Dilema Wanita Antara Kerjaya Dan Buah Hati

Kajian yang dijalankan oleh sebuah institusi pengurus di United Kingdom mendapati bahawa masalah yang paling besar yang dihadapi oleh kebanyakan wanita berkerjaya ialah membahagikan waktu dan perhatian sebagai wanita berkerja dengan urusan rumahtangga. Dilema ini semakin terasa apabila wanita berkerja itu juga merupakan seorang ibu.

Masalah dapat diatasi dengan kehadiran pengasuh anak atau pembantu rumah. Namun kebanyakan wanita yang ditemui memberitahu mereka ini ‘tidak rela’ anak mereka di asuh oleh orang lain. Bahkan kadanglaka timbul perasaan iri hati pada keakraban pengasuh dengan anak – anak.

mom

Bagaimanakah caranya untuk kita hadapai dilema seperti ini? Ayuh kita merungkaikannya bersama-sama.

Wajarkah ada perasaan bersalah meninggalkan anak dengan pengasuh?
Perasaan itu memang sangat wajar. Wanita mana pun pasti akan terasa apabila anak menuturkan perkataan pertama atau mengambil langkah pertama tanpa bantuannya. Dilema ini semakin rumit dengan hadirnya rasa cemburu pada pengasuh yang menyaksikan semua itu.

Bagaimanakah melihat persoalan ini dengan objektif?
Cara yang paling baik ialah menghadapi persoalan ini dari akar umbinya. Analisis ‘perang batin’ itu satu peratus sehingga lebih mudah untuk mengatasinya. Jika anda berasa karier adalah lebih penting, begitu juga takala mengasuh si kecil, maka apa yang anda hadapi adalah konflik dua pilihan yang sama-sama penting dalam kehidupan anda. Namun anda haruslah membuat salah satu pilihan yang tepat. Ini disebut sebagai ‘approach-approach conflict.’

Atau apakah anda akan berasa berkerja itu merupakan suatu hal yang sangat penting dan anda pula terpaksa mengambil seorang pengasuh bagi menggantikan tempat anda? Namun anda juga akan berasa ‘terasing’ olehnya. Apa yang sedang anda hadapi ini pula ianya lebih kepada sifat ‘approach-avoidance conflict.

Membuat pilihan yang terbaik
Perkara pertama yang perlu anda laksanakan adalah anda wajar melihat ‘value‘ atau nilai setiap situasi. Nilai ini sebenarnya tidaklah statik. Akan tetapi ia akan berubah dan di ubah dari waktu ke waktu. Pertimbangan dari sudut pekerjaan manakah yang paling penting? sama ada kedudukan prestasi, gaji yang diperoleh atau hubungan sosial? Dari sudut seorang ibu pula, telitilah pada hal-hal yang perlu di utamakan. Dengan cara ini anda akan dapat menganalisis nilai tersebut dari pelbagai sudut.

Namun jika anda melihat peluang untuk maju dalam karier sedang terbuka luas, anda sebenarnya boleh juga memutuskan untuk terus berkerja dengan beberapa perjanjian khusus. Antaranya anda perlu meminta atau memohon rayuan kepada pihak majikan anda supaya anda tidak akan di hantar untuk tugasan luar daerah bagi sementara waktu untuk membolehkan anda meluangkan lebih banyak masa untuk bersama dengan anak-nak dan ahli keluarga anda.

Harus berkompromi
Ya! Kuncinya bukanlah menggorbankan satu nilai yang lain, akan tetapi melakukan penyesuaian antara satu sama lain. Dengan adanya kompromi antara nilai-nilai tadi bererti anda telah mengubah situasi konflik antara dua pilihan menjadi situasi tidak perlu memilih.

Menyelesaikan ‘approach-avoidance conflict’
Dalam situasi kedua ini, asasnya ialah menyedari keterbatasan diri kita. Kesedaran tentang keterbatasan itu akan menjadikan kita lebih “manusiawi” dalam melihat segala persoalan.

Ini kerana, jika seseorang wanita berasa dirinya seperti ‘super women‘ yang mampu melakukan segala perkara, dia sebenarnya cenderung untuk melihat hal yang negatif tentang apa yang berkaitan dengan pengasuh anaknya. Apalagi jika dia menyimpan rasa bersalah kerana meninggalkan anak-anaknya.

Namun jika sekiranya anda menerima keterbatasan anda sebagai ibu yang berkerja, anda sebenarnya lebih mudah menerima kehadiran pemgasuh anak sebagai peganti diri selama anda tidak ada. Menyedari keterbatasan akan membuatkan anda menghargai kehadiran si pengasuh.

Sebagaimana anda membuat strategi dalam membentuk karier, anda juga boleh membuat aturan bagi diri anda dan pengasuh anak anda. Perkara ini perlu dijelaskan dengan terang kepada pembantu tersebut. Dengan adanya peraturan seperti itu, anda akan berasa tetap memegang situasi yang berlaku dan tidak berasa terancam atau disaingi oleh pengasuh anak.

cartoon_family_travel

Mengurangi rasa bersalah pada anak.
Dalam melakukan pilihan kita haruslah menyedari adanya akibat daripada setiap pilihan yang bakal kita buat kelak. Menyedari akan hal seperti ini dapat mengurangkan rasa bersalah. Sememangnya hal ini memang tidak mudah untuk dilakukan, akan tetapi anda perlu berfikir secara matang dan terbuka.

Perlu juga anda perhatian bagaimana reaksi anda terhadap rasa bersalah yang muncul itu. Ada yang menebusnya secara membabi buta seperti membelikan mainan atau makanan dengan jumlah yang berlebihan. Ada pula yang menjadi seorang ibu yang terlalu ‘over permissive’ dengan membiarkan si kecil melakuakn apa sahaja walaupun dia sedar itu boleh merosakkan disiplin yang cuba diterapkan.

Ingat! walau siapa pun anda maka anda haruslah bijak dalam memperuntukan masa untuk si kecil dengan seberapa banyak yang boleh. Supaya mereka tahu bahawa anda adalah ibu bapanya yang sebenar. Didiklah ia dengan sifat yang baik serta jati diri yang kuat agar sikecil anda kelak akan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Halaman ini di petik dari hasil tulisan Ruzian Mohd Jan dan di adjustkan sedikit oleh Suri.

Cara anda bagaimana?
Adakah di sebabkan kerjaya dan kewangan maka kita terpaksa menempatkan si manja di bawah pengawasan pengasuh??
:) :(

Share