Panduan Bagaimana Mencari Kekasih Hati Anda

Salam pagi untuk para bloger, slient reader, tetamu yang sering bertandang kesini. Bagaimana hari – hari yang anda lalui sebelum ini. Adakah ia berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Suri mengharapkan agar anda meniti kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan dalam hati.

Tidak kiralah apa yang berlaku semalam atau hari ini apa yang penting kita harus bersyukur kerana sebagai manusia kita sebenarnya mampu untuk mengecapi kehidupan ini dengan rasa kasih sayang yang diberiNYA pada kita, rasa sedih, gembira, tertawa itu mampu datang dengan sendirinya tanpa kita perlu mengubah keaslian ciptaan Tuhan terhadap apa yang telah ia ciptakan kepada kita semua.

Berkata Nabi kita sifat bersyukur itu perlu ada pada setiap orang muslim sebagai tanda kita kasih dan cinta pada Maha PenciptaNYA. Apa adakah ada diantara anda cukup rugi di ciptakan sebagai manusia??
04-3

Baiklah harini Suri hanya nak sentuh tentang percintaan. Sebenarnya terlalu ramai diantara kita yang diluar sana tu sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Sampikan ada waktu banyak hati yang berkata mengapalah aku agak sukar untuk mencari satu cinta yang asli dari seseorang. Walaupun hakikatnya dari sudut fizikal anda sebenarnya mempunyai pesona aura yang tersendiri berbanding dengan orang lain.

Hari demi hari begitu banyak rintihan yang Suri terima tentang kesukaran, rintihan dalam bertemu jodoh melalui kitab muka buku. Rasanya jika Suri boleh bantu pasti Suria akan cuba berikan beberapa tips serba sedikit di dalam blog ini. Namun mengapa anda semua terlalu berkeras hati macam besi bagai sukar untuk dilebuh tetap juga mahu mencari kateria-kateria yang agak sukar untuk digapai sendiri. Walhal dalam islam telahpun menetapkan garis-garis dalam mencari perjodohan itu?

Suri masih buntu.. Hurm barangkali lain orang lain citarasanya :) . Apa-apa pun thnks pada yang sudi menjejak Suri di maya, meluahkan rasa masalah yang terbuku di hati secara semulajadi. Semoga kalian akan bertemu insan yang terbaik buat diri kalian nanti.

Okeylah berikut Suri berikan sedikit panduan pada kawan-kawan bagaimana mencari kekasih hati anda?

Elakkan Terlalu Memilih
Jika sebelum ini kawan-kawan ada menetapkan ciri-ciri pada seseorang gadis atau teruna apa kata kali ini anda mencuba mengelakkan diri dari terlalu memenuhi ciri-ciri tersebut. Kalau sebelum ini anda nak cari yang cantik, bertubuh sasa ala-ala salman khan ko, kaya -raya ada kereta mewah dan sebagainya. Tapi katakan tidak apa detik-detik begini. Saranan Suri anda haruslah mencuba melupakan hasrat hati itu sekiranya anda ingin mencari kekasih idaman hati.

Kata orang jika kita nak mencari sesuatu tu bukan sesuatu perkara yang mudah apatalah lagi tentang perihal jodoh. Maka nak atau tidak anda haruslah berubah dari sekarang. Sebab kat dunia ni tiada sesiapa pun yang sempurna dalam segala hal. Sebab pada pandagan Suri jika kita terlalu memilih tersangat -sangat takut nanti kita jugalah akan terlambat bercinta dan melangkah ke alam perkahwinan. Apa kes??

Jadilah Dikamu Yang Sebenar-Benarnya.
Sekiranya kamu yang jenis low profile maka itulah diri kamu dengan sedanya. Awas! dalam percintaan mahupun persahabatan jangan ada penipuan sebab ia akan memendekkan lagi pertalian yang sedia terjalin itu. Bukannya apa jika kamu terkantoi akan perbuatan kamu itu bagaimana? Jadi senang kata sendiri buat sendiri tanggunglah yer. Dari itu be your self.

“kata cinta jangan terlalu mengikutkan rasa hati yang sanggup buat apa sahaja asalkan papa tapi bergaya, benda yang tiada ada sahaja di ada-adakan tu memanglah menempah perpisahlah gamaknyer”

ban_casal12

Berani.
Maksud disini ia bukan bererti berani melakukan perkara-perkara yang tidak elok tapi berani menyatakan bahawa kamu benar-benar menyukai si dia. Terus apa lagi kamu mulalah berikan lampu hijau kepadanya. Sebagai tanda kamu memang sudah tertarik hati pada keperibadian dia. Dan sekiranya kamu kurang menyukainya si dia, maka kamu haruslah melayan si dia dalam keadan situasi yang bisa-biasa sahaja.

Berhenti Membuat perbandingan.
Pada firasat Suri mungkin bekas kekasih anda itu seorang yang hebat dalam segala hal namun sekarang kamu haruslah berhenti dari membuat sebarang penilaian tersebut keatas si dia. Kamu mesti membuang segala memori yang berkaitan dengan si dia.

Kenapa?
Supaya kamu bisa menjadi orang yang baru dalam pencarian cinta ini. Dan seandainya kamu tidak berjaya meluputkan kenangan tersebut didalam kota fikiran kamu Suri yakin sampai bila-bila pun kamu akan sukar untuk menemui kekasih hati yang kamu idamkan.

Amacam okey tak posting Suri kali nie hehehe..angkat bakul sendirilah pulak wei..
Ada masa cinta itu manis bak buah yang ranum namun sedikit kepahitan itu jua perlu ada supaya kita tahu apa ertinya sebuah kepentingan cinta itu dalam seikat janji yang telah dibina.

Share

Mencari Cinta?

Salam…

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

pelajar:
guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

ban_casal16

guru:
ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya:
mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

pelajar menjawab:
saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab:
ye, itu lah cinta…

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

guru:
ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya:
mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

pelajar itu menjawab:
sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

maka guru itu menjawab:
itulah perkahwinan…….

ban_casal3

Kesimpulannya… janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

Insyallah, dapat membantu. Mencuba dan mencubalah dalam mencintai dan dicinta pasti rasa itu amat sukar diungkapkan dalam bicara. Carailah rasa yang satu itu dengan penuh kesabaran dan bukan berhenti berharap dari satu perkara yang tidak pasti.

Dimana Suri ketemu cinta ek?? heehee :) lalala..

Share