Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Waktu Suri ingin pulang menaiki bas terpaksa berhimpit-himpit al maklumlah itulah bas yang terakhir untuk kami. Andai ada keciciran maka akan bermulalah sesi soal sebut harga ringgit malaysia sama pakcik teksi! ahaks…. Mujurlah Suri kecik orangnya jadi memang mudahlah edisi untuk sendalkan diri di ceruk orang yang ramai. Bau hamis sardin di tolak ke tepi haa.. umpama menendang bola agar muat-maut masuk dalam jaringan gol satu kosong
..
Keting!! ting.. wang syiling masuk ke dalam salur kotak yang sedikit memanjang. Suri melabuhkan punggung atas kerusi agak empuk. Sekilas anak mata mengekor kebelakang kelihatan agak sesak juga huhu.. pelbagai bangsa, agama dan budaya ada itu yang harmoninya bila naik bas henti-henti ini.
Lalu seorang pak cik cina duduk bersebelahan dengan bangku seorang gadis cina. Penumpang yang berhimpit-himpit agak terserentak apabila gadis itu menjerit dan menangis lalu meluahkan isi hati tidak puas hati pada pak cik cina tersebut.
Mengapa agaknya
… fikir Suri. Hurm..
Pak cik cina..eh, aku sudah bayar tambang bas maka aku wajar dapat tempat duduk! Gadis cina itu meraung dan mula naik berang seakan marah tidak berkesudahan lagaknya. Kami yang lain buat donoh sahaja.
..Pagi keesokannya Suri ketemu rakan cina Suri dan bertanyakan akan hal tersebut mengapa gadis itu marah-marah dan ada kebenaran juga akan pak cik cina tu dia sudah bayar maka dia harus dapat tempat duduk sekiranya ada kekosongan waktu itu.
Rupa-rupanya gadis cina itu meletakkan beg tangan dia atas kerusi bersebelahan dia duduk lalu tidak semena pak cik cina itu meleju duduk tanpa melihat atas kerusi itu ada beg atau tidak. Manakan tidak gadis itu berang angkara salah sendiri salahkan orang lain pula
.
Lainlah penumpang tidak ramai mungkin gadis cina itu boleh simpankan tempat duduk untuk orang lain ataupun meletakkan barang di sebelah tempat duduknya. Dia pula tidak boleh letak barang begitu sebab jika orang tidak perasan bukankah susah sekiranya barang yang di letakkan atas kerusi itu mahal, mudah pecah, remuk dan sebagainya bukankah ia akan merugikan diri sendiri.
Rasanya orang lain akan cakap saya mintak maaf ataupun tidak buat ambil peduli sebab kesalahan itu kita sendiri yang cuai sebab berfikir kononnya kita sedang naik kereta sendiri lagaknya huhu..
Pengajarannya di sini menaiki bas bukan hanya membayar tambang dan duduk tapi etika dan adab menaiki bas harus di jaga. Janganlah sesekali mementingkan diri sendiri kelak orang akan membenci.
