As-salam untuk semua.
Hujan renyai membasahi bumi begitulah hatiku kini umpama sesejuk dan sedamai pagi yang indah ini.
Hai kawan-kawanku semua! apa khabar hari ini sihat ke tidak? Keadaan cuaca sekarang memang tidak menentukan kadangkala panas sentiasa ada waktu hujan turun tanpa henti. Hurm..begitulah hukum alam yang selalu melatari bumi Tuhan yang serba luas ini.
Seperti yang Suri janjikan pada kawan-kawan semua, maka harini kita akan sambung tajuk minggu lepas. Iaitu Perlakuan Seks Menyimpang bahagian yang kedua pula.
Bagi kawan-kawan yang tertinggal bas ekspres bunga raya maka Suri cadangkan anda agar membaca posting Perlakuan Seks Menyimpang Part I dulu untuk memahami entri yang kedua ini. Suri dapat sumber ni dari majalah wanita keluaran tahun 2005. Hurm nama penulisnya tak ada kat sini tapi dalam bahagian ‘Klinik Sakit Tuan’. Okeylah jom kita semak apakah perilaku seks tersebut.
Exhibitionisme.
Perkataan ini diambil dari bahasa latin exhibere yang bertajuk menunjuk. Penyimpangan seksual ini di mana seseorang itu akan merasa satu kepuasan dengan mempamerkan tubuhnya (suka mendedahkan kemaluan dikhalayak umum).
Seperti contoh takala seorang lelaki menunjukkan zakarnya dan wanita pula suka mempamerkan buah dadanya yang menggiurkan pada orang disekelilingnya. Antara punca terjadinya penyebab penyimpangan seksual ini antara lain adalah pemalu, merasa tidak pasti, rasa tidak senang, rendah diri dan lain-lain lagi.
Tahukah anda bahawa genjala seperti ini pada amnya banyak terjadi kepada golongan lelaki dan jarang pula ia dilakukan oleh kaum wanita. Tapi sekarang nie banyak juga kaum-kaum hawa yang seksi bagaikan..huhu..tak mengagak langsung da..
Transvesticfetishism.
Perilaku menyimpang seksual ini di mana pelakunya gemar memakai pakaian wanita seperti bra, seluar dalam dan sebagainya di sebalik pakaian lelaki yang mereka pakai.
Pelakunya sebegini dapat merasakan apa yang dilakukannya ke atas pemakaian tersebut seolah-olah ia memberi satu kepuasan jika memakai pakaian wanita tersebut.
Mashokisme.
Perkataan ini berasal dari nama seorang sasterawan dari Austria, A. Secher Mansoch (tahun 1836-1895). Di dalam karyanya, dia telah menulis tentang penyimpangan seksual. Mashokisme merupakan lawan kepada sadisme. Jika sadisme menyeksa pasangan, mashokisme pula mendapat kepuasan seksualnya dengan menyeksa dirinya sendiri, baik secara mental mahupun secara fizikal.
Ramai berpendapat mengatakan sedisme banyak dilakukan oleh lelaki dan mashokisme pula banyak dilakukan oleh para wanita. Apakah penyebab-penyebab utamanya? Penyebab mashokisme antara lain disebabkan rasa bersalah si pengidap terhadap bekas kekasihnya atau pun ia telah melalui satu pengalaman yang buruk/ tragis sewaktu ia masih kecil. Maka disebabkan itulah mereka-mereka ini amat mudah terjerums ke lembah mashokisme ini.
Transeksualisme.
Penyimpangan seksula ini biasanya dilakukan oleh lelaki yang memiliki naluri ingin menjadi perempuan. Bagi yang lebih berani, mereka akan menjalani pembedahan membuang kemaluan mereka (zakar) dan menggantikannya dengan alat kelamin wanita.
Disamping itu juga mereka mengimplan silikon bagi mendapatkan payudara yang montok. Biasanya perilaku sebegini mengharapkan agar kaum lelaki yang sejati akan memuaskan nafsu mereka semata-mata.
Incest.
Perkataan ini berasal daripada bahasa latin cestus yang bererti murni. Jadi Incestus bererti tidak murini. Incest sebenarnya adalah penyimpangan seksual yang membabitkan hubungan seksual di antara lelaki dan wanita yang mempunyai ikatan persaudaraan seperti ayah dan anak perempuannya, datuk dan cucunya, antara ibu dan anak lelakinya dan sebagainya.
Jika seorang ayah mengahwini anaknya, maka puterinya yang berstatus anak sekali gus isteri dan seorang ibu dan ia akan menimbulkan gejala sosial yang cukup serius serta akan melahirkan perasan bersalah kepada si anak tadi.
Manusia denga haiwan.
Sebenarnya penyimpangan seksual juga terjadi ke atas binatang, zoophilia di mana pelakunya akan mendapat kepuasan dengan melakukan hubungan seks dengan haiwan.
Kes seperti ini memang pernah dilaporkan di negara kita dan biasanya perilaku ini adalah seorang yang kurang bergaul dengan orang ramai, bodoh, pemalu dan dia akan sentiasa menganggap bahawa binatang atau haiwan peliharaannya itu sebagau teman hidupnya.
Nekrophilia.
Di mana perilakunya akan mendapat kepuasan sekiranya ia melakukan seks tersebut dengan mayat!
P/s:Sebahagian dari isi ini telah Suri ubah mengikut kefahaman sendiri.
Sumber: Pic dari google sekadar gambar hiasan.


