Bagaimana Mencari Kekasih

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Setelah sekian lama blog ini menyepi membuatkan tanganku sukar untuk melakukan senaman kuak terlangkup di lantai keyboard. Bukan tak sudi mengeposkan sesuatu disini tapi sekadar mendiamkan diri buat seketika waktu rasanya tidak mengapakan.. we..we..we.. :)

“Tertarik dengan seseorang bermakna kita menyukai individu itu dari sudut luaran. Namun begitu bila hati sudah di sapa kata maka seputar alam diri kita tak tentu hala dibuatnya.”

Baru -baru ini Suri di sapa oleh seorang teman bertanyakan pada Suri soalan cepu.pu emas :) . Katanya Mie camner nak mencari kekasih? Susah tak? budget berapa ya? erk…  Soklan dia benar-benar membuatakan Suri tersenyum.. Yang mencari dah satu hal, bila dah syok bercinta putus plak tengah simpang adeh.. Nih gara-gara niat dalam hati tak betul ar nih..kata Suri ar..

Jom follow Suri bagaimana panduan mencari kekasih dengan cara yang betul ;)

remoteImage.jsp

Carilah pada agamanya kerana kita lebih selamat dan sejahtera di akhirat kelak. Mencari pasangan yang ada isi bermakna setelah kita berumahtangga pasti kehidupan anda bersama pasangan akan terjamin bersama-sama anak yang bakal dilahirkan.

Carilah pada hartanya. Bukan bermaksud kita harus mengaut keuntungan pada hartanya  tapi pada apa yang ada padanya. Ingat harta yang banyak tidak akan mampu membawa kita kemana-mana  dan ia juga bukan satu tiket yang mudah untuk kita ke sana. Kata orang banyak harta takut lupa diri tapi kalu tak punya harta dikhuatiri diri akan melarat pula..

Mencari dalam kecantikan wajah ia tidak akan mampu bertahan sampai bila-bila. Dari muda nampak ranum setelah di mamah usia rasanya perkara itu tidak bisa untuk di banggakan lagi. Apa yang ada hanyalah sementara sahaja.

Carilah pada keturunan yang baik-baik yang menekankan agama itu sebagai tunjang dalam kehidupan. Mencari keturunan yang baik-baik seperti laksana kita mencari dan menabur benih yang terbaik untuk masa hadapan.

rabbani_hijau

Sumber Youtube: Kumpulan Nasyid Rabbani

Mari, mari marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersentak si jejaka diberitakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tidak upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinlah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa (hai)
Terpesona memandang (hah)
Benarkah isterinya
Menawan sungguh cantik

Cari, cari carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita solehah terpelihara
Terharu jejaka tunduk bersyukur

Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda
Insan punya agama akhlaknya mulia
Fahamilah

Al-Fatihah buat salah seorang ahli kumpulan mereka yang telah pergi..
Share

Adab Menjadi Pendengar Yang Baik

prev-senyum-ikhlas-ceria

Salam ceria untuk semua. Apa khbar hari ini? harap-harap anda dalam keadaan yang sihat walfiat hendaknya. Dan bagaimana pula sekiranya bagi yang kurang sihat tu? hurm, Suri cadangkan agar anda segeralah berjumpa dengan doktor ya. Daptkan rawatan yang selanjutnya.

“Hisyh, penatlah aku bercakap dengan si Tina ni. Bila kita bercakap langsung dia tak mahu mendengar apa yang kita mahu ceritakan pada dia. Dengar, tapi buat macam tak dengar je. Terus aku belum habis nak bercerita lagi dia dah potong line. Tadi beria benarlah pulak dia nak mendengar cerita aku ni..Eik..geram betul aku dibuatnya! Ada ke patut?”

Okeylah tanpa membuang masa untuk hari ini Suri nak kongsikan beberapa tips yang boleh juga dikira penting dalam kehidupan seharian kita. Apa dia ya? hah, teruskanlah membaca jika anda nak tahu isi kandungannya..

APA YANG PERLU DILAKUKAN

2746

Tulis Apa Yang Anda Faham.
Seperti contoh jika anda meghadiri sesebuah seminar kursus anda adalah disarankan agar menulis isi-isi yang penting semasa seminar tersebut dijalankan. Maka dengan cara tersebut ada akan mudah memahaminya dengan lebih mendalam lagi. Nanti bila anda hendak membuat rujukan kembali sudah tentulah catatan tersebut berguna untuk anda kelak.

Senyuman.
Mengapa? ini kerana dengan senyuman sebenarnya ia akan menggalakkan seseorang penyampai cerita, perbualan kisah tersebut bercakap dengan lebih keyakinan lagi.

Pergerakan Tubuh.
Anda diminta agar jangan sesekali menyilangkan tangan anda kerana ini tidak dapat membuka sebarang perbualan antara anda dengan rakan anda semasa sesi bercerita tersebut berlangsung. Ingat! ini adalah penting semasa sesi komunikasi dijalankan.

Maju Ke Depan.
Sedarkah anda bahawa kedudukan tubuh anda sebenarnya akan dapat menjemput atau tidak seseorang itu untuk menggalakkan perbualan yang seterusnya. Apa yang Suri sarankan disini adalah wajar sekiranya anda membawa tubuh anda berhadapan dengan rakan anda agar rakan mengetahui bahawa anda sebenarnya berminta untuk mendengar perbualannya dengan lebih jelas lagi.

Nada Suara.
Tahukah anda sebenarnya nada suara anda juga menggalakkan seseorang itu untuk mendengar. Sudah pasti dengan intonasi suara yang baik akan membuatkan sesiapa sahaja akan menyenangi anda. Dari itu anda adalah dinasihtkan menggunakan pertuturan kata yang sopan semasa membalas perbincagan dengan rakan anda agar rakan anda tidak akan merasakan keseorangan semasa sesi bicara dijalankan.

Mata.
Komunikasi mata juga amat perlu kerana ia akan membuatkan seseorang itu lebih peka kepada sesuatu perbincangan atau perbualan tersebut.

Anggukan.
Ia sebenarnya menunjukkan bahawa tanda persetujuan dalam sesuatu perbincangan atau perbualan tersebut. Bahkan ia seolah-olah mendapat kata sokongan dari pihak anda disamping menaikkan semangat untuk anda mendengar.

Tanya Soalan.
Setelah selesai mendengar adalah lebih baik sekiranya anda bertanyakan beberapa soalan yang dikirakan sesuai dan relevan kepada rakan anda. Ini kerana hasil dari perbincangan atau perbualan tersebut akan memberikan satu kesimpulan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

APA YANG TIDAK PERLU DILAKUKAN

christmas_merry_santa_jokes_funny_y

Mencela
Perbuatan ini dianggap kurang sopan kerana tidak menghormati etika semasa proses pertuturan atau penyampaian sedang yang sedang rancak dibicarakan. Malahan sikap ini dianggap kurang ajar. Jika anda ingin mencela perbualan tersebut maka, Suri sarankan agar biarkanlah rakan anda menghabiskan pertuturann atau penyampaian ceritanya itu kepada anda. Setelah rakan anda telah habis berbicara maka barulah anda mengelurakan isi pendapat anda kepadanya.

Tukar Subjek Perbualan.
Anda dinasihatkan agar tidak menukar subjek perbualan kerana ia akan membuatkan rakan anda tidak selesa akan hal tersebut. Mengapa kerana tujuan perbualan tersebut adalah untuk mendengar masalah rakan anda dan bukannya pada peralihan subjek yang berlainan.

Berangan-angan
Ingat! sewaktu sesi perbualan dijalankan anda adalah dinasihatkan agar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada sesi tersebut dan bukannya pada perkara yang lain seperti berangan atau sebagainya. Mengapa? kerana ia akan membuatkan rakan ada hilang minat untuk meneruskan sesi perbualannya dengan sebaik yang mungkin.

Harus diingat, jika anda tidak berminat untuk mendengar perbualan tersebut maka adalah lebih baik anda meminta diri dari awal agar perbincagan atau perbualan tersebut tidak akan melukakan hatinya kelak. Diketika itu carilah waktu yang benar-benar sesuai jika anda telah bersedia untuk mendengar kembali perbualan rakan anda itu.

WeY..hu..cara anda bagaimana pula? ;)

Share