Aku Mual & Muntah

Auw…Cak! salam ceria untuk semua sahabat mayaku.

Hurm, anda semua terkejut ke dengan tajuk posting Suri harini? Suri hamil lagi ke? huhu..oh, tidak. Mungkin Tuhan masih belum mengizinkan lagi ni. Jika ada rezeki Suri terima sahaja yer tak hehehe :) ..

Habis tu siapa yang hamilnya? kawan-kawan di sekeliling Surilah yang hamil. Pengasuh yang menjaga anak Suri dia dah hamil 2 bulan, jiran sebelah rumah pun dah nak dekat due datenya, jiran belakang rumah pun sedang menghitung bulan dan teman rapat Suri pun hamil juga, masuk yang ini anak kedualah hee..hee..hee.. ;)

001

Allah..aduh, bestnya jika Suri hamil lagi ni. Kata orang siapa yang hamil maka secara automatiknya ia akan dilayan suami bak seorang puteri.. :) Ada benar ke wahai papa, ayah sekalian diluar sana tu ???? huhuhu..

Contoh ayat yang bakal berdendang sakan disini..

“Abang tolonglah ampaikan baju ini..”
“Sayang tolonglah urutkan kaki ayang ni..”
“Sayang tiada seleralah nak makan di rumah. . Hurm..apa kata harini kita makan kat kedai jer..”

Baiklah tanpa membuang masa lagi Suri nak kongsikan artikel yang menarik ni dari Pa & Ma kelolaan Cik Hasnita Sawal dan seperti biasa Suri ada buat perolahan ayat Suri sendiri. Apa yang hendak di berikkan tipsnya untuk harini ni. Jom kita sama-sama memahaminya.

*Mual dan muntah adalah masalah biasa yang menyerang bakal-bakal ibu. Mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak mengalaminya. Mual dan muntah yang di alami pada trimester pertama memang akan mengganggu keselesaan wanita.

*Ia terjadi kerana perubahan dalam badan dan tindak balas dalam cara yang berbeza, antaranya mual dan muntah. Anda mungkin mengalaminya di waktu pagi atau malam bahkan lebih teruk lagi yang perlu melaluinya sepanjang hari. Biasanya rasa mula dan muntah ketika hamil akan behenti selepas tiga bulan yang pertama.

Tip mudah bagi mengatasinya:-

Sebaiknya pada waktu pagi anda hiruplah udara yang segar di luar kawasan perumahan anda dan jadikan aktiviti senaman berjalan kaki sebagai rutin harian anda sepanjang kehamilan tersebut.

Anda dinasihtakan agar jangan bangun tidur dalam keadaan tergesa-gesa atau terkejut. Kerana ditakuti sebarang kemungkinan akan berlaku kepada diri anda. Tambah-tambah dalam keadaan badan ada yang sedang memboyot tu. Bahaya tau.

Selepas selesai waktu makan anda seharusnya duduk di dalam kedudukan yang selesa supaya daya tarikan graviti ini akan mampu membantu anda menyimpan makanan di dalam perut bagi mengekalkan rasa mual anda ketika hamil.

Cuba elakkan dari bau-bauan yang boleh menyebabkan hidung anda kurang selesa. Sebab ada sesetegah gologan wanita yang hamil kurang selesa dengan bau badan suami dan sebagainya.

Sebaiknya anda tidak digalakkan untuk memberus gigi anda selepas makan kerana ini akan menyebabkan segala apa yang anda makan sebentar tadi akan di muntahkan dengan segera.

Menghindari diri dari makan makanan yang mengandungi lemak yang berlebihan, pedas dan berkafein. Tapi cuba lebihkan makanan anda dari sumber seperti roti bakar, biskut kering dan sebagainya :) .

Amalkan minum minuman sebanyak 10 hingga 12 gelas air suam, jus buah – buahan supaya badan anda akan sentiasa kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari – hari yang dilalui.

Banyakkan berehat dari melakukan banyak perkara di dalam atau di luar rumah. Baringlah dengan melunjurkan kaki anda ke hadapan dengan pautan kerusi dan sebagainya bagi mengelakkan kaki anda bengkak kelak.

Sekiranya anda merasakan tekak anda mual, segeralah anda mengunyah sebarang jenis biskut kering atau biskut kraker sebelum turun dari katil. Anda boleh meminta bantuan suami anda untuk mengambil biskur tersebut atau sediakan lebih awal sebekas biskut kraker supaya berhampiran dengan anda.

002

Sebelum anda berbaring atas katil untuk tidur malam, anda kunyalah terlebih dahulu snek ringan seperti yogurt, roti, susu, bijirin atau sandwic sebagai alas perut anda . Sebab pada amnya kebanyakkan ibu akan terjaga pada waktu malam untuk mencari makanan.

Lalauilah hari anda dengan mengambil tabiat makanan anda dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Setiap dua atau tiga jam walaupun anda tidak berasa lapar ketika itu.

Minumlah teh halia atau mengambil tablet halia juga mungkin akan dapat membantu anda dalam mengurangkan masalah mual tersebut.

Anda ada kisah yang menarik sepanjang kehamilan isteri anda? Jom kita kongsikannya disini.. ;)

Pengalaman Suri pula, masa jumpa doktor terus doktor mengesahkan Suri hamil 2 bulan. Memang teperanjat sungguh bila kami mendapat keputusan tersebut. Sebab Suri tak pernah alami apa-apa simptom pun sebelum ni. Bila balik rumah je terus muntah-muntah..hehe.. ;) :)

Share
Artikel lain yang best-best :

48 thoughts on “Aku Mual & Muntah

    • Citra Kasih..
      hehe..masa tu minta apa sahaja pasti di tunaikankan..yelah masa org hamil kan pasti wajh simpat akan mudah terbit di hati pasangan kita kn..huhu

    • tawanan hati..
      as-salam ya.jika ada atau tidak kami terima shaj yer tak?hehe..

      eh, adalah tapi just pic masa dia berusia 1 hingga 6 bulan jer..

      hp suri buruk.lama punye mana ada kamare..huhuh.

      anak mata mmg ada tau!! ;)

    • sekuntum bunga untuk yang tersayang..
      hehe..kalu suri nak juga sb smtra kekuatan masih ada ni..sok dah umur 30 dah tentu suush ..ski kencing manis le ..drh tinggi..dah le ahli kluga suri mmg ada keturunan skit tu..huhu

      terima ksh shbt atas doamu itu.suri benar2 mghargainya :)

  1. sy pregnant 2bln nie…..loya,pening….satu hari xnak telan nasi….selera ngan laksaje…lepas laksa,laksa,lepas laksa,laksa…..adoi..nak makan apenie>>>lapo….huhu

    • Semerbak bunga..

      Tahniah di atas kehamilan anda :)
      Ho..ho..biasanya simptom2 ni akan berlarutan sehinggalah kehamilan anda genap 3 bulan. selepas itu keadaan anda akan pulih seperti sedia kala dan anda akan rasa lebih selesa kembali.

      Apa yang perlu anda makan?

      Ambilah buah-buah seperti epal.jadikanlah ia sebagai sebahagian makanan jejari anda.

      Sesekali makanlah biskut kering atau biskut kreker.

      Makan biarlah dalam jumlah yang sedikit2.cuba elakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sebab kebarangkalian anda ditakuti akan termuntah kembali.

      Sesekali selitkan makanan anda dengan roti berbijirin penuh. supaya anda akan berasa cepat kenyang dan bertenaga sepanjang hari.

      Minumlah susu yang dikhaskan buat ibu2 yang hamil. sekiranya anda kurang berminta minum susu maka gantikanlah ia degan perisa coklat yang terdapat banyak dpsaran sekarang ini.

      Rajinkan diri minum air suam yang banyak supaya badan anda tidak letih sepanjang melalui proses kehamilan.

      Sesekali selitkan minuman buah-buahan.tapi awas! pada buah -buahan seperti nenas sebab ia mempunyai kandungan asid yg tinggi yang boleh mendatangkan bahaya kepda bayi anda

      suri berharap anda berpuas hati dengan cadagan suri ni.terima kasih sebab anda sudi singgah & meninggalkan jejak anda disni. :)

      kedatagan anda amat menggembirakan suri. terima kasih sekali lagi. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>