Salam pembuka bicara..
Hai sahabat sekalian alam buana maya harini tergerak hati Suri nak menyendatkan diri untuk joint kuiz “Anniversary Contest by MaslinaMansor” Sempena Ulangtahun Perkahwinan baliau ke-2 pada 9 Ogos 2010.
Tak ada hadiah rasa macam tak gamatlah pulak sesuatu kuiz tu. Apa kata kita sekodeng kejap apakah hadiah yang ditawarkan
Nak tahu apa jawapan Suri untuk Miss Maslina Mansor dan untuk semakan suaminya jom layan karangan Suri dibawah ini.
Berikut adalah syarat-syart mutlak yang harus dilaksanakan dengan jayanya.

•Copy image kat atas tue dan buat tajuk seperti diatas.
•Uploadkan gambar korang dan pasangan. korang. Yang dah kahwin, gambar isteri/suami. Yang bercouple. Girlfriend/boyfriend. Yang takdak pasangan, guna gambar parents korang… (Kalau boleh tue, yang dah kahwin dan bercouple, jangan la pertaruhkan gambar parent yer…
•Ceritakan pasal pasangan korang/ parent.
Ada apa pada keluarga Suri? Kami seperti pasangan yang lain juga hidup bersederhana dalam segala hal. Urmm.. kami memiliki persamaan sebutan nama yang hampir sama antara satu sama yang sewaktu azan dengannya. Nama Suri yang sebenar Ummu Ainni Maalip @ Bakar, nama suami pula Umar Baki dan nama anak kami yang sulung pula bernama Nur Ummu Umairah Binti Umar Baki. Tang mana lagi jika bukan sebelah pondok itik beratapkan daun nipah ber tag abjadkan “UMR”
Jika kami pulang ke Kuala Sungai Baru, Melaka rumah mak Suri mak selalu manjakan si dia dengan masakan kari ketam. Memang tiap-tiap kali nak balik ke Melaka itulah masakan yang mak bikin pada dia. Eleh menantu kesayangnlah katakan. Mak buat memang tak banyak cerita. Tapi jika Suri buat katanya tak sama dengan masakan emak. Apapun hati tetap cemburu patutnya daku yang bongsu le akan dapat lebih perhatian dari masakan mak. Ini tak dia yang lebih dari sudu bertukar ke senduk pula. Ceh! ini tidak adil!
Tika kami pulang ke Kuala Kangsar, Ipoh pula mak dia selalu carikan ikan sungai untuk Suri bersama dengan pucuk ubi sebab Suri suka masakan emak, lemak pucuk ubi tu. Memandagkan Suri tak suka ikan keli yang licin bak minyak pelincir tu maka atas sebab manjakan menantulah bongsu ni gamaknyer mak carikan ikan sungai untuk Suri. Family di Kuala memag suka makan ikan keli bakar. Dan mamang setiap kali perjumpaan adik – beradik mereka akan kumpulkan duit sama-sama untuk beli ikan keli, kerang untuk dimakan tengahari bersama-sama. Kata si dia perkara ni dah memang menjadi sebati lagi sejak arwah ayahnya ada ada lagi. Makan beramai-ramai akan meghilangkan resah sunyi dihati mak yang sunyi tanpa arwah ayah. Waktu makan pasti akan ada pelbagai perkara yang bakal di sagat nanti.
•Hadiah yang pernah diberi kepada pasangan. Manakala parent- tanyalah mak abah korang hadiah apa yang pernah diberi kepada pasangannya.
Sepanjang denai-denai perkahwinan yang dilalui Suri ada bagi dia baju lengan panjang untuk ke pejabat sempena hari lahir dia yang ke 32 tahun. Sewaktu kehamilan Suri menginjak 4 bulan dia cakap dia nak ajak Suri makan kat Kedai Mee Rebus Ramli. Hurm masa tu memang Suri gila kentang makan udang dalam jumlah yang banyak. Waktu tu dia jemput Suri dipejabat seperti biasa. Suri duduk depan. Terus dia kata hulurkan tangan jap. Suri mengulor jerlah kui..kui.. sekali tengok sejambak bunga maa. hooo berbunga kembang hidungku yang dah terserlah mancung nie.. ceh! perasan sendiri gi jaoh-jaoh..
Malam tu dia hantar Suri kat depan rumah jer. Katanya ada hal nak jumpa kawan. Huaa.. Suri sedih. Eh, mana boleh buat macam ni! hurm Suri mulah naik angin dan masuk rumah macam biasa. Waktu tu Suri masak makan malam. Lepas tu pergi mandi ke bilik air. Jeng!! jeng!! keluar dari bilik air tengok eh napa rumahku gelup gulita jer? Suri pun jalan dalam gelap! terus di sergah dari belakang pintu bilik. Selamat Hari Jadi sambil membawa sebijik kek berbentuk hati bertiangkan 3 batang elektrik lilin
huhu.. nasib baiklah tak boleh nak kuruskan badan sebab time tu memang dah terberdua
=Ayah hadiaan emak emas. Mak Suri, suri rumahtangga terus mak selalu hidangkan yang sepacil untuk ayahlah hehee..
•Ayat paling ” Jiwang Karat ” korang pernah luahkan pada pasangan. Kalau mak ayah korang, korang tanyalah apa yang diluahkan pada pasangannya. (Ayat “I LOVE YOU ” tak dikira, dah biasa sangat)
Jiwang bersadur karat 259 Inci x 2010 Lebar ???
Bab nak mengayat dia suri terkadang selalu cakap awak sayang saya tak? atau dengan perkataan “eleh” baik merajuk, baik gaduh, baik sms, call kami akan sllu guna ayat tu. Buat apa nak habiskan krdt dan penatkan tangan nak taip panjang-panjang kans.. cukup pendek dan ringkas. Lama-lama sejuklah nanti
Untuk dia:-
Walaupun lena ku panjang tiada mimpi berganda dialah insan yang tercipta untukku. Aku ingin kau tahu bahawa daku sayang kamu
Kalau mak ayah korang, korang tanyalah apa yang diluahkan pada pasangannya.
=Jika ayah yang merajuk mak akan peluk ayah depan kami. Mak tak malu tapi ok jer. Jika mak banyak cakap ayah diam dan paling kurang pun ayah akan cucuk pinggang mak tanpa mak sedar
.
Jawapan mak dangan ayah sama sahaja mereka saling sayang dan setia sehingga ke akhir hayat. mak ayah selalu beri pesan pada suri berbunyi adik tengok mak/ayah apa terjadi kami tetap bersama sehingga kini. Jadikan kami sebagai contoh tau..
•Aku nak bagi hadiah kat hubby, cadangkan 3 hadiah apa yang sesuai…( Jangan murah mahal sangat )
pic: Kamu jangan naKal







