Cara Menggembirakan Hati Suami

Perkahwinan merupakan satu ikatan yang dilafaz melalui satu akad nikah yang sah. Dalam perkahwinan perlulah adanya keserian didalamnya barulah datangnya simbahan cahaya cinta dalam sesebuah rumahtanggaku syurgaku.

Pagi ini Suri nak kongsikan beberapa panduan pada sahabat-sahabat tentang cara bagaimanakah cara anda perlu menawan hati pasangan anda agar kemesaran rumahtangga anda akan berjalan dengan lancar. Rasanya jika Suri senaraikan mungkin hampir dari sebilangan dari anda sudah mengetahuinya. Tapi apapun perkara yang baik memang patut di pelajari bersama-sama ya tak? heeee..

Hampir kesemua lelaki tidak suka kehidupannya di kongkong oleh kaum hawa. Jadi janganlah terlalu menggongkong pasangan anda sesekali tu mugkin boleh juga tapi tengoklah pada keadaan jua.

Hormatilah dia sebagai ketua dalam rumahtanggan anda.

kahwin001

Cubalah elakkan diri anda dari menyakitinya hatinya.

Sekiranya anda terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk si dia maka anda haruslah memperuntukan satu waktu untuknya agar pasangan anda tidak merasa tersisih atau dia bakal mencari yang lain pula.

Ingatlah jangan sesekali anda mengabaikan makan minum, pakai suami anda kerana sentuhan tangan dari aura seseorang isteri itu bisa membangkitkan rasa kasih sayangnya yang kekal terhadap pasangan anda.

Sesekali izinkanlah suami anda keluar untuk dia bersua- muka dengan rakan-rakannya.

Lahirkanlah kepercayaan buat suami anda.

Janganlah kedekut untuk anda mengeluarkan bait-bait pujian kepada suami anda.

Jika suami anda dalam kepenatan, keletihan maka ambillah waktu tersebut untuk anda mengurutnya tanpa di suruh oleh si dia.

Jika anda nak keluar dari rumah maka mintalah izin dari suami anda. Lelaki paling pantang jika pasangannya keluar rumah tanpa memberitahu dirinya terlebih dahulu. Ingat dia adalah suami anda. Anda adalah hak dia yang sah.

Hadiahkanlah seukir senyuman buatnya. Pasti hati yang letih akan rasa kedamaian dihati.

001

Bisikan pada suami bahawa si dia adalah yang terhebat dalam kehidupan anda.

Jagalah penampilan diri agar tampak kemas dan segar di depan suami yang tercinta. Suri nasihatkan anda sekiranya anda selesai masak apa kata anda mandi dan tukar pada baju yang lain pula. Bukan apa sebab bau baju anda tu pasti kurang menyenangkan apatah lagi jika di bawa kepada meja makan untuk menjamu selera huhu.. tentu penampilan kita akan tampak comot bukan? Ingat lelaki suka pada perkara / benda yang cantik :)

Elakkan diri anda dari terlalu banyak bertanya kepada pasangan anda. Seolah-olah anda ini penyiasat peribadi dia.

Selalulah mengucapkan ucapan terima kasih kepada suami anda dalam setiap perkara yang dia lakukan dalam membantu anda menguruskan rumahtangga. Ingat ucapan kata penghargaan itu sebenarnya amat berharga bagi lelaki walaupun hanya dengan seulas ucapan terima kasih sayang.

Beritahu pada suami anda bahawa betapa anda sayangi dia dengan sepenuh hati anda.

Elakkan diri dari melarang suami melakukan perkara yang diminatinya selagi perkara tersebut tidak memudaratkan anda sekeluarga.

Ketika dia sedang membaca surat kabar, duduk diluar beranda, menonton televisyen maka ambillah waktu untuk anda menyediakan segelas minuman kegemarannya. Pasti suami anda akan menyenangi perbuatan anda itu.

Hurm ada siapa-siapa yang nak tambah lagi? persilakan :)

Share

Romantik Sayidina Umar

Kadang-kadang rasa cinta dan sayang diperlihatkan dengan cara yang unik. Sayidina Umar Al-Khattab, sewaktu dibebeli isterinya pada satu ketika, hanya membisu dan tidak membalas sepatah pun. Paling-paling beliau hanya akan mengukir senyum.

Apabila salah seorang sahabat beliau selidik, ternyata dia telah mendapati itulah cara tersendiri Saydina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia serta telah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangganya.

We_love_Islam_by_Marwa_Kishk

Diam beliau adalah diam sebagai mempamerkan tanda sayangnya terhadap isterinya yang tercinta. Ini adalah merupakan salah satu cara romantik Sayidina Umar. Dibiarkan isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya.

Bebelan isterinya juga adalah bebelan tanda sayang, bukan marah – marah yang mejatuhkan maruah dan tidak sampi pula sehingga ke tahap derhaka kepada suami.

Kalau Suri jarang membebel tapi lebih suka diamkan diri sebagi tanda marah. Bila si jejaka dah pujuk kira keadan dah ok semulalah :) hehehe.. Cara anda bagaimana pula??

Share