Salam pagi semua
Adakah sahabat semua mempunyai teman atau lebih mesra dipanggil kawan? Hurm.. masih tidak berteman? rehat pun sorang – sorang macam Suri hiii.. Seperti semua tahu Suri memang tiada teman untuk diberbual dipejabat tapi untuk luar waktu pejabat Suri akui memang ramai sahabat
. weiiii..
Apa tipsnya Suri? Ayuh baca trick dibawah :-
Senyum sokmo ![]()
Janganlah terlalu takut untuk melemparkan senyuman kepada orang di sekeliling kita sungguhpun kita tidak mengenali mereka. Ingat seulas senyuman yang di beri menggambarkan anda seorang yang mesra dari sudut luaran tapi tidak kedekut dalam menjalinkan hubugan pada sesiapa pun yang mengenali diri anda. Setuju angkat kaki tangan
Baiklah cuba bayangkan anda pergi ke sesuatu tempat dengan riak muka yang masam mesti orang nak dekat dengan anda apatah lagi nak tegur anda akan berfikir dua ke tiga kali sebab wajah anda menggambarkan anda seorang yang sombong. Umm..walaupun anda bukanlah jenis yang begitu sebenarnya.Yelah sebab anda tahu siapa diri anda yang sebenarnya:) .
Makan tengahari
Sudahlah dipejabat anda seorang sahaja yang berbangsa melayu lain bangsa cina dan india. Huu boring sih.. Nak ajak mereka makan masakan melayu jauh sekali. Nak-nak jika mereka sudah bertemu dengan bangsa-bangsa mereka sendri pasti ia akan membuatkan diri kita sepi..terkontang -kanting.. Namun bagi Suri tidak semua dari mereka memilih bangsa mahupun agama untuk di ajak berkawan ataupun diajak makan bersama-sama :) jika ada pun hanya segelintir sahaja.
Apa kata sesekali anda makan diluar dan tidak perlulah menapau makanan tersebut di bawa ke pejabat. Ambillah waktu untuk merasai detik-detik tersebut dengan cuba mengenali kawan-kawan di sekeliling anda. Pertanyaan seperti awak selalu makan disini? berbicara tentang topik semasa dan sebagainya sebenarnya mampu untuk anda mengenali rakan tersebut dengan lebih dekat lagi. Insyallah jika pertemua yang seterusnya sekiranya anda bertemu dengan mereka sudah tentu perjumpaan tersebuat akan lebih gamat lagi. Mana tahu lepas ini dia akan mengajak anda untuk makan bersama lagi
.
Belanja makan
Bila dah kenal dan selalu terserempak apa kata belanjalah sahabat anda makan tengahari pula. Kata orang belanja teman makan sekali sekala apalah salahnya. Diakan sahabat anda juga. Pstt!! jika seorang dua okeylah lagi. Tapi tahukah kawan-kawan ia sebenarnya bertujuan supaya kita lebih mesra atau rapat dengan kawan tersebut. Yang pasti pertemuan yang seterusnya dia akan membelanja anda makan pula heee.
Tapi bagi Suri kita janglah terlalu mengharapkan sangat atas balasan tersebut sebab tidak semua orang akan berbuat sedemikian rupa. Berkemungkinan ada sebahagian dari mereka perlu mengambil masa lagi untuk mengenali hati budi dengan lebih dekat lagi barulah mereka akan berbuat demikian siapa tahukan lalala…
Waktu menunggu
Suri bab-bab menunggu ini memanglah dah tahap lemau perlu di masukkan kedalam peti ais semula. Apa lagi dengan skil keramahan Suri ini memaglah kompom pantang orang duduk satu sudut atau berdiri kat tepi balik tiang bangunan akan Suri tegur. Opss!! hanya yang perempuan sahaja tau hee.. Soklan temuramah apakah yang harus ditanya jika kita dalam situasi begini? Kata orang dari duduk membatukan diri, bermolong sendiri-sendiri bosan juga yer tak?
Katakan padanya.. salam terlebih dahulu sekiranya mereka orang islam. Kemudian masukkan benang dalam lubang jarum mesin jahit mulakan dengan bicara awak ni tunggu siapa ya? hee.. memanglah akan terjamin sijli halal bahawasanya kawan anda tu akan menjawab soalan anda kembali. Maka apalagi rancakkkanlah persoalan seperti awak ni kerja kat bagunan mana ya? pastu pandailah – pandailah memancing ayat bahawa anda pernah nampak dia sebelum ini tapi segan nak tegur heee.. sebab tak kenal hooo..
Manfaat daripada hasil komunikasi dua hala tersebut Suri yakin sepanjang anda menunggu kekasih, tunang, suami mengambil anda pasti anda tidak akan merasa bosan lagi sebab sekarang anda sudahpun mempunyai teman untuk di ajak berbicara bila waktu menunggu telah tiba
.
Hujung minggu
Wahai si dara..baik si bujang atau yang seantero denganya berstatus manusia apa kata hujung minggu ini ajaklah kawan-kawan yang dikenali tadi pergi bersiar-siar ke pusat membeli -belah seperti contoh bermain bowling ker, menghabiskan masa bermain badminton, futsal dan sebagainya. Bagi yang berkahwin tu agak-agaklah status M dan B tu? Jangan sampai jadi buah mulut orang sudahlah
.
Ingatlah persahabat tidak akan mudah terjalin sekiranya kita tidak memulaknnya dahulu. Kata orang dari kawan biasa-biasa terus jadi rapat. Bukankah itu satu petunjuk yang sebenarnya nak mencari kawan atau teman di pejabat tidaklah sesukar mana pun. Apa yang penting keikhlasan itu harus ada dalam setiap perhubungan yang dibina barulah orang disekeliling akan lebih senang dengan kehadiran kita.

Kesimpulannya tidak kisalah siapa kawan kita yang penting baik tingkahlakunya dan senang untuk di ajak bicara hata mendekatinya sekalipun yang pasti sedikit sebanyak kehadiran mereka mampu untuk menjadi pendengar setia akan masalah -masalah kita, mampu menceriakan kehidupan kita yang sebelum ini suram. Tanpa mereka Suri yakin anda pergi dan balik kerja pasti dalam keadaan yang membosankan
.
Kawan-kawan dah joint ke belum Contest Ulangtahun cahayacinta.com? Jomlah joint ramai-ramai
tinggal 8 hari je lagi ni






