Munanjat Seorang Hamba

Salam Jumaat untuk semua..

Pada suatu hari Abul Laits As Samarqandi sedang dalam perjalan bermusafir bersama-sama ayahnya. tiba-tiba dengan takdir Allah, ayahnya jatuh sakit. Semakin hari sakit ayahnya semakin melarat sehingga meniggal dunia.

Tinggallah Abul Laits sendirian untuk meneruskan perjalanannya. Dia menunggu-nunggu jika muncul rombongan kafilah untuk meminta pertolongan menguruskan jenazah ayahnya itu. Ketika menunggu, dia terlihat jenazah ayahnya bertukar menjadi hitam pekat. Dia tertanya2 mengapa wajah ayahnya berubah. Abul Laits kemudian tertidur kerana terlalu keletihan. Ketika itulah dia bermimpi seorang pemuda yang bercahaya wajahnya.

“Siapakah saudara?”tanya Abul Laits.

“Saya ialah Muhammad bin Abdullah.”Mengertilah Abul Laits yang hadir dlmmimpinya itu ialah Rasullullah SAW. Hatinya sungguh gembira.”Ya Rasullulah, apakah maksud dan tujuan kedatangan tuan ini?”

“Saya datang kerana hendak menziarahi jenazah ayahandamu.”Setelah diizinkan, Rasullullah pun mmebuka kain yang menutupi mayat ayah Abul Laits. Baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT. Ketika itu uga Abul Laits melihat wajah ayahnya yang gelap tadi telah bertukar menjadi bercahaya.

bertaqarrub-1

“Wahai Rasullullah, apakah yang menyebabkan wajah ayahku menjadi hitam?”

“Ayahmu semasa hidup telah berbuat dosa dalam keadaan org lain tidak mengetahuinya. Tetapi pada waktu malam ketika org lain sedang nyenyak tidur, dia telah bangun dan merintih kepada Allah. Dia mengadu kepada Allah akan hal dirinya yang sering berbuat dosa kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Ayahmu juga sentiasa basah lidahnya dengan berselawat untuk saya. Oleh sebab itu, pada hari kematiannya Allah memerintahkan saya untuk menziarahi mayatnya.”


Begitulah kisah yang dapat dipaparkan buat kali ini. Manusia memang selalu berbuat kesalahan kerana tidak mampu melawan hawa nafsu. Namun begitu, apa yang penting ialah kesedaran dan keinsafan perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kemudian kita bersungguh-sungguh mengadu dan memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Semoga dengan rahmat Allah yang maha luas itu, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang sentiasa bertaubat dengan dosa samalah seperti orang yang tiada dosa. Namun begitu, bertaubat hendaklah dengan sebenar-benarnya daraipada hati yang tidak ingin lagi mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkan betapa besarnya fadilat berselawat. Terdapat banyak kelebihan berselawat antaranya Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Orang yang palin utama bagiku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku.”

“Barangsiapa ygmembaca selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, kelak pada hari kiamat dia datang dengan wajah bersinar-sinar. Sekiranya sinar itu dibahagiakan kepada semua makhluk nescaya mencukupi.”

oleh Ainul_Mardhiah

Share

Pembukaan Pintu Taubat

kartun

Dalam kitab Zubdatul Wa’idhin dijumpai keterangan bahawa suatu ketika Jibril mendatangi Nabi Muhammad s.a.w dan menyampaikan firman Allah, Barang siapa yang bertaubat kira-kira setahun sebelum meninggal dunia, maka diterimalah taubatnya itu. Kemudian Rasul berkata, “Wahai Jibril, setahun bagi umatku itu tidaklah sebentar. Dalam watu yang lama itu, mugkin mereka lalai, berpanjang angan-angan. Adakah mungkin mereka terpelihara daripada dosa?”

Malaikat-Malaikat Jibril meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w. Sebentar kemudian ia kembali lagi. “Ya Muhammad, Tuhan telah berfirman kepadamu, ” Barang siapa yang sebulan sebelum kematian mahu bertaubat, maka taubatnya akan diterima,” kata Jibril.

0

“Wahai Jibril, waktu sebulan itu bagi umatku juga terlalu lama,” kata Nabi. Jibril pergi lagi dan tidak berepa lama kemudian kembali, “Ya Muhammad, Tuhan berfirman kepadamu, “Barang siapa bertaubat kira-kira satu jam sebelum meninggal, maka taubatnya akan diterima.”

Satu jam bukankah ia terlalu lama bagi umatku,” jawab Nabi s.a.w. Jibril pergi dan tidak lama kemudian kembali lagi. “Wahai Muhammad, Allah telah menyampaikan salam kepadamu. Lalu berfirman, “Barang siapa sepanjang hidupnya bergelumang dengan kemaksiatan, dan belum kembali kepada-Ku sebelum meninggal dunia, kira-kira setahun atau sebulan, sehari atau satu jam, sampai rohnya ditenggorokkan, ia tidak dapat berkata atau menyatakan alasan dan menyesal dalam hatinya, maka akan Ku-ampuni dia.”

Itulah rahmat Allah. Itulah kasih sayang-Nya kepada umat Muhammad. Jika seseorang mahu bersungguh-sungguh bertaubat, maka Dia akan mengampuninya.

Share