Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Ketuk..aku pun ketuk..aku ketuk berkali-kali dia tidak dengar.. Sekali aku ketuk…ketuk manja jangan berharap dia akan dapat mendegar sampai ke urat telinga. Aku pun mengetuk tukul membenamkan paku didasar kayu yang beruas. Mujur dia dengar..
Tapi kalu di ketuk posisi yang sama mahu juga orang naik marah atau bosan dengan tingkah kita. Ah, kalau kayu bisa ada lobang mahu aja aku tambahkan kayu menutup mana-mana bahagian yang perlu. Tapi masakan kayu yang di tutup bisa terbuka lagi huhu malainkan tsunami…ribut taufan melanda..

slm sis..sy ade problem dgn pkwe sy..huhu smlm dh msuk staon kitorng kapel..tp sy xrase yg si dia btol2 sygkn sy wlpn si dia dh byk kli yakinkn sy..sy ssh sgt nk prcyekn laki ni hurm n stu lg sy ase sy nie seorg yg mmbosankn so cmne erk xnk bg dy boring dgn sy?? sy tkot si dia akn cri yg lain..hrp sis dpt tlg pape yg ptut huk3
![]()
Inilah jadinya bila cinta yang setahun berputik membungakan hasil dalam diri pada pasangan yang enak di buai alam cinta. Bisa di ketuk dengan pujukan sahaja sudah boring, mahu buat aksi baduk pun boleh buat aksi serba tidak menjadi lagi sebab no idea untuk menambat hati dia huhu..
Sebenarnya ada banyak cara lain yang boleh kita lakukan selain dari kita makan dan minum bersama kekasih kita selain berjalan berdua erk.. Ingin tahu ayuh selongkar peti laskar cinta Suri:-

- Pertama ajaklah kawan-kawan yang lain selain dari kawan anda tu mempelawa mereka menghadiri aktiviti agama. SepertiĀ menghadiri usarah hal ehwal islam ataupun menghadirkan di ke “forum bicara remaja”.

- Semaikan dalam diri setiap pasangan dan rakan taulan berdua selalunya tidak baik tapi akan mengundang bahaya iaitu pihak ketika tapi lebih bagus manfaatnya sekiranya masing-masing menceburkan diri dalam melakukan aktiviti bergotong-royong di tempat-tempat awam seperti mencuci tingkap masjid, mengemop lantai masjid membersihkan sampah -sarap pun di kira salah satu aktiviti yang boleh kita lakukan bersama-sama pasangan atau di lakukan secara berkumpulan. Insyallah akan jauh dari pihak syaitan yang harus di rejam.

- Menghadiri aktiviti seperti hari belia. Mungkin di sana banyak aktivit-aktiviti yang boleh kita join mengikut minat masing-masing. Kata orang tidak salah mencuba mana tahu aktiviti yang tersedia ada mampu anda sahut dan menunjukkan anda sebenarnya mampu untuk berdaya saing dengan orang luar.
Program rakan muda juga banyak cabang aktiviti yang boleh di lakukan seperti Wajadiri, Masyarakat, Cinta Alam, Wirausaha, Kecergasan,Seni Budaya ,Inovasi dan pelbagai lagi program boleh kita sertai.

- Menghadirkan diri ke masjid dengan menuntut ilmu di samping memperbaiki bacaan ayat-yat suci Al-Quran di Masjid KLCC, Kuala Lumpur. Antara kelas -kelas percuma yang sedia ada seperti kelas Al-Quran Dewasa, Kelas Tarannum Asas dan kelas Tarannum Profesional. Aktiviti terakhir di majid ini diadakan adalah kursus percuma pengursan jenazah.
Nasihat Suri kepelbagaikan aktiviti anda. Lebih-lebih lagi yang sudah pun berumahtangga takut sekiranya pasangan anda bosan. Bagi yang belum berkahwin saranan Suri segerakan diri untuk berkahwin secepat yang boleh. Hubungan yang lama tidak elok di kekalkan begitu sahaja. Rasailah nikmat berumahtangga kerana di situ banyak lubuk pahala yang tersimpan kemas untuk sesiapa yang rajin mencari keredahanNYA.

