Faktor Berat badan.
Tahukah anda berat badan yang berlebihan juga sebenarnya merupakan faktor utama yang menyebabkan seseorang itu mudah berdengkur tanpa disengajakan oleh individu tersebut.
Ingatlah kawanku sekiranya berat badan anda melebihi 10 paun dari berat badan anda yang idel, maka ketahuilah bahawa ia bisa mempengaruhi bunyi dengkuran yang lebih kuat lagi.
Jadi saranan Suri mulai dari sekarang anda perlulah mulai rutin berdiet secara konsisten supaya kesihatan anda akan lebih terjamin pada masa-masa hadapan kelak.
Kesan Ubat-Ubatan.
Perhatian jenis -jenis ubat yang anda ambil dari sesebuah klinik. Sebab berkemungkinan ada diantara jenis ubat-ubatan atau pil tersebut boleh membuatkan kamu alergi serta boleh menambahkan dengkuran kamu dengan tujuan merehatkan kerongkongmu yang terasa sakit itu.
Jadi Suri sarankan agar anda dapatkanlah nasihat doktor dengan secepatnya jika tiada tanda-tanda pengurangan dengkuran berlaku tanpa henti.
Jadual Waktu Tidur.
Nasihat Suri cubalah anda tetapkan jadual tidur anda dengan teratur. Seeloknya tidurlah dan bagunlah pada waktu yang tetap Mengapa? sebab ia mampu menetapkan kadar pernafasan dan mengurangkan dengkuran anda.
Posisi Tidur.
Biasakan diri anda tidur dalam keadaan mengiring tetapi tidak tidur dalam keadaan menelentang.
Mengapa? sebab dengan cara tidur yang sebegini ia sebenarnya boleh menjarakkan kedudukan antara lidah dari tekak dan memudahkan pengaliran udara bernafas dengan lancar.
Kedudukan Bantal.
Seeloknya sebelum anda hendak tidur saranan Suri agar anda meninggikan sedikit kedudukan batal anda dengan cara menegak supaya ruang pernafasan anda akan lebih terasa luas lagi sekali gus saluran pernafasan anda akan bernafas dengan lebih teratur lagi.
Asap Rokok.
Jauhilah diri anda dari asap rokok. Kerana ia boleh mendatangkan lelehan, bengkak tisu pada hidung terhadap kepala tenggorok anda.
Etika Dalam Kebersihan.
Sekiranya anda sering mengalami alahan yang teruk maka adalah lebih baik sekiranya anda menghapuskan dengan membersihkan segala sudut peralatan rumah anda, tempat tidur, ruang tamu dan sebagainya dengan cara mengemas persekitaran tersebut agar ruang udara disekeliling rumah anda akan lebih segar dan bersih.
Jauhi Anasir Yang Tidak Elok.
Elak diri anda dari mengambil sebarang jenis bentuk minuman alkohol, pil tidur, ubat dan sebagainya ini kerana semua benda-benda tersebut mengandungi dadah serta boleh menambah kadar kerehatan otot di hidung dan tekak akan menjadi lebih parah lagi.
Jadi jagalah kesihatan anda sekiranya anda masih sayangkan keluarga dan anak-anak anda.
Hidup sihat keluarga ceria
hehe

