Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Entri bersambung Adakah Kita Kawan Part I. Memang sengaja di lepaskan satu persatu agar pembacaan tidak membosankan hee.. Banyak kawan makin banyak ragam yang di temui.
Tapi bagaimana pula dengan rentak kawan yang Suri senaraikan di bawah. Adakah kehadiran kawan-kawan anda membawa impak yang cukup besar dalam kehidupan anda?
Jom semak bersama-sama.
Kawan ulat buku. Kawan begini manfaat lebih baik dan terserlah kepintaran mereka dalam bab-bab ilmu. Kemungkinan kita hanya tahu ilmu-ilmu tertentu sahaja tapi kawan kita tahu dalam ilmu kita tidak pernah ambil tahu. Bukan bagus jika kita mendapat ulat buku seperti ini. Saling bertukar pendapat, berkongsi ilmu apa yang dia dan kita ada. Paling cun jika kawan ulat buku ini jadi ensiklopedia bergerak kita hee…sebut apa sahaja dia tahu. Rasanya kita mudah katakan pada kawan kita memang otak buku yang sentiasa berjalan dan mentafsir ilmu 24 jam! Kita pun dengan bangga bila dapat berkawan dengan kawan begini “camni tak payahlah pergi perpustakaan selalu hiiii”

Suri dah dapat pun kawan makan tengahari sama-sama hee..dulu memang bosan makan sorang2, cakap pun sorang2 haha.. ayat jahat kau ada?
Kawan berdakwah mamang manis sahaja jika kita menyelami hati mereka. Ini bukan kawan yang selalu kaki masjid atau yang belajar pondok. Tapi Suri tekankan di sini kawan ini mengajar, mendidik kita, mendekatkan diri pada pencipta. Tidak semestinya seorang kawan tu bagus agamanya dia kawan kuat agama. Tapi kalau kita berjumpa itu memang molek sangat. Yang seronoknya kawan sebegini dia banyak mentafsirkan alam sekeliling, kehidupan, tentang dugaan sabar, muhasabah diri, sekali gus cara dia dapat kita membentuk peribadi kita yang baik. Jika di bandingkan kawan-kawan yang suka bersosial sudah pasti tingkah-laku mereka lambat-laun kita akan terjerumus jua. Bijak dan cerewetlah sedikit dalam memilih kawan. Jangan sebarangan memilih. Pilih jalan yang lurus bukan pula jalan yang bengkang-bengkok.
Kawan kaki shopping. Ramai orang suka membeli-belah menghabiskan wang dengan membeli barang yang bukan keperluannya. Gara- gara minat dan barang itu susah nak turun harga sekali turun kerumlah dia di serata pusat-membeli belah yang ada. Kawan kaki begini memang susah silap hari bulan kredit kad menuntut bayaran anda pula mengelak sebab tiada wang ingin di bayar kembali. Jangan dekati kawan begini silap hari nanti bila terbiasa susah nak henti. Boros itu saudara syaitan. Berjimatlah untuk masa sekarang sebab masa hadapan belum tentu lagi kita semewah sekarang.
Kawan kaki ampu atau bahasa kasar kaki bodek. Selalunya bila pekerja ampu bos. Katakan itu ini semua bagus tapi hakikat hasil kerja dia sendiri kurang kualiti. Kaki ampu punya gerangan akan mengatakan semua baik-baik pada anda. Walaupun hal itu sebenarnya mendatangkan mudarat pada anda. Bahaya kawan begini dalam diam dia memperbodohkan anda. Silap-silap wang banyak mengalir pada dia..dalam dia kaki bergoyang cam mesin jahit anda menuruti katanya tanpa membantah dan dalam masa yang sama anda sebenarnya tiada pendirian yang teguh dalam diri.
Kawan banyak cakap. Erk..bukan blogger banyak cakap tapi kawan banyak bercakap ini kerja tak buat tapi bercakap banyak. Hurm..jika dalam kawasan kejiranan selalunya jenis begini suka bercakap-cakap hal orang di sekeliling dia. Pantang ketemu muka mulalah buka teble asal ada chair boleh duduk-dukduk sembang kosong. Jika bicara hal agama/usrah ada baiknya ini tidak bicara hal tepi kain orang itu memag mengundang fitnah atau mengumpat. Hati-hati jika berkata kalu benar tidak mengapa tapi tidak benar dosa tanggung sendiri. Paling baik ketemu jiran atau kawan banyak cakap cukup senyum dan bertanya khbar sahaja. Jika terlalu ramah pihak ketiga sedia berkhidmat masuk benang dalam jarum dosa pula makin menggungung.
![]()
Berani kau tipu aku!
Kawan penipu. Wah jika berjanji seperti harini juga boleh dilaksanakan. Tiba masa janji mula lupa banyak pula alasan yang di beri. Kita memang digalakkan berkawan. Tapi jka kawan kita seorang yang menipu potensi untuk kita mengikut cara dia menipu mungkin ada. Masih ingatkah kita akan peribahasa begini. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri.
Pernah atau tidak anda jumpa kawan seperti senarai di atas? Atau sebaliknya kawan



