Tentang Avokado

Avokado merupakan sejenis buah dan ia sebenarnya bukanlah sejenis sayur-sayur harian. Namun begitu tahukah anda di negara barat mereka cukup kreatif untuk mempelbagaikan buah ini sebagai makanan harian mereka. Nama asal buah avokado ini adalah aguacate, kemudiannya telah berubah kepada avokado.

Cat-CatReadingBook03

Buah avokado ini di tanam di kawasan separuh tropika di selatan dan di utara Amerika serta di beberapa kawasan di selatan Eropah. Dan pada baru-baru ini ia telah berkembang di bahagian Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Di Amerika syarikat ia telah mula diperkenalkan oleh Hakim Henry Perrine pada sekitar tahun 1833.

Tahukah anda avokado boleh dikategorikan kepada beberapa jenis bacon, fuerte, gwen, hass, pinkerton, reed dan zutano. Selain itu juga avokado juga amat sesui untuk dijadikan sebahagaian daripada diet anda. Ini adalah kerana didalam buah avokado ini mengandungi 60 peratus lebih potassium daripada pisang.

avocado

Buah avokado juga memiliki pelbagai khasiat dimana ia tidak mempunyai lemak yang tepu, tiada kolesterol, kaya dengan fiber dan vitamin seperti folacin,E,B6, C dan juga mineral. Selain khasiatnya amat baik untuk ibu yang sedang hamil namun tahukah anda, fiber di dalam avokado tersebut sebenarnya boleh mengurangkan risiko dari serangan sakit jantung yang mengejut!

Disamping itu juga, Vitamin E yang mengandungi antioksida yang terdapat di dalam buah buah avokado tersebut akan dapat melindungi tisu badan daripada rosak akibat daripada pengoksidaan dan juga penting di dalam pembentukan sel darah merah manusia.

avocado_small_en

Manakala Vitamin C yang terdapat pada buah tersebut pula dikatakan akan dapat menguatkan gigi seseorang disamping gusi bagi membantu sistem imun dan penyembuhan luka serta merta. Folate di dalam avokado juga akan dapat membantu pengembangan sel dan tisu yang sihat.

Share