Hai sahabat..
Hurm entah mengapalah hari ini Suri rajin sangat-sangat nak post artikel lebih dari biasa. Selalu 2 artikel sahaja. Tapi memandangkan semalan banyak yang bertanyakan pasal vitamin D, maka tiba-tiba pula hati Suri terlintas untuk mencari info tersebut dengan lebih terperinci lagi..Jadi Suri berharap agar anda semua enjoy dengan post ini.

Perkataan vitamin telah diusulkan oleh seorang pakar biokimia yang berbangsa Poland pada tahun 1912.Vita di dalam bahasa Latin bemaksud kehidupan dan mine
FUNGSI
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan, penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.
SUMBER
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . Ia juga didapati daripada mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit.
KEKURANGAN
Tahukah anda jika seseorang itu kekurangan vitamin D ia boleh menyebabkan individu tersebut akan menghadapi sakit seperti:-

Rickets
Pada kanak-kanak
cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot.
Osteomalacia
Pada orang dewasa dimana tulang – tulang kita akan menjadi lembut yang menyebabkan rasa sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak.
Opps..!!
Jika anda ingin mengambil pil-pil vitamin tersebut pastikan pil yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar sahaja dan jagan sesekali anda mengambilnya atau membelinya sesuka hati tanpa arahan dari yang pakar. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.
.
p/s: Sebahagian artikel ini Suri petik dari moodpro.tripod.com.