Salam setepak sirih tapi bukan untuk meminang sang teruna atau si dara yang menjadi tambatan hati tapi sekadar bermadah helah disini..Adeh apalah Suri ni waktu tengahari hujung minggu ini pun masih ada aura nak buat lawak itik lagi..hahaha..
Okeylah..Suri tidak mahu membuang kata lagi apa kata hari ini kita bukak kisah bab single menyinggel ni bagi menghangatkan topik di blog Suri pada petang yang membahagiakan ini..
Eh, kata orang bila putus cinta tu hati gua sakit loh..kau apa tahu!
Tengok! apa yang boleh aku buat bila putus cinta dengan dia. Semua rugi hoo..rugi belanja dia makan, minum, shopping dan segalanya bagai..last-last dia buat aku macam nie. Ceh dasar orang tak kenang kenangan cinta langsung.
Aku memang dah tiada semangat nak bercinta..aceh, sejak bila pula tiada semangat itu Ini. Selalu baik-baik sayang sahaja. Elah relasklah Suri tahu tak semestinya bila kita dah putus cinta kehidupan kita akan terhenti setakat tu sahaja. Tidak sama sekali wahai kawan-kawanku.. Suri ada ubat untuk merawatkannya.. Come on..
Tahukan anda jika sebelum ini anda lebih banyak menghabiskan masa bersama si dia dari teman-teman sekepala anda tapi sekarang anda sebenarnya boleh menghabiskan lebih banyak waktu untuk bersama-sama dengan mereka kembali. Apatah lagi dengan ahli keluarga anda sudah tentu banyak yang masa yang akan anda berkongsi cerita bersama dengan mereka.
Hidupkan kembali suasana anda yang dahulunya hanya terikat pada si dia sahaja. Sedarlah bahawa anda kini bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Dan yang penting anda tidak perlu menjelaskan kepada sesiapa pun tentang siapa yang ada sedang berkawan atau sabaliknya pada seseorang yang bergelar kekasih. Tapi awas! batas-batasnya perlu di jaga juga ya..
Kini anda boleh manjakan diri anda di salun untuk mendandan rambut anda agar dengan tampak segak, bergaya lagi atau ke spa dan sebagainya tanpa harus anda memikirkan bahawa si dia sedang bosan boring menunggu ada di dalam kereta.
Bedandalah dan bergayakanlah diri anda atau melaram mengikut rentak hati asalkan ia tidak melanggar lunas-lunas dalam islam dalam etika berpakaian. Jika dahulu mungkin ada sesetengah dari pasangan mengkongkong cara berpakaian anda tapi kini tidak lagi. Anda yang menentukan segala-galanya
.
Anda boleh pergi kemana sahaja anda suka sama ada berkelah bersama teman-teman, pergi melancong dan sebagainya tanpa perlu memikirkan untuk memberitahu kepada si dia dimana anda berada sekarang. Tidak perlu sms atau panggilan telefon yang banyak membuangkan masa anda begitu sahaja. Apa yang penting anda perlu enjoy pada waktu-waktu tersebut.
Ada waktu kita perlu bergembira, ada tika juga kita perlu bersendiri tapi carilah kekuatan tersebut dengan selalulah mendekatkan diri kepadaNYA. Layarkanlah doa kepadaNya seberapa banyak yang anda mampu semoga akan ada suatu hari nanti jodoh yang terbaik buat diri anda. Percaya dan yakinlah dengan setiap doa anda itu kerana Dia Maha pendengar lagi Maha penyayang. Mintalah apa yang di pohon nescaya Dia akan tunaikannya. Amin.
Saat yang ada inilah sebaiknya anda cuba membahagiakan diri anda sendiri tanpa mempedulikan dia yang sedang berbahagia bersama insan yang lain. Buatlah perkara yang bisa membutkan anda gembira seperti melakukan aktiviti riadah, melakukan aktiviti futsal dan sebagainya mengikut selera dan kehendak anda sendiri. Bukan apa dengan cara ini anda akan lebih mudah untuk melupakan dia sedikit demi sedikit..
Anda pengalaman putus cinta ke? Jom kita leraikannya di sini. Hurm, jika ada yang terkurang tips kat atas tu minta kawan-kawan tolong tambahkan le..hehe
p/s: Entri ini tidak bermaksud untuk menyinggung perasan sesiapa pun yang sedang putus cinta tapi ia hanya sekadar tips-tips yang berguna sahaja.
Nak masak jap, nanti Suri jumpa anda semua kat ruang maya semula ya
daaa..

