Cara Mewangikan Sudut Dapur

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Setiap rumah pasti akan ada satu sudut dapur bagi memudahkan kerja-kerja memasak. Semestinya sudut dapur tidak dapat lari dari pelbagai bau masakan yang menyelerakan hidung untuk menghidunya hatta tidak terlepas juga dari mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan seperti bau selepas menyiang ikan atau ayam,  sisa makanan dan lain-lain bau lagi huuu.

images

Kebanyakan para wanita agak kebingungan untuk mengatasi masalah ini. Jangan risau Suri ada cara untuk menanganinya ;) .

Petua a) Bahan-bahan:-

  1. Kayu manis
  2. Bunga cengkih
  3. Sedikit cuka
  4. Air secukupnya

Cara-caranya:-

  1. Ketiga-tiga bahan tadi direbus bersama dengan air sehingga ia menggelegak.
  2. Kemudian masukkan ia ke dalam botol semburan.

Nota Petua: Semburkan ia dikawasan yang mengelurkan bau yang kuang enak. Boleh juga di semburkan atau dilapkan di bahagian lantai jubin dan kabinet dapur untuk memastikan ia sentiasa wangi dan berbau segar :)

201008211241084ALOQI2BHM48-F-011-20mlSumber: http://www.mysimplifieds.com

Petua b) Bahan-bahan:-

Kawan-kawan masih mempunyai bekas sisa botol minyak wangi. Hurm..tidak kisahlah ia jenama apa sekalipun asalkan ada ia sudah menjimatkan kos untuk membeli pewangi yang bersatus Ringgit Malaysia.

  1. Ambil minyak wangi  dan buka penutup yang menutupi semburan minyak wangi tersebut.
  2. Setelah di buka letakkan ia di sudut dapur. Isi minyak wangi itu sendiri akan mengeluarkan baunya nanti :)

Nota Petua: Pastikan isian dalam botol minyak wangi itu masih berisi minyak wangi :)

Share

Biasan Minyak Wangi

Salam pagi untuk semua.

Harini memang kompom Suri tak bawa bantal mucuk lagi. Dah kaw-kaw Suri bubuh minyak wangi kat bantal busuk si kecik tu. Dont risau sebab semuanya masih dalam keadaan baik lagi :) Itu hak kerajaan, maka kita hurus akur sekiranya pihak si kecik nak mewartakan barang tersebut didalam bilik tidurnya sendiri hehehe :) .

Baiklah Suri tak mahu nak berceloteh panjang macam kereta’s api’s KTM. Jadi waktu yang sesingkat ini Suri nak kongsikan tips dan cara pemakaian minyak wangi dengan betul bersama -sama anda.

001

Ada sesiapa yang tak suka bau minyak wangi sila angkat dua jari peace :) . Sah-sahlah anda adalah antara orang yang suka mencemarkan menyumbangkan bau kimia secara tidak sengaja percuma kepada penduduk bumi ni. Anda terasa ke? Huuu Suri minta maaflah yer sebab jenis Suri memang suka pada benda yang wangi jer ;) . Ada bau wangi sikit-sikit jadilah. :)

Kata hati Suri kalu kita tak pakai minyak wangi tak perlah lagi tapi, kita MESTI dan WAJIB pakai deadorant pula. Awas! Jika anda tidak memakai salah satu bahan rempah ini barangan tersebut alamatnya kebarangkalian untuk orang menjauh dari anda peratusnya ada dan mungkin tinggi hihihi.

Kemungkinan akan ada orang berbicara pada anda..
“nyah kau dari sini hehehe..”
sikit lebih terkata “eh awak ni tak mandi ke bau macam persis ….?” kamu orang pandai-pandailah sambung menyambung sendiri yer
“hah! budak yang tak mandi pagi tu ke” aku tak nak jumpa dialah..

Okey cukup! Suri apa tips dia tu?

Anda mulakan titik minyak wangi tersebut di bahagian nadi seperti dikawasan pergelangan tangan anda, belakang telinga anda, leher, bahagian dalam siku, bahagian pelipat lutut dan bahagian tengah antara dua buku lali kaki.

002

Bagi menaikkan bau wangian tersebut anda juga bolehlah menyemburkannya dari atas badan dan sekeliling anda. Bagi Suri cara ini kurang baik sebab kebarangkalian akan membuatkan orang yang lalu lalang sebelah anda nanti akan pening meroyan lalat. Akibat bau yang terlalu kuat.

Perlu diingat juga, semburan minyak wangi haruslah disemburkan pada tubuh yang sedang lembab dan bukan pula di sembur pada baju.

Bagi wanita sekiranya anda memakai kerongsang pada baju atau tudung maka anda haruslah berhati-hati kerana ditakuti barang perhiasan anda akan rosak hasil dari semburan tersebut.

P/s:
Kepalaku selalu pening takala member1 bilik nak keluar rumah pasti bilik kami akan terbiasa wangiannya. Oit kau ni nak berhabis minyak wangi untuk diri sendiri ke untuk bilik? ke memang sengaja nak kasi hari-hari kepalaku pusing 360 darjah
:( . Orang kalau dah hantu minyak wangi ni susah nak cakapkan..hehehe..

Anda ada kisah di sebalik si pewangi? Jom sharekannya kat sini

NoTA cINTA:
Wanita dilarang sama sekali memakai perfume…walaupun tiada bahan dilarang dalam campurannya…Larang memakainya diluar rumah takut akan menimbulkan nafsu berahi pada orang disekelilingnya. Dan hanya harus pakai untuk suami sahaja terutama malam jumaat dan malam yang sewaktu dengannya.. :)

Share