Cinta Setahun, Rindu Yang Menggunung

Salam semua..

Syukur Alhamdulillah blog Suri  telah genap satu tahun. Tiada apa yang dapat Suri katakan disini tanpa kalian semua siapalah Suri di ruang maya ini bagai duduk di tepi tanggalah ibaratnya..

KepadaNya Suri panjatkan kesyukuran kerana mengizinkan Suri berkongsi ilmu pada semua. Segala apa yang Suri kongsikan disini adalah coretan ikhlas dari sudut hati Suri sendiri.

doa1

 

Dan..

Seandainya ada sebarang catatan Suri yang agak keterlaluan Suri memohon maaf sekiranya ia bisa mengguis perasaan kawan-kawan semua. Harap jangan disimpan dalam hati. Kerana Suri hanyalah manusia biasa.

Terima kasih untuk sahabat bloger yang tidak surut memberi galakan, si dia yang sering memberi sokongan. Sungguhpun si dia langsung tak ambil port but still tanyer juga ” hai harini tak jeguk blog ker” hii.. al-maklumlah orang bukan minat part ni huuu.. Terima kasih juga buat sifu  Syukri, bro Etomyam dan sahabat bloger yang lain tanpa kalian pasti blogku kesepian tanpa si pencinta ilmu hee..

Butterfly_animated_sweetblossomty

Buat pembaca setia terima kasih banya-banyak kerana anda sudi menjadi pembaca dan pengikut Suri selama ini. Ia benar-benar membuatkan Suri terharu. Tiada lain yang dapat di ukirkan kehadiran kalian semua sedikit sebanyak membuatkan Suri lebih bersemangat untuk terus mengorak langkah berblog lagi dan lagi..

Suri83

Share

Siaran Maya Sedang Diperbaiki..

Salam semua..
Suri mohon maaf jika anda kurang selesa diketika melangkah ke blog Suri..sebab semuanya masih dalam proses pembaiki blog cahayacinta.com secara keseluruhannya. Al-maklumlah Suri baru belajar sikit-sikit dengan mentor pakarhowto.

Semoga kedatangan saudara dan saudari di sini tidak akan jemu-jemu memberi sokong moral kepada Suri untuk terus berblog di dunia maya ini..

2evaopg

Sesungguhnya kehadiran anda di blog cahayacinta.com amat bermakna buat Suri..anda-anda semua ternyata sahabatku..abangku..adikku..kakak ku yang sempoi-sempoi belaka..

a4427ebe534a4377c5ac

Apa yang dapatku ungkapkan keterujaan berblog membuatkan Suri mencintai blog sendiri dengan seadanya..

Terima kasih untuk semua atas kesabaran anda.. :)

p/s: Tapi posting macam biasalah..heheh

wassalam…

Share