Salam sejahtera untuk semua
Harini ini Suri pergi kerja naik bas. Emm.. keadaan tetap sama macam semalam juga. Masih tunggu dari jam 7.30 pagi sampai ke jam 8.20 pagi. Lamanya berborak dengan seorang kakak ni.
Aree.. dalam berbicara pasal ambil anak terluncur dibibirnya akak ni hidup bermadu! Haaaaaaaa.. dia buat Suri tersenyum
. Selidik punya selidik dia madu yang sulung. Rajinnya dia memgambil anak madunya nombor dua di pekan kemudian bawa kerumahnya dan hantar semula kerumah emaknya belah petang. Itu belum cerita lagi bab nak ambil anak pergi dan balik sekolah. Katanya dia selesa dengan berbuat demikian
. Madunya yang kedua berkerja sebagai cleaner.
Rajin bertanya itu ini dia pula selongkar keluarga kak ada 4 orang. Madu di sana ada 3 orang. Erm.. bila di fikir camnerlah dia sanggup berkasih hati pada madunya yang kedua.
Sekadar gambar hiasan – Google
Selalu kita tengok bila bermadu ini ada sahaja yang masing-masing tak puas hati huu.. Indah gak kehidupan begini sebab jika kita susah masih ada “orang” yang akan menjaga si kecil dan menguruskan anak dengan lebih teratur lagi lebih-lebih lagi madu kita.
Tapi..bagi sesetegah kaum hawa tidak tergamak di madukan! Baik hidup sendri-sendiri dari bermadu kasih pada orang yang sama hii. Atau paling bijak dikata kalau nak berkahwin baik cari yang teruna. JANGAN! sesekali mengambil suami atau isteri orang nanti rosak rumahtangga mereka.
Apapun kehidupan bermadu ini tidak semudah untuk dilaksanakan jika kita bukanlah seseorang yang benar-benar bertanggungjawab serta adil dalam melaksanakan sesuatu tugas tu. Kata orang pandai membeli kena bijaklah menjaganya. Jika tidak kemudian hari tidak selamat kita di sana..
Pendapat kawan-kawan bagaimana pula?


