Bahaya Bertumit Tinggi

Salam semua..
Semalam Suri pergi kedai kasut nose kat Jesco. Hu..sempatlah borong sepasang..warna hitam,tinggi jugak tu, al-maklumlah Suri ni kecik jer orangnya..rendah pulak tu..hik..hik…tinggi pun dok le tinggi mana adalah dalam 2 inci sahaja…tu pun beli bersebab juga sebab kasut yang lama tu dah dua ke tiga kali repair hantar kat Pak Cik Din.

1_178762395l

Hurm, mula-mula nak pergi kepejabat sahaja Suri pakai. Lepas dah sampai pejabat mulalah Suri tukarkan dengan capar jepun..haha..bukan apa penatlah nak berjalan kesana- kemari. Orang kata setakat nak bergaya pergi dan balik pejabat bolehlah lagi..Biasalah Surikan orang perempuan suka bergaya..huu..Jika Suri nak berjalan pula Suri lebih suka sandel tapak rendah je. Al-maklumlah senang nak beraktif sikit..hehe ;) so takderlah jalan dok macam itik pulang petang terkedek-kedek..huuhu..Apapun ikut mood juga laa..

Okeylah meh sini Suri berikan fakta untuk dikongsikan bersama anda lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu hamil..untuk diriku dan sahabatku diluar sana tu

Kajian telah dibuat Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

osteoporosis-in-men

Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis. Malah, ia juga boleh mengakibatkan berasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm).Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah di sebabkan oleh bayi yang dikandung. Ia akan mengubah cara wanita yang hamil berjalan. Malah kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi.

Bila kedudukannya kurang stabil atau tidak seimbang, risiko untuk jatuh juga adalah tinggi dan mendatangkan akibat yang buruk kepada ibu dan juga anak yang dikandung. Apabila seseorang ibu hamil itu terjatuh, ia akan menyebabkan pendarahan di belakang uri (placenta abruption), yang mana uri akan terpisah daripada dinding uterus.

kasut_tumit_tinggi

Pendarahan akan berlaku disebabkan oleh uri dan dinding uterus ini telah terpisah. Jika ia melibatkan pendarahan yang banyak, kemungkinan besar boleh memberi kesan kepada ibu dan kandungannya. Pendarahan yang banyak berkemungkinan besar boleh membahayakan bayi malah mungkin boleh meragut nyawa bayi yang dikandung selain turut memberi kesan kepada ibu tersebut,” jelas Dr. Asmah Yun.Tambah Dr. Asmah lagi, antara faktor lain yang tidak membenarkan seseorang ibu hamil memakai kasut tumit tinggi kerana mereka akan mudah mengalami sakit belakang.

Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus. Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus.

Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang.

Ini ditambah lagi dengan berat bayi yang dikandung menyebabkan badan terdorong ke hadapan dan memudahkan ibu-ibu hamil mengalami sakit belakang. Kesakitan juga akan dialami pada bahagian tulang pelvis, lutut, betis dan tumit. Selain itu, ligamen akan mudah terkoyak disebabkan oleh hormon-hormon estrogen, progestron dan relaxin yang banyak semasa mengandung yang berfungsi bagi membentuk sistem pemprosesan air susu.

GR2007050700484

Menurut kekerapan memakai kasut tumit tinggi semasa mengandung juga menyebabkan otot-otot betis akan menjadi sakit dan kejang.Kaki akan menggunakan tenaga yang banyak ketika memakai kasut tumit tinggi terutamanya pada betis. “Asid lactic akan terkumpul pada bahagian itu dan mengakibatkan kekejangan otot.Kekejangan otot ini juga berlaku disebabkan terdapat 40 hingga 50 peratus lebihan darah dalam sistem badan yang perlu dipam ke seluruh badan.Apabila berjalan dan bergerak, otot betis akan bertindak seperti pam dan membantu darah mengalir menentang graviti, menyokong ke arah hati.

Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah tadi dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah.

a366024055e25bfcd7ffb9005e0fcaa0-5409

Pada waktu malam, hati tidak dapat bekerja sepenuhnya bagi mengepam darah ke bahagian kaki. Cecair boleh ‘terkumpul’, menyebabkan peredaran akan menjadi lambat dan urat-urat di bahagian kaki akan membengkak. Cecair ini boleh menyumbang kepada terjadinya kekejangan otot dan sakit kaki.Jika tanda-tanda seperti di atas di alami oleh wanita yang hamil, mereka dinasihatkan untuk melihat semula jenis kasut yang dipakai. dengan perut yang membesar dan payu dara yang juga ikut membesar, wanita hamil seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga.

Mereka akan berasa mengah dan nafas tercungap-cungap apabila berjalan agak lama dan jauh kerana terpaksa membawa badan yang begitu berat.

Bagi kelihatan bertenaga dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai sepatu tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang.

Digalakkan memakai kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih berkeinginan untuk bergaya seperti wanita yang lain, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja.Wanita yang hamil ini di nasihatkan memakai kasut jenis kulit atau kanvas yang berudara kerana kasut jenis ini tidak akan memerangkap lembapan.

Tambahnya, selepas enam bulan, lebih baik memakai kasut yang bertumit rendah dan lebar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

image_tempointeraktif_com

Tip untuk penjagaan kaki semasa mengandung* Elak berdiri untuk jangka masa yang panjang tanpa rehat.

* Memakai stoking dengan kasut bertutup akan menambah keselesaan pada kaki.

* Mengangkat atau meninggikan kaki apabila perlu dan jika kaki mengalami kesakitan, cuba rendam kaki untuk seketika.

Sumber dari:QAMARUL MUNIRAH SAID

Share