dipanggil mak bidan yang pro atau ahli perubatan moden untuk melakukan kaedah memutar dibahagian pusat ibu. Apabila Darah Bantal ini dikeluarkan secara keseluruhan, maka badan si ibu akan secara automatik menjadi ringan dan mudah pergerakn seperti biasa.

Pernah berlaku kepada isteri saya agak teruk.
sob..cabaran dan anugerah yg tak terhingga sb tak semua girl kwin dpt rasai saat2 sesak itu
samalah bro benda pernah terjadi kat isteri selepas bersalin anak ketiga. benda tu tak keluar lagi dari perut…
haa.. itu pecah darah namanya bro. kata org darah bantal yg ni klu keluar dulu mmg perit sikit dari keluar air ketuban huhu….
apapun setiap kelahiran para isteri akan mengalami detik2 kecemsan yang berbeda2..
terima ksh kerana berkongsi. mmg kacak2 ya dh 3 org cahayamata.
bukan ke ni uri??ke darah bantal ni mcm mana??hehe
uri bayi tu dia mesti ada tali pusat hee.. tu mkn bayi dlm perut ibunya..
bayi akan klr dulu pastu akan di ikuti darah bantal keluar.. mas ani si ibu akan rasa bahagian bawah tu kosong ..lega sangat2 huhu..
satu istilah yang baru aku dengar
selama ni tak pula ambil tahu
hehe
pasni dah tahu blh jadi dr kpd isteri
sy pernah bertanyakan pada doktor pasal bab kelahiran ni..ada jugak dibagitahu pasal darah ni tapi katanya jarang berlaku..wallahua’lam..
setakat ni dua orang anak sudah lahir, takde masalah apa2..cuma kena tunggu tempoh lama sikit je untuk tambah umat sebab dua2 keluar ikut ‘tingkap’..hehehe
syukur ada perancangan masa dpan hee.. dua klr tingkap hrp pasni klr ikut pintu pula
hehehe..tu la..kalau lepas ni keluar ikut tingkap jugak alamatnya susah sikit la nak buat pasukan bola tampar..
tampar bola pun blh jadi klu masuk team sukan lawan2 tu heee
Satu perkongsian bermanfaat. 1st time dengar pasal darah bantal ni.
untung masauk blog suri cinta
Maklum jelah suri, belum ada anak.
shr
heee biasa aja nnti bro
first time dgr istilah darah bantal..
hee mmg ada/ klu rajin baca buku2 kehamilan atau cri mklumt mmg ada
Sama la sya pun baru first time dengar istilah ni..hehe
Tq suri atas infonye
hee sama2 kongsi ilmu ya sis sy tahu skit3 pastu kembagkan ayat dan dpt dri sumber bacaan sndri dan pengalaman org di sekeliling saya
ms lps bersalin msh di wad..ada kawan sebelah katil mengadu msh sakit mcm sengugut walaupun dah bersalin..mgkin darah bantalnya x keluar habis..mujur sy x rs keperitan itu.