Fahami Kitaran Haid & Waktu Subur

Fahami Kitaran Haid & Waktu Subur

Kami kongsikan maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

baby suri

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?Ada 2 sebab utama :-
1.Untuk memudahkan mendapat zuriat
2.Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

baby suri 03

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri. Harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Sumber mykahwin.com.my

Share

Tips Untuk Membantu Pasangan Yang Ingin Hamil

Salam semua..
Bacaan ini khas untuk para suami dan isteri sahaja hehehe..untuk Cik Dara dan En Teruna rasanya eloklah kiranya ilmu ini diguna pada hari-hari yang bakal anda laluinya kelak. Buat masa ni jadiklah ia sebagai sumber ilmu dulu ek. ;)

Bagi memenuhi buku maya blog ni maka Suri muatkannya disini. Semoga perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak akan membantu anda terutama bagi pasangan yang sukar hamil. Moga-moga penyampaian kali ini akan membutkan anda akan terus berusaha..berusaha lagi tanpa jemu untuk memiliki zuriat sendiri. Semoga usaha anda kelak akan dimakbulkan olehNYA.

Anda ingin hamil? Berikut ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk hamil.

Sebenarnya, saya menerima begitu banyak sekali pertanyaan dari rakan rakan ibu di Mengandung.com yang berbunyi; “Bagaimana saya boleh mengandung? Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengandung?

Dan ada juga yang bertanyakan dalam bentuk yang lebih khusus iaitu, bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks (waktu subur wanita), berapa kali perlu dilakukan, posisi dan cara serta kaedah terbaik semasa hubungan seks untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil.
Beberapa Tips Untuk Hamil

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

1121328256_small

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama.

Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme -klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama.

Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme -klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai.

4. Posisi Hubungan Seksual

Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi.

Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

ninpu

7. Relaks

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.

Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.

Pesanan penulis dari Newsletter jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. Sila sebarkan artikel ini untuk mewarwarkannya.

P/s untuk pembaca:
Hurm, ada sapa-sapa yang tak faham ke? silalah angkat tangan..
ah, sapa yang lebih arif mintaklah tolong jawabkan..hehehe..
sapa yang ada petua luar dari biasa sure memaglah digalakkan untuk kongsikannaya disini..Suri budak baru belajar..kikiki ;)

Share