As-salam buat rakan-rakan bloger semua…
Alhamdulillah hari ini kerja di pejabat semakin surut berkurangan. Haa..rasa lega sikit hati ni. Jadi takdelah terkejar-kejar masa lagi. Arm..tapi tak boleh nak dijangkakan juga sebab bila-bila masa sahaja kerja boleh bertimbun kembalikan..huhuhu..
Malam tadi Suri dah kasi pulun habis kesemua komen anda dari sahabat bloger semua.. Mana taknyer dari seminggu punya entri barulah semalam berkesempatan nak menitik kemesraan kat situ..
Lepas posting entri ni pula Suri akan pecah masuk rumah blog korang semua.
Okeylah Suri tak mahu bercerita panjang lagi apa kata kita terus sahaja pada destinasi cinta ilmu yang seterusnya..
Anda kenal pada pokok kayu manis? Tahu apa warna dan bagaimanakah bentuknya?
Apa nama si Kulit kayu manis?
Nama sains bagi si Kulit kayu manis ini adalah Cinnamomum zeylanicum. Manakala asalnya pula dari Sri Lanka akan tetapi ia kebanyakannya diimport dari China dan Indonesia.
Tahukah anda apakah kegunaannya?
Pada kebiasaannya masyarakat melayu menggunakan rempah kulit kayu manis ini untuk menumis bahan masakan mereka dengan masakan berkuah seperti kari dan sup.
Namun masih ada juga sesetengah dari kita juga menggunakan kulit kayu manis bagi menambahkan lagi haruman wangian pada air gula (sirap) semasa merebus.
Manakala bagi masakan di barat pula, hampir kebanyakan dari mereka menggunakan serbuknya kulit kayu manis ini untuk membuat cinnamon roll, cup cake dan pai epal. Ini bertujuan untuk menambahkan keenakan semasa kita menjamu makanan tersebut.
Adakah Petuanya?
Mestilah ada. Jika Suri senaraikan pasti akan banyak yang akan kita temui di ruang legar maya ini. Tapi biasanya petua ini memang Suri selalu amalkan sendiri nak-nak masa study dulu.. hehehe..
Bagi suri rumah.
Yang menginginkan dapur mereka sentiasa wangi lebih – lebih lagi jika anda baru sahaja menyelesaikan tugas menyiang ikan didapur apa kata anda ambillah sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian anda rebuskan ramuan tersebut kedalam periuk bersama sedikit air selama 10 ke 15 minit. Selepas keadaan air itu sejuk maka anda bolehlah menyemburkan air tersebut di sekeliling ruang dapur anda.
Waktu perkelahan perkemahan pula.
Jika anda berkemah di dalam suasana hutan apa kata anda bawa kulit kayu manis ini bersama dengan anda. Mengapa? Sebab ia boleh menghindarkan diri anda dari terkena serangan gigitan nyamuk yang bertubi-tubi. Tapi pastikan jumlah yang anda bawa itu adalah banyak dan tidak membebankan anda kelak yer
.
Si panggeran dara, teruna dan sewaktu denganya.
Anda asahlah kulit kayu manis di permukaan yang rata kemudian di campurkan ia dengan sedikit air. Selepas itu anda pupukkan ia ke muka anda secara perlahan-lahan di kawasan jerawat anda. Pada keesokan harinya anda basuhlah muka anda seperti biasa.
p/s: Ada sesetengah orang suka mencampurkan ia dengan madu atau bedak sejuk. Tapi cara Suri tidak sebegitu pula heehee..Lain orang lain caranya
Next ada petua lagi.. jom kita kongsikannya disini


