Anjing – Anjing Neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu’adz, “Wahai Mu’adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

Perbualan.
Jangalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

Ayat suci Al- Quran.
Bacalah Al-Quran

Perbuatan atau kelakuan.
Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

Hindari sifat tercela.
Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

Jauhi keegoaan diri
Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

Percampuran ilmu di dunia.
Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

cartoon-D

Rendah diri.
Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

Bisikan Syaitan.
Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

Bangga diri
Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

Perbualan dan kata-kata.
Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, “Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain.”

Sabda Rasulullah S.A.W., “Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itu pun merobek serta menggigit tulangnya.”

Kata Mu’adz, ” Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?”

Sabda Rasulullah S.A.W., “Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T.”

Sumber harmoni.com Lt.kdr (b) Dahlan Bin Che Mat (Pak Ndak) dan sebahagian ayat telah diubahsuai oleh Suri.

Takut dengan janji Allah s.w.t. kerana semuanya adalah benar-benar belaka seperti amanatnya yang terkandung didalam Al-Quran.

Teringat masa nak pergi kolej Suri dan kawan-kawan serumah selalu kena kejar anjing hitam huhuhu.. :( anda ada kisah menarik yang nak dikongsikannya disini..jom share ;)

Share