Setitis Sabar Selaut Amarah

As-salam semua.
Kali ini Suri bawakan satu kisah yang diceritakan oleh saudara kita En. Nasrul Hakim. Rasanya posting ini memang amat berguna pada kita sebab ia mencerminkan siapakah diri kita yang sebenar takala amarah tu bermaharajalela di kantung hati kita. Ayuh kita selaminya bersama-sama..

“Orang yang paling gagah perkasa di antara kamu semua ialah oarang yang dapat mengalahkan nafsunya pada waktu marah dan oarang yang tersabar adalah di antara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia sebenarnya ada kuasa untuk membalasnya kembali.”

Tidak ada manusia sempurna yang tidak mempunyai perasaan marah. Sebaliknya kesempurnaan diri seseorang itu terhasil apabila dapat mengekang dan mengendalikan kemarahannya dengan menuruti seperti mana kehendaknya, dan tidak bi biar bebas tanpa kawalan. Dalam maksud lain tidak membiarkan dirinya di perkudakan oleh perasaan marah yang didorong oleh hawa nafsu semata-mata.

Sifat marah tidak boleh dibuang sama sekali, kerana dalam hal-hal tertentu sifat marah itu perlu. Menurut Iman Ghazali, tingkar kemarahan yang harus dikekalkan adalah di peringkat pertengahan iaitu tidak terlalu lemah, dan tidak pula terlalu berlebihan. Jelasnya perasaan marah haruslah bijak diurus mengikut keadaan dan suasana. Asal sahaja kita sentiasa berhati-hati dengan bisikan nag=fsu dan syaitan agar tidak mempengaruhi perasaan kita sendiri.

HOT

Hanya dengan binaan iman serta sifat-sifat takwa yang akan dapat menjadi benteng menjinakkan sifat marah atau menjauhi sifat pemarah. Demikian pentingnya tuntutan ini, sehingga Rasulullah s.a.w. mengulanginya dengan memberikan sedikit penekananya dengan menasihati seorang sahabat agar menjauhi sifat pemarah ini.

Islam mengiktiraf oarang yang mampu menundukkan perasaan marahnya sebagai seorang yang terbukti kegagahannya. Kerana mereka adalah orang – orang yang sabar. Ternyata gologan istimewa ini sudah pasti Alllah akan menjanjikan ganjaran pahalanya tanpa di hisab. Dan lebih menakjubkan ialah orang-orang yang memiliki kekuatan fizikal dan berkuasa menundukkan orang lain dengan kekuatannya, tapi tetap dapat menahan perasaan marahnya. Ini telah di contohkan oleh Sayidina Ali k.w yang kepewiraannya menjadi sanjungan di kalangan para Sahabat.

Dalam satu peperangan, Sayidina Ali yang berjaya menumbangkan musuh musyrikin, telah di hina oleh si musuh yang meludah ke mukanya. Dalam situasi itu, memang patut Saydina Ali marah kepada musuh-musuh islam tersebut. Begitupun, Saydina Ali memilih pendirian lebih mulia dengan memberikan kamaafan. Bukan kemaafan keoada seorang musuh Islam. tapi kemaafan kepada seorang hamba Allah yang telah meludahi mukanya.

Asas kukuh yang membolehkan seseorang mengekang kemarahan dan bertindak secara lebih mengguntungkan dunia akhirat ialah penanaman sifat sabar. Inilah kekuatan dalaman yang meruoakan anugerah bercahaya yang bisa melenyapkan nyalaan kemarahn yang sedang kemuncak bergelora. Inilah yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang berbunyi:

“bersabarlah adalah cahaya yang gilang-gemilang” (Riwayat Imam Muslim)

Ketelanjuran melempias perasaan marah berkemungkinan mendinding kita dari menemui hikmah kebaikan ataupun faedah yang dibawa dalam jangka masa yang panjang. Kerana lazimnya kemarahan yang tidak terkawal akibat di tunjangi nafsu dan syaitan , akan membuatkan seseorang bertindak di luar batasan akal sihat. Selalunya ia akan membawa kepasa satu nahtijah yang kurang selamat dan tidak pula akan membawa kesejahteraan kepada semua pihak.

HOPE

Suatu ketika seorang badawi menunaikan hajatnya di dalam masjid. Para Sahabat yang melihatnya menjadi marah!. Kemarahan para Sahabat itu memang wajar, kerana mereka tidak sanggup untu melihat rumah Allah dinajisi. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu menampilkan diri, menunjukkan teladan serta pedoman sekalian umat-umatnya, bagaimana cara beliau menghadapan dengan si Badawi dangan cara yang tenang.

Baginda menasihati para sahabat supaya menyucikan bekas hadis kecil si Badawi dengan setimba air. Kemudian baginda mengajari si Badawi tersebut tentang adab dan peraturan di dalam masjid. Dengan pendekatan cara didikan Rasulullah yang berasaskan sifat sabar dan penuh kasih sayang itu, masalah tersebut dapat diselesaikan tanpa menimbulkan sebarang kekecohan, manakala si Badawi tersebut mula tersedar akan kesilapannya.

Setitis benih sabar dam segemggam bara marah yang diletakkan kena pada tempatnya, berperanan mencorak peribadi seseorang selaras dengan sifat-sifat yang terpuji seperti mana yang diingini dan disenangi oleh agama kita. Suburkanlah benih sabar melalui baja- baja latihan dengan meghadapi berbaga-bagai dugaan serta cabaran yang menghias hidup. Moga-moga lama kelaman bara marah dengan sendirinya akan lebih terkawal.

Allah menjanjikannya melaui sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
“Siapa yang berlatih kesabaran, maka Allah akan menyabarkannya. Dan tidak ada siapa yang mendapat kurnia Allah yang lebih baik atau lebih daripada sabar. (Riwayat Bukhari)”

p/s: Pic kat atas hanya hiasan jerk ek.

Marah? diam jelah jangan banyak cakap tunggu keadaan reda barulah mulakam bicara.. :) . Cara kawan bagaimana pula?

Share