Bila Awek Mintak Putus Apa Pandangan Anda

Salam pagi untuk semua.

Pagi ini nak bermadah sikit rasanya dah lama tak bermadah helah Surikan peminat Ziana Zain  :)

“Oh cinta bagai manis kau laksana madu, tika layu kau sungguh menikam kalbu, waktu pilu kau hiris hatiku bak semalu. Apakah salahku dikau buatku sebegitu..”

CINTA..

Satu ungkapan yang indah dan barangkali jika kita bina satu ayat maka akan mulalah ayat yang satu akan dikembangkan sayapnya menjadi lebih dari kata-kata yang kita fikirkan..

Begitulah hati tika setitis jatuh kedasar hati bermakna kasih yang bersemi itu pasti mengharapkan agar ikatan yang dibina akan terus kekal hingga kepuncaknya. Tapi, bagaimana pula sekiranya hatiku untukmu namun kau diam membisu lantas kau tunduk malu kau pinta kata putus dariku..

Dibawah adalah lontaran hati seorang insan pembaca blog setia ini. Suri minta jasa baik semua untuk mengutarakan pandangan dari pihak anda. Semoga pertolongan sahabat-sahabt akan membantu sahabat kita ini dalam menyelesaikan masalah dia dengan pasangan yang dicintainya.

cute23

Tarabola said on 23-08-2010

Hurm…
2 3 hari lepas awek aku mntak putus..
hurm.. dia kata dia bosan dgn aku tp bila aku tnya happy x klur dgn aku dia kata happy sngt..
kita orng couple dah hampir 4 thn.. hurm

 

Jawapan Suri.

Setepak sireh.. & salam sahabat.

Wah sungguh lama perkenalan anda dengan si dia. Dia bosan. Barangkali anda perlu ciptakan sesuatu yang manis untuk anda berdua. Apa kata anda bawa dia berjalan-jalan ke luar kawasan tempat tinggal anda.  Seperti contoh anda membawa dia berjalan-jalan di bandar PD ke, di sana anda boleh menjamu makanan yang sedap, berjalan di tepian pantai bukankah itu salah satu cara untuk mendekatkan diri anda kepada si dia.

Cara lain anda buatlah kejutan untuk si dia seperti memberikan dia gelang kaki, gelang tangan ke, sebab rata-ratanya perempuan suka akan perhiasan diri. Memadailah jika anda menghadiahkannya barang siliver sahaja. Pasti dengan cara ini dia akan terasa dirinya lebih di hargai. Jika anda mampu maka anda boleh sahaja berikan dia emas..

Sesekali anda juga haruslah memberikan dia waktu atau ruang untuk dia lebih mesra dan rapat pada ahli kluarga dia mahupun pada teman karibnya sendiri. Dia pun seperti anda juga, kata orang jika kita selalu bertemu muka mesti jemukan. Sesekali cuba jarakan perjumpaan anda dengan si dia. Pasti rasa rindu itu akan terbit di hati si dia kembali.

Sekiranya sahabat telah berkerja apa kata sahabat ambil langkah mengikat tali pertunangan dengan si dia. Ini menyakinkan dia bahawa anda benar-benar mahu berkahwin dangannya. Bila sahabat dah berkawin degannya pasti segalanya akan lebih bahagia lagi.

  • Jika si dia ada masalah maka anda haruslah memberikan dia ruang untuk dia berterus terang, kenapa dan  mengapa dia boleh mengeluarkan hasrat sebegitu pada anda. Buatlah perbincangan dari hati ke hati. Ingat selagi hubungan sahabat dengan dia boleh diselamatkan maka teruskan usaha sahabat itu. Dan sekiranya jawapan yang dia berikan tetap sama maka mungkin keputusan untuk sahabat  memutuskan hubungan itu lebih baik daripada hati anda dipermainkannya nanti jiwa sahabat juga yang merana.
  • Buatlah keputusan dengan sebaik yang boleh. Carilah kelemahan diri mungkin ada banyak yang ditemui buat dia merasa tidak enak semasa menjalinkan hubungan dengan sahabat. Selagi ada ruang maka sahabat  masih boleh memperbaiki kelemahan atau kekurangan pada si dia agar sahabat dapat memuaskan hati dia. Carilah jalan yang terbaik agar hubugan yang terputus kelak akan putus secara damai tapi bukan pada permusuhan antara anda dengan dia atau angkara pihak ketiga.

Apapun ini hanyalah pandangan dari suri sahaja. Semoga hubungan anda dengan si dia akan terus bjlan lancar.

Share

Siapa Kata Single Itu membosankan??

Salam setepak sirih tapi bukan untuk meminang sang teruna atau si dara yang menjadi tambatan hati tapi sekadar bermadah helah disini..Adeh apalah Suri ni waktu tengahari hujung minggu ini pun masih ada aura nak buat lawak itik lagi..hahaha..

Okeylah..Suri tidak mahu membuang kata lagi apa kata hari ini kita bukak kisah bab single menyinggel ni bagi menghangatkan topik di blog Suri pada petang yang membahagiakan ini..

Eh, kata orang bila putus cinta tu hati gua sakit loh..kau apa tahu!

Tengok! apa yang boleh aku buat bila putus cinta dengan dia. Semua rugi hoo..rugi belanja dia makan, minum, shopping dan segalanya bagai..last-last dia buat aku macam nie. Ceh dasar orang tak kenang kenangan cinta langsung.

love

Aku memang dah tiada semangat nak bercinta..aceh, sejak bila pula tiada semangat itu Ini. Selalu baik-baik sayang sahaja. Elah relasklah Suri tahu tak semestinya bila kita dah putus cinta kehidupan kita akan terhenti setakat tu sahaja. Tidak sama sekali wahai kawan-kawanku.. Suri ada ubat untuk merawatkannya.. Come on..

Tahukan anda jika sebelum ini anda lebih banyak menghabiskan masa bersama si dia dari teman-teman sekepala anda tapi sekarang anda sebenarnya boleh menghabiskan lebih banyak waktu untuk bersama-sama dengan mereka kembali. Apatah lagi dengan ahli keluarga anda sudah tentu banyak yang masa yang akan anda berkongsi cerita bersama dengan mereka.

Hidupkan kembali suasana anda yang dahulunya hanya terikat pada si dia sahaja. Sedarlah bahawa anda kini bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Dan yang penting anda tidak perlu menjelaskan kepada sesiapa pun tentang siapa yang ada sedang berkawan atau sabaliknya pada seseorang yang bergelar kekasih. Tapi awas! batas-batasnya perlu di jaga juga ya..

Kini anda boleh manjakan diri anda di salun untuk mendandan rambut anda agar dengan tampak segak, bergaya lagi atau ke spa dan sebagainya tanpa harus anda memikirkan bahawa si dia sedang bosan boring menunggu ada di dalam kereta.

Bedandalah dan bergayakanlah diri anda atau melaram mengikut rentak hati asalkan ia tidak melanggar lunas-lunas dalam islam dalam etika berpakaian. Jika dahulu mungkin ada sesetengah dari pasangan mengkongkong cara berpakaian anda tapi kini tidak lagi. Anda yang menentukan segala-galanya :) .

Anda boleh pergi kemana sahaja anda suka sama ada berkelah bersama teman-teman, pergi melancong dan sebagainya tanpa perlu memikirkan untuk memberitahu kepada si dia dimana anda berada sekarang. Tidak perlu sms atau panggilan telefon yang banyak membuangkan masa anda begitu sahaja. Apa yang penting anda perlu enjoy pada waktu-waktu tersebut.

Ada waktu kita perlu bergembira, ada tika juga kita perlu bersendiri tapi carilah kekuatan tersebut dengan selalulah mendekatkan diri kepadaNYA. Layarkanlah doa kepadaNya seberapa banyak yang anda mampu semoga akan ada suatu hari nanti jodoh yang terbaik buat diri anda. Percaya dan yakinlah dengan setiap doa anda itu kerana Dia Maha pendengar lagi Maha penyayang. Mintalah apa yang di pohon nescaya Dia akan tunaikannya. Amin.

q14a22

Saat yang ada inilah sebaiknya anda cuba membahagiakan diri anda sendiri tanpa mempedulikan dia yang sedang berbahagia bersama insan yang lain. Buatlah perkara yang bisa membutkan anda gembira seperti melakukan aktiviti riadah, melakukan aktiviti futsal dan sebagainya mengikut selera dan kehendak anda sendiri. Bukan apa dengan cara ini anda akan lebih mudah untuk melupakan dia sedikit demi sedikit..

Anda pengalaman putus cinta ke? Jom kita leraikannya di sini. Hurm, jika ada yang terkurang tips kat atas tu minta kawan-kawan tolong tambahkan le..hehe :) ;)

p/s: Entri ini tidak bermaksud untuk menyinggung perasan sesiapa pun yang sedang putus cinta tapi ia hanya sekadar tips-tips yang berguna sahaja.

Nak masak jap, nanti Suri jumpa anda semua kat ruang maya semula ya :) daaa..

Share

Tension? Apa Yang Selalu Korang Buat?

Salam ni kira draf dalam kepala jer..maka itu ia dijadikan santapan untuk minuman petang..hehehe..Korang pernah alami tekanan persaan ke? tak kiralah ia bersifat sementara ke macam putus cinta, gagal dalam peperiksaan ke? pasal masalah di tempat kerja ke? kewangan.. kehidupan seharian..

Selalunya apa yang korang buat time-time waktu kebuntuan itu yer? Opps maaf jika jawapan anda nak bunuh diri sebab dalam agama ada mengatakan kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan dosa besar di dalam ajaran islam.

Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Thabit bin Dhoha R.A sabda Nabi S.A.W.:
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Ada orang mempunyai pelbagai cara untuk menghilangkan rasa ketensionan yang dialami dalam diri. Seperti contoh:-
img

Rajin mendekatkan diri pada Tuhan..maknanaya lagi kuat tekanan dia maka makin kuatlah dia menghampiri diri pada yang Maha Esa. Berselawat dan beristifarlah sebanyak mana yang mampu semoga kekusutan akan kembali reda.

Menonton wayang juga kadang-kala perlu juga. Bukan apa untuk mengelakkan diri ini dari berfikir akan hal yang mengusutkan buat seketika waktu.

Sebilangan orang akan cuba mematikan telefon bimbitnya. Sebab tidak mahu diganggu oleh rakan-rakan yang lain. Konannya nak bawa diri jaoh dari orang-orang di sekelilingya..hehehe.

Sesetengah darinya suka berkaroke sambil mengajak teman-teman lepak dipusat membeli – belah yang berdekatan.

Tidak kurang juga ada yang suka mencari tempat mengadu untuk meluahkan segala yang terbuku di hati pada teman-teman yang boleh dipercayai. Semoga kekusutan akan terlerai satu persatu dan jalan untuk menyelesaikannya akan menemui kesimpulan untuk menamatkan konflik dalam diri..

Sebilangannya suka melahirkan rasa marah, tekanan melalaui teriakan drum, disko yang membingitkan telinga sebagai pengubat duka nan lara. Namun pada kebiasaannya cara ini tidak berkesan rasanya sebab ditakuiti diri kita akan terjebak pada dadah, gay, pil-pil yang mengkhayalkan dan sebagainya.

Simptom kuat makan pun ada juga. Tak kisahlah makan apa yang penting makan tika waktu tension sebenarnya mampu untuk membuatkan berat badan seseorang naik dengan mendadak sekali..

Tak lupa juga ada yang suka melayan lagu-lagu yang bernada keras ataupun suka membuka alunan voluem yang kuat supaya tekanan yang dialami seolah-olah bisa manarik perhatian umum yang orang tu dalam aura kentensionan dalam kelasnya yang tersendiri. Pasti jiran-jiran akan cakap wey! budak ni pekak ke apa bukan radio kuat-kuat..huhu..dan tak pasal-pasal nanti anda akan dapat sumpah seranah free dari mereka sahaja.

Menangislah sepuas hati mungkin ia akan meredakan kelukaan dihatimu..hehehe..

Ha, masih ada jua sesetengah dari kaum hawa suka membeli – belah diketika mereka dilanda tekanan sebab ia merupakan terapi bagi mereka.

Cara Suri??
Selain solat Suri suka membawa diri ke pantai..kiki..sebab disana dapatlah Suri dengar desiran ombak yang mendamaikan lagi mengasyikan..ceh wah..minah jiwanglah pula harini..

Hurm dan satu lagi Suri suka beli dua papan coklat dan akan habiskannaya dalam masa beberpa jam jer. Lepastu mood Suri dah okey semula. macam ni ;) :)

Cara anda bagaimana?? Hurm pastikan cara itu adalah cara yang di paras normal yer.. ;)

Petikan hadis dari: http://soaljawab.wordpress.com

Share