1 Malaysia Menjana Transformasi Jalur Gemilang Pictures, Images and Photos Tetamu Dalam Perpustakaanku

Peraturan Diet Yang Mudah

19

Posted by Suri Hatiku | Posted in Kesihatan | Posted on 12-04-2010

Tags: , , , , , , , , ,

Makan 5 kali sehari.
Pengambilan makanan tiga kali atau lima kali sehari sebenarnya tidak salah. Namun harus anda ketahui bahawa setiap kuantiti tersebut haruslah diambil dalam jumlah yang kecil. Tapi apa yang penting sepanjang menu diet tersebut, anda hendaklah terdiri daripada sedikit nasi, ikan atau ayam, lebihkan sayur-sayuran dan sedikit lauk – pauk berkuah. Sesekali selitkan buah-buahan sebagai pencuci mulut anda. :)

400px-Broom_icon_svg

Manyapu mampu membakar 23 kalori per 10 minit.
Tahukah wahai kaum-kaum hawaku sekalian sekiranya anda seorang yang rajin menyapu rumah setiap hari maka ia harus dibanggakan untuk kesihatan anda. Mengapa? Kerana dengan hanya menyapu sampah di luar rumah atau di dalam rumah anda sebenarnya lebih banyak melatih bahagian otot dan tangan anda berfungsi dan bergerak dengan lebih baik lagi.

Cuba pula anda ingatkan kembali sekiranya sesekali anda menyapu sampah pasti anda akan membongkok sedikt tubuh badan anda. Tahukah anda tanpa anda sedari bahawa otot dan bahagian pinggang anda akan turut merasa kelegaannya takala posisi tersebut dilakukan dalam gerak tatacara secara perlahan.

Aktiviti ini sesuai sekali diamallkan secara silih berganti.
Bagaimana caranya. Langkah pertama lima kali gerakan di tangan kanan, dan lima kali juga untuk gerakan tangan di kiri anda(ibaratkan anda sedang mengayuh sampan). Tapi harus diingat pergerakan ini haruslah dalam keadaan perlahan-lahan, bukan laju.. Setelah anda selesai membuat gerakan tersebut maka anda berdirilah secara menegak pula sambil menyapu seperti biasa dan ulanginya beberapa kali.

Waktu yang tepat untuk bersenam jam 4 petang hingga ke 8 malam.
Tahukan anda kediginan subuh sebenarnya adalah waktu yang baik untuk seseorang itu melakukan senaman ringan dengan sebaiknya.

Ini kerana suhu badan anda, kekuatan otot di samping jumlah oksigen yang disalurkan dari peredaran darah ke jaraingan tubuh anda sebenarnya telah berfungsi dengan sepenuhnya. Maka itu adalah detik yang paling sesuai untuk kita mulakan senaman dari sekarang. ;)

Percaya atau tidak waktu ini jugalah masa yang paling sesuai dalam sesi pembakaran kalori di aras yang paling baik dalam tubuh badan seseorang.

Kunyah setiap suapan secara sempurna.
Perlu diingat makanan yang baik adalah takala makanan itu kita nikmati dengan cara yang tertib dan bukannya dengan cara makan dengan gelojoh. Tahukah anda cara kunyahan yang betul sebenarnya mampu untuk membuatkan seseorang terasa lebih kenyang lagi dan akan mengelakkan lagi seseorang itu mengambil makanan secara berulangkali.

24 ‘Sit-up’ untuk mengempiskan perut.
Apa itu sit -up? Sit-up adalah satu senaman bangkit tubi dimana gerakan senaman tersebut akan membantu seseorang itu untuk memperolihi perut yang tegang dan kempis(sekiranya anda mengamalkannya secara tetap).

Tahukah anda ’sit-up’ yang disarankan sebenarnya hanyalah 24 kali sahaja. Hah, anda tidak percaya..? cubalah! anda akan dapati perbezaannya yang ketara kelak. ;)

Naik tangga 61 kalori per 10 minit.
Ah, lupakanlah naik lif untuk seketika. Bukan apa ia sebenarnya untuk kebaikan kamu juga. Ketahuilah bahawa dengan menaiki anak tangga di pejabat anda sebenarnya mampu untuk mengencangkan otot pada bahagian paha anda, betis dan punggung agar lebih mantap.

Dan sekiranya kamu bergerak dalam keadaan berlari sekalipun, ia juga mampu untuk melegakan bahagian pinggang anda pula. Hihi..tak mahu mencuba ke? Rugi tau sebab ia tidak melibatkan sebarang kos perbelanjaan pun..yang percuma hanya kos keluar peluh sahaja. ;)

woman washing dishes

Mencuci pinggang mangkuk.
Setelah anda selesai makan nasihat Suri jaganlah sesekali anda tinggalkan pinggan dan mangkuk yang kotor tersebut disingki. Sebaiknya rajin-rajinkanlah dirimu itu untuk mencuci pinggan tersebut kerana ia akan dapat mengencangkan bahagian otot dan tangammu bergerak secara sekata.

p/s:Lepas ini..para bapa-bapa sekalian yang ada.. baik si teruna rajin-rajinlah diri anda menolong gologan hawa didapur ya..kiki kelak anda akan dapat kelegaan otot yang menyenangkan. :)

Anda ada kisah di sebalik diet..mari kongsikan bersama Suri disini. Mana tahu ada kemungkinan ia melucukan.. ada sejarah hitam buat anda ketika dalam proses berdiet ;) :)

Share/Save/Bookmark

This page is copy protected