Anda suka main yo-yo. Suri suka. Bagaimana rentak permainannya??

Hurm, begini caranya..anda boleh menghayunkan yo-yo tersebut dengan cara ke bawah, ke tepi malahan ketas juga. Tahukah anda begitu banyak teknik yang sebenarnya kita boleh menghayunkannya dan menggerakkannya yo-yo tersebut untuk menonjolkan kebolehan seseorang untuk mengendalikan dengan pelbagai cara posisi yang terbaik.
Itulah permainan yo-yo yang Suri maksudkan. Sekitar tahun 1920-an ia pernah juga popular sebagai satu permainan kanak-kanak yang amat mudah tetapi mendapat perhatian pada jari-jemari kanak-kanak mahupun gologan dewasa di Malaysia turut meminatinya. Malahan budgetnya juga amat rendah sama -sekali.

Tidak kiralah ia diperbuat daripada plastik, kayu atau logam, yo-yo kini telah meninggalkan satu era nostalgia apabila ia dianggap sebagai satu permainan sahaja kepada pengiktirafan seluruh dunia sebagai satu bentuk sukan yang sebenar.
Namun kini tidak lagi. Tetapi sayang seribu kali kerana permainan ini sudaj jauh dilupai..huhu..sedih sekejap..
Baiklah, Suri tidak mahu bercerita panjang perihal si yo-yo ini, tapi sekarang Suri nak kongsikan fakta yo-yo buat anda disini.
Tahukah anda di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya!

hurm mugkin sebab mereka takut yo-yo tu nanti akan terpelanting ke muka semasa diayunkan kelak kot…pendapat anda bagaimana pula?? kot-kotlah si yo-yo tu akan terbang ke bulan boleh berjumpa dengan si pungguk..eh yea ke??hik..hik..jom kita kongsikannya disini..
Pistt!!..untuk mengetahui lebih lanjut tentang yo-yo nantikan pula kemunculan yo-yo part II..(macam biasalah Suri akan up-date lagi)