Kata Orang..Tentang Satu Perasaan

Kata orang
Cinta suatu yang indah
Perasaan bahagia, sikap riang gembira
Sentiasa hadir di dalam jiwa

Kata orang
Rindu suatu keresahan
Ianya sentiasa hadir
Jika pasangan berjauhan

never-too-much-love2

Kata orang
Sayang suatu sifat yang murni
Jikalau ditambah keikhlasan
Sayang menyanyangi suatu kebahagian

Kata orang
Penantian suatu penyeksaan
Terseksanya zahir dan batin
Tanpa rasa belas kasihan

Kata oarang
Putus cinta bagai hendak gila
Manakan tidak..jika…
Seluruh kepercayaan telah diserahkan

Kata orang
Ego satu penghalang
Bagi mengecap kebahagian
Masing-masing tidak
Mengaku kalah..Namun
Diakhiri jua dengan penyesalan

love

Kata orang
Perkataan maaf suatu keajaiban
Walau hanya satu perkatan
Ianya mampu merobohkan sejuta keegoan

Kata orang
Adat bercinta
Sentiasa menyanyangi, memahami dan
Ditambah pula dengan kesetiaan
Tetapi jika hanya sebelah pihak
Yang menghargainya
Percintaan tetap tidak berseri
Selamanya…..

Nukilan Dari Norika Amani 2085

nOta tertinggal:
Ada sesetengah orang memang mudah menemui cinta sejati. Kenal tak lama terus berkahwin. Tapi ada juga yang pernah bercinta bagai nak rak last-last putus ditengah jalan..aduh, sedihnya :( Moga-moga mereka ini akan menemui cinta yang membahagiakan kelak ;)

Tentang cinta?
Bagi Suri carilah pada keindahan agamanya dahulu kemudian barulah yang lain -lain. Pandagan anda tentang cinta pula bagaimana ya?? Pasti ada diantara kita memiliki pandagan yang berbeza-beza..hehehe :)

Share

5 Tips Dalam Berpasangan

imagesCAGDSMI1

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

illustration_cartoon_girl_B10PSD028

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya.

Share

Pistt..Rahsia Kunci Hati Si Dia

Khas untuk golongan lelaki yang sering kebuntuan bagaimana mahu memenangi Hati Gadis yang dicintai.Jom kita kongsi Bersama apakah tindakan yang harus diambil oleh Kaum Lelaki bagi Memikat dan Menawan Hati Gadis yang Dipuja.

996968ftw0etufde

Kunci 1-KEPENTINGAN BERKOMUNIKASI.
Kebanyakan gadis memang suka berterus terang.Dari memendam perasaan,baik Si dia berkata apa yang terbuku di hati.Si dia sering berkomunikasi berlandaskan fikiran dan perasaan walau pun ada kalanya agak menyakitkan bagi yang mendengar.Jadi,apabila Teman wanita kamu mahu berkata sesuatu,dengarlah penuh teliti dan renunglah matanya.Pasti Dia akan gembira kerana kamu mengambil perhatian atas pa yang dikatakannya itu.

Kunci 2-MENGAMBIL BERAT TENTANG SI DIA.
Sebagai seorang lelaki,ada masanya kamu perlu menyakinkan Si dia yang kamu ambil berat terhadapnya.Kata-kata juga memainkan peranan penting.Jika kamu berterus terang,haruslah sejujur dan seikhlasnya.Bukan setakat mengambil berat tentang kesaihatan saja,malah kamu juga harus peka dengan Perasaan dan emosinya.

Kunci 3-HARGAILAH PERASAAN SI DIA.
Bagi seorang gadis,perasaan sangat penting bagi dirinya.Jadi tidak hairanlah sekiranya Si dia sering bertindak mengikut perasaan dan kata hatinya. Jangan sesekali kata yang Si dia selalu sangat mengikut perasaan tanpa berfikir.Ia akan membuatkn Si dia terluka oleh sikap kamu itu.Sebaliknya kamu harus membimbingnya bagaimana cara untuk mengatasi perasaan dengan cara berfikir dahulu sebelum bertindak.Si dia akan berasa terharu kerana kamu dapat menerima perasan yang dialaminya.

Kunci 4-SI DIA INGIN DIHORMATI.
Siapa kata Gadis yang lemah lembut tidak wajar dihormati??? Kamu juga harus menghormati dirinya sebagaimana kamu mahu dihormati.Bagaimana mahu menghormati Si dia?Kamu seharusnya mengakui kebolehan,kehebatan,dan keistimewaan yang terdapat dalam diri Si dia. Kamu tidak harus sesekali memperkecilkan keupayaan,memandang rendah terhadap Si dia.Sebaliknya,kamu memberi sokongn terhadapnya agar dirinya terasa dihormati sewajarnya.

1409650ee9w1kc93z

Kunci 5-SUKA DIBELAI DAN DIMANJA.
Sudah sikap semulajadi seorang gadis yang suka dimanja dan di belai.Jadi tidak salah seandainya kamu manjakn Si dia,tanda Sayang dan Cinta kamu terhadapnya.Kamu juga boleh melalukan kejutan seperti menghantar SMS mangatakankamu amt Mencintainya,membelikan Bunga,hadiah ataupun mengirimkan kad ucapan pada bila2 masa. Mungkin juga kamu boleh menggenggam jarinya di saat berjalan seiringan dengannya.Ops!Jangan sampai terjadi perkara2 yang diluar batasan sudahlah.

Kunci 6-PUJI-PUJIAN.
Kebanyakan golongan gadis berasa risau andai penampilan mereka tidak kemas dan paras rupa mereka kurang menarik.Jika penampilan Si dia menarik,lemparkan kata2 pujian agar Si dia terasa dihargai.Tapi,jangan sesekali kamu memberikan kritikan yang boleh mengguris perasaannya.

Kunci 7-UCAPKANLAH CINTA.
Jika kamu gementar untuk mengucapkan kalimah Cinta secara lisan,mungkin kamu boleh menggunakan cara lain.Misalnya,luahkan perasaan kamu melalui puisi ataupun lagu yang mengandungi kata2 indah penuh bermakna.Andai kamu benar-benar mencintainya,kamu seharusnya tisak segan silu untuk melafazkannya kerana pasti ia amat menghargainya.Yakinkan diri kamu untuk berani berhadapan dengannya,meluahkan rasa Cinta kamu yang utuh dengan sejujurnya.

Kunci 8-TIDAK MERIMASKAN.
Sebenarnya golongan gadis kurang selesa apabila mendapat seorang Kekasih yang turut menjadi perhatian orang lain atau suka membangga diri.Ia akan membuatkan dirinya rimas dengan kelakuan kamu itu.Seeloknya kamu bersikap sederhana dan merendah diri.Jika kamu ingin mengetahui Si dia rimas sendan sikap kamu atau yidak,perhatikan gerak gerinya.

Kunci 9-FAHAMI EMOSI SI DIA.Perempuan memang kaya dengan emosi.Oleh sebab itu,kamu mesti memahami emosinya.Kaum perempuan juga mudah mengalirkan air mata,tanda sedih atau gembira.Jiwanya juga mudah terusik walaupun hanya kerana perkera kecil dan remeh temeh.

hugs

Kunci 10-RASA SELAMAT.
Sebagai lelaki,kamu dianggap pelindung dan hero pada Si dia.maka,kamu harus bersikap begitu terutamanya apabila Si dia amat memerlukan kamu.dia akan rasa lebih selamat andai kamu berada di sisinyaterutamanya di saat gentir.Tetapi,pastikan kamu tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia boleh menghilangkan kepercayaannya terhadap kamu.Kamu Perlukan bersikap lebih bertanggungjawab agar Si dia mempercayai dan menghargai kamu sebagai perlindungnya.

Share