Tips Mengikis Sikap Buruk

Salam ceria semua. Hari ni Suri nak kongsikan beberpa tips bagaimana cara yang terbaik untuk kita menghapuskan sikap buruk. Pasti ada diantara anda memiliki sifat buruk tu sejak kecil lagi walhal sehinggalah sekarang ia masih terbawa-bawa hingga ke alam remaja..dan sudah menginjak dewasa pun..hehe..rasanya entri hari ini bunyinya macam lucu sahajakan? tapi sedarkah anda bahawa jika kita tidak membung sikap buruk dalam diri kita bererti kita tidak berupaya menangani emosi atau kehendak diri kita dengan cara hidup yang lebih sihat.

oo

Meyingkap mengenai mengikis tabiat buruk ini sebenarnya terdapat pelbagai tabiat buruk yang dimiliki manusia. Sedarkah anda sesetengah tabiat buruk itu boleh dilihat jelas dengan tingkahlaku kita dalam kehidupan seharian. Sebagai contohnya, setiap kali kita ingin menjamah makanan tengahari, kuah lauk yang diceduk ke dalam pinggan akan pasti tertumpah lalu terkena alas meja makan.Tahukah anda perkara ini sebenarnya boleh sahaja diatasi sekiranya anda cuba merapatkan pinggan makan tersebut pada mangkuk lauk.

Tapi sayangnya akibat tabiat anda yang buruk itu maka ia mencerminkan anda seolah-olah seorang yang tidak bijak serta bersistematik dalam melaksanakan sesuatu tugas dengan penuh berhati-hati dan sempurna. Ooops..ini mugkin pada pandangan peribadi Suri sahaja tapi bagaimana pula pada pandagan tuan empuya kedai makan pula? orang – orang di sekeliling anda, kawan-kawan terhadap tabiat anda itu?? maka fikir-fikirkanlah..

thief_320055

Selain itu, ada juga sesetengah individu yang suka meminjam atau memiliki barang orang lain. Bila dia mula tegur barang kita tu cantiklah, bila dimana? berapa harga barang tersebut? sure dalam masa yang terdekat nanti dia akan mencuba menghampiri anda untuk meminjam barang yang di kehendakinya itu. Bak kata orang pantang barang itu dia suka pasti diminta pinjam. Jika si peminjam berjaya memulangkan barang tersebut kepada anda itu tidak menjadi masalah. Tapi bagaimana pula sekiranya tika barang yang dipinjam tersebut sudah lama si peminjam memeram barang anda seolah-olah dibuatnya macam harta sendiri. Nak-nak jika barang tu mahal dan menjadi barang kesayang anda..tangkap terkilanlah sekejap yer.Ha, tidak ke parah namanya tu??huhu..tak patut..tak patut..

b0181

Okey..tabiat buruk yang lain pula seperti mengumpat..huhu..bab nie mungkin semua orang ada kot? ye ke?? hurm misalnya jika ada sesetegah individu yang suka mengumpat. Ini akan menyebabka orang yang diumpat teraniaya dan sekali gus akan membuatkan individu tersebut membenci anda. Dan tidak kurang juga ada sebilangan individu diluar sana tu juga mempunyai sikap seperti suka mencari kesalahan orang lain. Semua pandagan orang tidak diterima. Melainkan hanya bagi pandagan dan kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya sahaja yang betul..ha,ha..masihkah di dipejabat anda ada orang seperti ini??..huhu..tak tahan telinga beb..sebab hari-hari kita mahu mendengar kerenahnya.

Anda ingin mengikis tabiat buruk ini agar orang di sekeliling anda tidak jelek melihatnya kembali? Nah, dibawah ini Suri akan senaraikan beberapa tips untuk anda menghilangkan tabiat buruk tersebut.

Berperingkat-peringkat.
Sematkanlah didalam diri anda sekiranya anda menginginkan sesuatu perubahan itu secara drastik, maka lakukanlah ia secara berperingkat-peringkat dan bukannya secara mendadak atau berubah terus kearah tujuan itu. Ingatlah, sekiranya anda melakukan perubahan secara drastik atau memdadak ia pasti akan membuatkan anda tertekan. Buka itu sahaja malahan ia juga akan membuatkan anda merasa cepat putus asa dan dengan mudahnya anda akan kembali kepada tabiat yang asal pula. Jadi nasihat Suri agar anda berhati-hatilah diketika ini.

Sentiasalah beringat-ingat
Sekiranya rakan sekerja anda menegur anda disebabkan tabiat buruk anda itu, maka cubalah untuk berubah. Setkan dalam fikiran anda bahawa anda lalukan semunya ini kerana untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang. Ketahuilah anda bahawa tabiat buruk yang sering berlaku secara berulang-ulang akan menyebabkan rakan sekerja anda mahupun teman disekeliling akan merasa jemu dan benci pada diri anda. :(

llp

Wajar ada kemahuan dan niat
Jika anda ingin berubah, namun sikap berubah tersebut masih tidak bertapak dihati anda ini bermakna usaha yang bakal anda akan laksanakan akan gagal ditengah jalan. Dan anda jangan berharaplah sekiranya perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah..Ingatlah bahawa setiap perubahan yang diinginkan memerlukan kemahuan yang tinggi disamping keazaman yang tidak berbelah bahagi.

Selami dan fahami.
Selami dan fahamilah dahulu akan tabiat buruk anda. Cuba anda renungkan sejenak impak negatif yang bakal anda perolihi sekiranya anda masih mempraktikkannya sehingga kini..Adakah ia akan menjejaskan nama baik anda? keluarga..kerjaya anda..jadi bak kata Nabil lu fikrlah sendiri..huk..huk..(just pinjam kata Nabil jer).

Bersabar
Ingatlah segalanya memerlukan kesabaran yang tinggi dan anda jaganlah mudah untuk berputus asa ditengah simpang sekiranya anda masih mengulangin tabiat buruk itu kembali. Memang diakui tabiat buruk ini agak sukar untuk dibuang. Ini kerana, setiap perubahan anda akan melalui satu tahap dan proses perubahan yang panjang sekali. Mungkin anda beringat untuk tidak akan melakukannya sekarang. Namun tanpa anda sedari anda akan pasti mengulanginya kembali pada suatu hari nanti.

berdoa

Berdoa.
Jika rakan sepejabat anda, jiran-jiran anda cuba menjauhkan diri dari mendekati anda disebabkan tabiat buruk anda itu, berdoalah kepadaNYA memohon agar anda akan diberi kekuatan untuk mengakis sikap tersebut kepada yang lebih baik lagi. Ingat!! anda jagan hanya bertumpu pada doa sahaja, bahkan anda juga harus berusaha untuk membuang sikap tersebut agar pergi jauh dari anda. Kedua-duanya perlu seiring agar matlamat anda untuk mengikis tabiat buruk ini akan membuka mata pada orang lain bahawa anda sebenarya tidak berangan-angan seperti mat jenin.. ;)

Share