Ruler Mga Labi

Salam untuk teman semua.

Cuaca pagi memang menusuk hingga ke tulang ikan sum-sum. Bila air mencecah ke kulit terasa kesejukan bisa menggegarkan bibirku ini. Ceh! apa dah tak der maknanya.. Mandi cepat-cepat segalanya bagai, angkat air sembahyang terus solat gerenti 5 saat selepas itu badan kita akan kembali kepada suhu yang normalkan. Hurm… bukan ke solat tu menggerakkan tubuh kita secara keseluruhannya :) .

Baiklah tak mahu nak berpropaganda lagi harini kita buka buku pelajaran, kita belajar tentang persolekan penggaris bibir.

Bagi kaum hawa perkara ini mungkin dah sehati berdansa dengan lakaran tatarias mereka. Tapi bagi kaum adam kalu anda semua nak tahu apa salahnya. Sekarang zaman dah moden tak salah andai Suri katakan kebanyakan dari jejaka diluar sana tu dah banyak menempa nama dalam dunia fesyen, peragaan, andaman dan sebagainya. Jadi jangan pandang serong pada mereka-mereka semua ni yer hehehe.. ;)

Apa itu penggaris bibir?
Penggaris bibir merupakan satu tatarias berbentuk seperti pensil yang mempunyai pelbagai variasi warna-warna yang menarik mengikut kepadanan keinginan gincu bibir yang ingin di pakai oleh sipemakai agar warna gincu bibir yang digunakan akan tampak lebih menyerlah kepada penggunanya.

a_lip-liner

Penggunaan penggaris bibir juga bukan sahaja digunakan untuk mengelakkan bibir anda dari kelihatan comot tetapi tujuannya untuk menampakkan bibir anda kelihatan penuh, seksi dam mungil!

Apakah cara untuk kelihatan bibir anda nampak kemas?
Cara untuk kelihatan bibir anda nampak kemas sebaiknya anda digalakkan menggunakan warna penggaris bibir yang senada dengan warna gincu bibir anda.

Apakah akan terjadi sekiranya warna gincu yang di gunakan tidak sama dengan warna penggaris bibir?
Sekiranya warna gincu yang di gunakan tidak sama dengan warna penggaris bibir, maka berkemungkinan warna lipstik yang anda pakai akan mulai hilang, manakala tanda penggaris warna yang terang pula akan lebih tampak jelas kelihatan sedangkan lipstik anda pada waktu itu warnanya kian pudar. Sudah tentu ia akan nampak kelakar bukan..

Bagaimanakah cara pemakaian penggaris bibir yang betul?
-Mulakan dari bahagian tengah bibir anda.
-Setelah itu tarik penggaris bibir anda sehingga ke hujung sudut bibir.

tip-lips-new

Apakah cara yang paling sesuai sekiranya saya memiliki jenis bibir yang tebal?
-Sapuan bedak asas hendaklah digunakan sedikit pada bibir anda untuk menutupi bingkai bibir.
-Lakukan garisan dengan pensel bibir di dalam bingkai bibir dan applikasikan gincu anda seperti biasa.

tip-lips-new2

Apakah cara yang paling sesuai sekiranya saya memiliki jenis bibir yang nipis? -
-Anda dikehendaki melakukan garisan dengan pensel bibir di luar bingkai bibir anda.
-Selepas itu applikasikan gincu anda dengan sedikit tambahkan gloss pada bahagian tengah bibir.

Apakah cara yang terbaik untu menajamkan mata penggaris bibir?
Cara yang terbaik untu menajamkan mata penggaris bibir bagi memastikan penggaris bibir anda adalah dengan menyimpan penggaris bibir anda didalam peti sejuk selama beberapa minit.

Sumber Pic:
http://www.artemusbyserjame.com/html/mineral_makeup.html

http://www.silkycosmetics.com

Share