Salam pagi semua
Cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi. Rasa seronok di hati bila banyak masa akan dihabiskan bersama anak-anak. Namun begitu tahukah kawan-kawan tidak semua cuti sekolah yang panjang harus dimanfaat oleh ibu bapa dengan pergi bercuti di rantau orang, berjalan-jalan di taman teman air dan sebagainya. Namun sedarkah kawan-kawan bahawa cuti sekolah dirumah juga boleh dimanfaatkan masa tersebut dengan menciptakan suasana pembelajaran yang baik untuk minda anda anda berimiginasi!
Link: http://www.earlychildhoodlinks.com/teachers/crafts.htm
Menyingkap zaman cuti sekolah Suri di kampung suatu ketika dulu Suri suka membuat kapal dengan menggunakan kertas! Masa buat kapal kertas tu ayah Suri yang ajarkan. Start dari hari itu Suri mulalah berblogging bermain kapal kertas. Nak- nak bila hujan turun Suri mulalah main air hujan di bawah rumah Suri sambil membawa dua ke tiga bijik kapal kertas. Sekiranya hujan lebat maka peluang untuk Suri bermain air hujan dengan kapal amat cerah sekali
. Seandainya hujan tak lebat kiranya haritu memang tak best ar buat Suri
.
Hurm .. mesti buat!! kalau Suri tak buat aktiviti ini rasa macam bosan yang teramat sangatlah ngheee.. Ayah dan mak memang dah tahu tabiat Suri suka main air hujan dengan kapal kertas sebab katanya selagi tak di beri selagi itulah dia akan mengamuk! hihii..
Baiklah kita lupakan kisah yang lalu harini Suri ingin mengajak sahabat semua untuk mencuba mengajar anak anda bagaimana membuat hasil kerja tangan dengan menggunakan kertas bagi membentuk binatang ladybug. Perlu diingatkan tayangan youtube dibawah bukan dari orogami tapi lebih pada kraf kanak-kanak. So enjoy it !
Paling cantik jika ia di hias dinding bilik anak anda
sesuai juga jika di deco atas kertas undangan hari lahirnya kelak
.

