Salam sejahtera untuk semua. Hai! kawan-kawan semua sudah bersarapan ke belum ni? Harap-harap tak miss sarapan pagi ek bukan apa takut nanti waktu makan tengahari kawan-kawan akan makan terlebih kuantitilah pulak heheee..
Menyingkap tentang perlakuan seks yang menyimpang ini harini Suri nak kongsikan beberapa jenis asal perkataan seks itu didapati. Suri dapat sumber ni dari majalah wanita keluaran tahun 2005. Hurm nama penulisnya tak ada kat sini tapi dalam bahagian ‘Klinik Sakit Tuan’. Okeylah jom kita semak apakah perilaku seks tersebut.
“Makan diperlukan untuk kesihatan tubuh. Namun jika makan secara berlebihan, ia akan mendatangkan pelbagai penyakit kepada kita. Begitu juga dangan seks, ia adalah satu tuntutan batin sebagai seorang manusia. Maka tidak hairanlah, sekiranya didalam isllam menyarankan umantnya berkahwin bagi menghalalkan perhubungan yang sah di sisi agama kita.
Namun ada kalanya kehendak kita sering berbeza seperti perlaku seks di luar tabii yang diharamkan oleh agama. Seks menyimpang ini pada kebiasaannya dilakukan oleh lelaki dan jarang dibuat oleh wanita. Di bawah ini disenaraikan beberapa perilaku seksual yang menyimpang.
Paedophilia
Berasal dari perkataan paido yang bererti kanak-kanak dan philia yang bererti mencintai. Seks menyimpang ini bila mana orang dewasa merasakan mereka mendapat kepuasan seksual apabila ia melakukan hubungan ini dengan kanak-kanak. Golongan ini merasakan nafsu seks mereka memuncak jika pasangan seksual mereka adalah kanak-kanak yang ada kalanya mereka ini masih lagi belum mencecah akil baligh.
Hal ini biasanya dilakukan oleh lelaki yang mengalami kelainan mental. Paedophilia membahayakan perkembangan seksualiti kanak-kanak. Oleh kerana itu, kedua oarng tua harus memberi perhatian serius dengan siapa anak anda berkawan.
Sadisme
Perkataan sadisme diambil dari nama seorang penjenayah seksual, Marquis de Sade yang hidup pada tahun 1740-1814. Dia pernah dipenjarakan selama 27 tahun akibat jenayah seksual melampau yang di dilakukannya. Semasa dia didalam penjara Marquis de Sade mengisi masa lapangnya menulis buku tentang jenayah seksual.
Sadisme adalah perlakuan jenayah di mana pelakunya akan mencederakan atau menyeksa pasangannya secara mental dan fizikal untuk memperolihi orgasma. Orang sadis merasakan kepuasan seksual dengan menyeksa objek seksual mangsanya. Penyebab sadisme biasanya terkeliru dengan pendidikan seksual yang diterimanya di mana mereka beranggapan perbuatan seksual itu kotor, dorongan seksual yang berlebihan, rasa dendam kepada bekas kekasih yang telah mengecewakan hatinya, atau juga kerana keperibadian yang psikopatik dan lain-lain lagi.
Perbauatan sadisme ini dapat dilihat kepada tindakan memukul pasangannya, menampar, menggigit, menggelar pasangannya dengan pisau dan lain-lain lagi. Lagi kuat pasangannya menjerit kesakitan, lagi meninggilah tahap kegairahan mereka.
Voyeurism
Penyimpangan seksual jenis ini di mana pelakunya mendapat kepuasan dengan mengintai. Biasanya mereka akan menebuk dinding di bilik mandi mangsa, bilik tidur atau mereka ini akan cuba memanjat rumah mangsa bagi menyaksikan perlakuan seksual mereka yang baru berkahwin ataupun yang berstatus anak dara sunti. Ada juga dari mereka yang suka mengintai di sebalik semak dan sebagainya.
NotA hATI:
Teringat masa duduk rumah sewa masa waktu belajar dulu. Kami selalu di perhatian oleh orang gila seks.. Huhuhu…takut..terus pindah rumah sewa yang baru. Masa tu dah nak masuk tiga kali kami pindah rumah sewa adeh…
Part II akan disambung kemudian. Risau kome semua bosan sebab banyak bebenor nak membacanya hehee..
segala komen anda tentang Perlakuan Seks Menyimpang amatlah dialu-alukan.

