Salam bunga kasih di pagi Jumaat yang mulia ini
Dalam Suri mencari-cari ilmu tentang si bunga ni maka Suri ada terbaca artikel yang di tulis dari Julie Roshana Akma Bt Shafee. Suri benar-benar tertarik dengan pengolahan maksud yang cuba di ketengahkan oleh beliau tentang bunga ini. Kawan-kawan nak tahu apa isi dalam bungnya itu jom baca hasil tulisan beliau.
“Tidak kira wanita mahupun lelaki, jika mereka diberi walau sekuntum bunga, pasti senyumannya sudah mula terukir di bibir. Namun begitu sebelum anda memberi bunga kepada seseorang, terdapat beberapa peraturan atau etiket yang perlu diperhatikan sebelum anda menunaikan niat murni tersebut.
Berikut adalah beberapa nasihat sebelum anda melakukan sebarang kesalahan.
Tahu Warna Sebenar Bunga Yang Di Pilih
Bersamaan dengan jenis bunga tersebut, memilih warna yang sesuai juga amat penting. Bunga-bunga seperti daisy, carnation dan bunga kekwa terdapat dalam pelbagai warna. Apabila memberi bunga sebagai hadiah, anda perlu sensitif terhadap persekitaran dan jangan sesekali memberi bunga berwarna putih.
Ini kerana dalam sesetengah budaya, bunga warna putih melambangkan suasana sedih dan perkabungan. Ini di sebabkan warna putih banyak digunakan semasa pengebumian. Sebagai contoh, di negara Asia, warna merah melambangkan hidup dan kegembiraan.
Beri Bunga Dalan Jumlah Yang Betul
Pertimbangkan jumlah bunga sebelum memberinya kepada orang lain. Sebagai contoh, di beberapa tempat di Asia, jangan sesekali memberi bunga yang berkaitan dengan empat nombor kerana dikatakan hampir kepada perkataan mati.
Di Amerika syarikat, memberi sedozen bunga adalah amat sesuai dan menjadi satu kebiasaan mereka. Di Eropah dan negara-negara lain, nombor genap dikatakan tidak sesuai. Di kebanyakan tempat, nombor 13 adalah dikira tidak bertuah. Sekuntum bunga selalunya dikhaskan untuk pasangan kekasih.
Hadiahkan Bunga Dengan Penuh Keyakinan
Di kebanyakan negara, adalah menjadi kebiasaan untuk menghadiahkan sejambak bunga tanpa dibungkus. Ini dikatakan dapat menunjukkan kecantikan sebenar bunga sewaktu dipersembahkan kepada si penerima. Elakkan untuk membawa jambangan bunga kepada orang lain (sebagai contoh kepada orang sakit di hospital atau ke majlis jamuan), kerana ia dikatakan dapat memberi gangguan kepada si penerima kelak.
Terdapat dua alternatif untuk dipertimbangkan jika mahu membawa bunga ke hospital atau jamuan. Jika anda ingin membawa bunga ke hospital, bawalah bunga yang telah diletakkan didalam pasu atau bunga yanag telah disusun dengan sempurna di dalam jambangan.
Akan tetapi sebelum anda ingin memberikan bunga itu kepada pesakit anda haruslah bertanyakan kepada pihak hospital berkenaan dengan polisi pemberian bunga kepada pesakit. Bagi majlis jamuan pula anda juga dikehendaki untuk menghubungi tuan rumah terlebih dahulu dan tanyakan bunga apakah kegemaran mereka.
Jadilah Pemberi Bunga Yang adil
Lelaki juga amat suka jika diberi bunga. Perbezaan yang perlu diingati apabila memberi mereka bunga adalah apa jenis bunga yang diberikan, warna bunga dan bagaimana cara ia di persembahkan.
Jawapannya berikan ia warna yang dominan seperti kuning dan oren. Pembalut bunga juga hendaklah dari jenis yang simple serta elakkan ia dari penggunaan tali reben yang banyak.
Jadilah ‘Secret Admirer’ Untuk Diri Anda Sendiri
Anda sering melalui hari yang tidak menyenangkan? Meraikan kejayaan peribadi? Tidak kira apa sahaja yang anda lalui, berikan diri anda bunga kegemaran anda sendiri. Ingat, tiada siapa yang boleh menghalang anda melalukan perkara sebegini. Lagipun tiada ada sesiapa pun yang tahu jika anda membeli bunga untuk diri sendiri.
Kesimpulannya, tidak kiralah keinginan anda memuncak untuk memberi bunga kepada seseorang, namun terdapat satu perkara yang perlu anda ingat iaitu jangan mencuri bunga dari taman jiran anda semata-mata mahu memberi bunga kepada orang lain.”
Pada sesiapa yang terlepas bas tu ini adalah antara tiket bas entri yang Suri postingkan beberapa bulan lalu yang berkisar cili campur air dengan bunga seperti Ajaib Disebalik Kuntuman Bunga dan Maksud Di Sebalik Bunga.
Suri teringat kata mak. Mak cakap kalau nak tanam bunga ni kena tengok tangan gak. Kalau tangan panas memang tak menjadilah bunga yang nak ditanam tu. Sempat bernafas dua, tiga hari bolehlah pastu mati. Kalau kena tangan macam mak Suri cucuk je dahan ros kat tanah pasti esok, lusa daunnya akan keluar juga. Suri? Hurm..pokok jopun bolehlah lagi hehehe
Kawan-kawan ada kisah disebalik bunga? Jom sharekan pengalaman anda disini


