Jom Tangani Tekanan

As-salam untuk semua..
Ha..harini Suri nak berkongsi tips berkenaan dengan cara mengatasi tekanan perasaan dalam diri kita. Tips ini Suri dapat dari promosi keselamatan makanan serta sambutan hari kesihatan mental sedunia peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Hurm, apa yang menariknya isi kandungannya? Ayuh kita baca bait-bait yang seterusnya..

Genjala Stres
Seseorang yang menghadapi tekanan akan sentiasa gelisah seperti tidak senang duduk dan sebagainya sebab mereka ini sentiasa memikrikan sesuatu perkara atau masalah ini tanpa berhenti.

Tahukah anda sekiranya tekanan perasaan ini tidak dapat di kawal dengan sebaik yang mungkin ia boleh menyebabkan keadaan anda akan terlalu risau yang agak keterlaluan sehingga boleh membawa anda kepada tekanan mental tanpa anda sedari.

stress-cartoon

Prestasi tempat anda berkerja mungkin kurang diberi tumpuan akibat terlalu memikirkan masalah yang rumit. Bukan itu sahaja malahan produktiviti anda mungkin kurang menyerlah dari biasa ini akan mengakibatkan prestasi anda menurun secara sedik-demi sedikit.

Apabila masalah semakin sukar dan rumit untuk di tangani secara rasional maka akan pastilah jiwa seseorang itu akan sentiasa melenting, cepat marah pada situasi-situasi yang tidak menentu. Jadi awasilah kemarahan anda takut ia akan menjadi satu kes yang lain pula seperti bergaduh dan sebagainya.

Baiklah mari kita semak semula apakah punca-punca kita selalu menghadapi tekanan perasaan antaranya adalah:-

Masalah kewangan mungkin sebuah keluarga yang hidup bersederhana memerlukan peruntukan kewangan yang lebih banyak untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil.

Terlalu lama menunggu rakan-rakan untuk berjumpa di sesuatu tempat seperti yang di janjikan mengakibatkan sebahagain dari kita bersungut sendirian.

Penceraian dimana pasangan sudah tidak dapat hidup sehaluan lagi. Si anak pula terpaksa menerima perpisahan dengan hati yang terluka.

Bebanan tempat kerja yang terlalu banyak. Namun gajinya macam tu juga..huhu..

Bila balik dari waktu pejabat kesesakan jalan raya selalu sesak dan padat.

Keadaan persekitaran yang tidak selesa. Seperti contoh kawasan perumahan anda yang berdekatan dengan kawasan pencemaran udara, pencemaran bunyi, kawasan hitam dan sebagainya.

Tragedi yang pernah anda alami dalam diri sendiri membuatkan anda tidak senang duduk.

Rasa rendah diri terhadap kelemahan diri atau fizikal membuatkan anda sering menjauhkan diri pada orang-orang disekeliling anda.

stressed

Konflik rumahtangga yang tiada kesudahannya membuatkan ada hilang kekuatan untuk mengharunginya secara aman dan damai.

Bagi pelajar atau pekerja baru yang lemah mungkin punca stress bila dia selalu di buli oleh rakan-rakan seperjuangannya.

Gagal dalam peperiksaan juga membuatkan seseorang itu mendiamkan diri seketika. Sambil mencari dan mempersoalkan dalam diri mengapa dia boleh mendapat keputusan dengan sebegitu teruk sekali.

Amalkan 10′ B

1.Bertenanglah ketika kita menghadapi tekanan tersebut.

2.Jika anda mempunyai sumber kewangan yang lebih maka anda digalakan pergi ke spa untuk berurut. Nak jimat? anda mintalah rakan anda urutkan badan anda. Lepas itu janganlah pula anda buat-buat lupa untuk bagi duit kocek pada rakan anda tu ek.hehee.. :)

3.Sesekali anda beriadalah di taman mungkin ia boleh merehatkan minda anda seketika.

4.Bersenamlah sebab ia boleh membuatkan anda terlepas dari memikirkan masalah yang anda hadapi.

5.Sentiasalah berfikir positif supaya anda akan dapat tangani tekanan dalam keadaan yang tenang sekali.

6.Berkatalah: “Relakslah..” supaya anda akan menemui titik penyelesaian dengan sebaik yang mungkin.

7.Bernafaslah dengan dalam supaya segala masalah akan dapat di harungi dengan segala kekuatan yang ada.

8.Bercakaplah dengan seseorang yang boleh anda percayai semoga segala luahan yang hendak anda sampaikan sedikit sebanyak tidak dibebani oleh anda sahaja.

9.Berahatlah atau mendengar muzik, berzikir, berselawat seketika semoga hati yang gusar akan dapat dirawat denga kalimah-kalimah Allah yang maha berkuasa.

10.Marilah kita beribadat kepadaNya. Memohon semoga masalah yang menimpa diri akan pulih pada keadaan sedia kala.

senang hati

Tangani tekanan dengan latihan pernafasan.
1.Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan abda di sisi kaki.

2.Pejamkan mata anda dan biarkan kepala anda tunduk ke hadapan.

3.Tarik nafas anda secara perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10 kali.

4.Kemudian hembuskan nafas anda sevara perlahan-lahan melalui hidung. Sambil itu terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas anda dikeluarkan.

5.Ulangi langkah-langkah di atas sebanayk 5 kali sehinggan anda merasa tenang dan relaks.

6.Akhirnya buka mata anda secara perlahan-lahan.

P/S: Sebenarnya ia dalam bentuk ponit-point sahaja. Tapi Suri ubah sikit dan jadikan dia ayat yang mudah difahami untuk semua.

Sihat dan cerdsa manjana kehidupan yang lebih bermakna lagi. ;) Follow jangan tak follow senaman ni yer..tak buat rugi tau..hehe.. :)

Share