Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..
Aduh hai jika kekasih lama datang kembali rasanya untung juga nasib badan seandainya yang datang tu jiwa kita masih kosong bak tin kosong heee..
Tapi..
Seandainya diri anda telah dimiliki hata dah berkahwin sekalipun maka saranan suri lebih baik anda memberikan fokus utama pada apa yang anda sedang lalui sekarang ini. Bak kata pepatah jangan sampai yang di kejar tak dapat yang di kendong berciciran
. Peribahasa dari Tengkorak emas dari komennya yang lepas
Lakukan sebarang kejutan untuknya. Hadiahkan sekuntum bunga untuknya setiap hari. Lebih manis bunga yang amat di gemarinya
. Biasalah wanita dengan bunga mana boleh dipisahkan
. Hurm..jika sebulan ada 30 hari maknanya ada 30 jambak bungalah hiii..
Selalulah mengambil berat akan dirinya. Tapi awas bukan selalu. Sebaiknya buatlah biasa-biasa sahaja tapi dalam masa yang sama munculkan diri anda di depannya sekali -sekala. Agar dia tahu bahawa anda tidak akan pernah jemu untuk memujukknya. Erk jika selalu berjumpa karang bosan juga. Lainlah jika zaman bercinta dulu asal tak jumpa mudah sahaja menjamah rindu tika perlu.
Sering menghulurkan bantuan jika si dia benar-benar dalam kebuntuan
. Pasti ia akan rasa saat dia didalam kesusahan anda adalah insan yang layak memahami segala kesukarannya. Dan sememangnya dia lebih mengenali hati budi anda dari orang lain.
Jika keadaan kembali stabil gunakan peluang yang ada untuk kembali bertemu dia di tempat pertama kali anda makan/ minum date bersamanya satu tika dulu. Pasti saat itu akan kembali bermain dalam ingatannya semula
Oh no.. nampaknya tiada pilihan lain jika dia tetab buat dek jer apa kata anda datang terus ke rumahnya dengan membawa sebentuk cincin. Ada berani? Disitu anda akan mendapat jawapan yang pasti melalui dirinya sama ada dia menerima anda kembali atau tidak.
Jika usaha tidak mendatangkan hasil anggap sahajalah dia di ciptakan bukan kerana dia adalah jodoh anda .. akan tetapi dia mungkin milik orang lain
Hidup kena cool beb



