Khas Untukmu Kawan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Pada kawan yang sering membaca entri Suri tanpa jemu.

Pembaca setia yang sering mengikuti perkembanganku.

Pada sahabat sering memberikan Suri sokongan pada setiap topik yang cuba diketengahkan.

Pada teman yang rancak meninggalkan komen diblog ini korang semua memang the best bloger buat suri ;)

UNIC

Terimalah lagu ini ditujukan khas buat kalian semua ;)

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Menunjukkan jalan demi ummat semesta

TERIMA KASIH KAWAN :)

Share

Sayunya Hati Ini..

Assalamualaikum semua sahabatku…

Morning

Pagi itu indah seperti biasa seseorang selalu menegurku sebelum Suri menekan punat lif untuk ketingkat atas..

Tapi setiap kali tegurannya mesti menyapa salam dan perkahabaran dari Suri, suami dan anak-anak..

Waktu pagi  mula menjerukkan diri mengubah alam bertukar ke petang yang mendamaikan..

“Nak dia tak sampi lagi?”

Glup.. belum lagi  sambil mata bundarku menkerling jam di tangan kiri.

“”Telefonlah cepat hari dah nak malam ni” kata dia dalam nada risau persisnya seperti seorang ayah..

Seperti biasa habis waktu kerja Suri akan menunggu dia di tanggan maybank investment bank. Sambil borak-borak kosong dengan “si ayah tu”. Ia dah seperti terbiasa kami berborak sementara menunggu dia sampai. Berbicara tetang kehidupan, hal-hal semasa,  mahupun kisahnya seorang askar dan lain-lain lagi.. Oh..sungguhlah peramah orangnya itu semua orang tahu.. 

Hari lain..

Dia menegur saban hari tanpa jemu bertanyakan soalan yang sama..tapi harini lain sikit nadanya bergema. “Nak umi bawa bekal apa harini?” Seperti selalu Suri tahu dia suka kueh tiew Suri…masih terngingai dalam serombong teligaku akan katanya ” Nak Umi kalu ada buat lebih bagilah kat saya lagi.. sedap tu macam makan kat kedailah pula..”

Pagi yang tergesa-gesa..

Suri memberikan salam kepadanya. Ah, dengan kumis misainya yang lebat dan tebal itu dia menyoal Suri tentang satu buku yang di bacanya.. Tapi sayang dah banyak kali dia soal Suri namun jawapan yang Suri beri semuanya salah :( . Namun dia selalu cakap tak mengapa nanti saya akan bagi soalan yang lain pula. Suri pun naik lif seperti biasa..

book_06

Petang yang lain pula Suri turun seperti biasa. “Eh, banyaknya buku. Boleh saya pinjam?” buat apa pinjam kalu Umi saya berikan sahaja…Pagi besok tu seperti yang dijanjikan satu bungkus beg plastik penuh dengan buku-buka lama. Alhamdulillah tahu-tahu sahaja pakcik ni si Suri ni ulat buku sentiasa hihi. Sambil memberikan ucapan terima kasih kepadanya..

…..Pagi ini Suri tekan punat lif seperti biasa. Sambil mendongakkan kepala ke atas untuk melihat nombor lif naik. Hurm..Allah cermin mata tak pakailah pulak apa dia tulis ni. Jap cuba tonjetkan diri yang sedia rendah ini untuk melihat memo kat atassss. Awatlah tinggi sangat orang ni menampal memo. Tanpa rasa malu dan segan Suri memberikan salam pada pak cik meminta dia bacakan memo kat atas tu bagi pihak Suri.

“Samsuri?” Pak cik Samsuri tu siapa ini..?? Memang Suri tak tahu nama pekerja jaga kat sini sebab selalu bertukar-tukar orang. Selalu orang bangunan ini akan panggil cik jer sebagai ganti nama pak cik jaga.. 

Blah…blah.. pak cik yang bermisai tebal tu, kurus, yang ada sakit jantung..dia dah meninggal pada 21/10/2010 yang lepas…

Terdiamku seketika..terkedu seribu bahasa..

64d3632e

Kuseka air mata dari terus berlinangan…sambil membuka pintu pejabat air mata tak henti membasahi pipi mulusku ini..

Dia adalah pak cik jaga dikawasan tempat Suri berkerja…

Al-fatihah buatnya. Sungguh tak disangka orang yang selalu Suri ketemu, bergurau, nasihatkan Suri ibarat ayah dia telah pergi begitu sahaja..tanpa pesan terimbas senyumannya sering menghias diwajahnya. Tanpa sedikit pun dia mengeluh sakit dan sebagainya arwah tetap senyum dan ringan mulut seperti selalu.

Ia adalah salah satu memori yang tidak akan dilupakan dan seperti selalunya teman bersembang petang sementara menunggu suami sudah tiada ..

Share

Adab Menjadi Pendengar Yang Baik

prev-senyum-ikhlas-ceria

Salam ceria untuk semua. Apa khbar hari ini? harap-harap anda dalam keadaan yang sihat walfiat hendaknya. Dan bagaimana pula sekiranya bagi yang kurang sihat tu? hurm, Suri cadangkan agar anda segeralah berjumpa dengan doktor ya. Daptkan rawatan yang selanjutnya.

“Hisyh, penatlah aku bercakap dengan si Tina ni. Bila kita bercakap langsung dia tak mahu mendengar apa yang kita mahu ceritakan pada dia. Dengar, tapi buat macam tak dengar je. Terus aku belum habis nak bercerita lagi dia dah potong line. Tadi beria benarlah pulak dia nak mendengar cerita aku ni..Eik..geram betul aku dibuatnya! Ada ke patut?”

Okeylah tanpa membuang masa untuk hari ini Suri nak kongsikan beberapa tips yang boleh juga dikira penting dalam kehidupan seharian kita. Apa dia ya? hah, teruskanlah membaca jika anda nak tahu isi kandungannya..

APA YANG PERLU DILAKUKAN

2746

Tulis Apa Yang Anda Faham.
Seperti contoh jika anda meghadiri sesebuah seminar kursus anda adalah disarankan agar menulis isi-isi yang penting semasa seminar tersebut dijalankan. Maka dengan cara tersebut ada akan mudah memahaminya dengan lebih mendalam lagi. Nanti bila anda hendak membuat rujukan kembali sudah tentulah catatan tersebut berguna untuk anda kelak.

Senyuman.
Mengapa? ini kerana dengan senyuman sebenarnya ia akan menggalakkan seseorang penyampai cerita, perbualan kisah tersebut bercakap dengan lebih keyakinan lagi.

Pergerakan Tubuh.
Anda diminta agar jangan sesekali menyilangkan tangan anda kerana ini tidak dapat membuka sebarang perbualan antara anda dengan rakan anda semasa sesi bercerita tersebut berlangsung. Ingat! ini adalah penting semasa sesi komunikasi dijalankan.

Maju Ke Depan.
Sedarkah anda bahawa kedudukan tubuh anda sebenarnya akan dapat menjemput atau tidak seseorang itu untuk menggalakkan perbualan yang seterusnya. Apa yang Suri sarankan disini adalah wajar sekiranya anda membawa tubuh anda berhadapan dengan rakan anda agar rakan mengetahui bahawa anda sebenarnya berminta untuk mendengar perbualannya dengan lebih jelas lagi.

Nada Suara.
Tahukah anda sebenarnya nada suara anda juga menggalakkan seseorang itu untuk mendengar. Sudah pasti dengan intonasi suara yang baik akan membuatkan sesiapa sahaja akan menyenangi anda. Dari itu anda adalah dinasihtkan menggunakan pertuturan kata yang sopan semasa membalas perbincagan dengan rakan anda agar rakan anda tidak akan merasakan keseorangan semasa sesi bicara dijalankan.

Mata.
Komunikasi mata juga amat perlu kerana ia akan membuatkan seseorang itu lebih peka kepada sesuatu perbincangan atau perbualan tersebut.

Anggukan.
Ia sebenarnya menunjukkan bahawa tanda persetujuan dalam sesuatu perbincangan atau perbualan tersebut. Bahkan ia seolah-olah mendapat kata sokongan dari pihak anda disamping menaikkan semangat untuk anda mendengar.

Tanya Soalan.
Setelah selesai mendengar adalah lebih baik sekiranya anda bertanyakan beberapa soalan yang dikirakan sesuai dan relevan kepada rakan anda. Ini kerana hasil dari perbincangan atau perbualan tersebut akan memberikan satu kesimpulan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

APA YANG TIDAK PERLU DILAKUKAN

christmas_merry_santa_jokes_funny_y

Mencela
Perbuatan ini dianggap kurang sopan kerana tidak menghormati etika semasa proses pertuturan atau penyampaian sedang yang sedang rancak dibicarakan. Malahan sikap ini dianggap kurang ajar. Jika anda ingin mencela perbualan tersebut maka, Suri sarankan agar biarkanlah rakan anda menghabiskan pertuturann atau penyampaian ceritanya itu kepada anda. Setelah rakan anda telah habis berbicara maka barulah anda mengelurakan isi pendapat anda kepadanya.

Tukar Subjek Perbualan.
Anda dinasihatkan agar tidak menukar subjek perbualan kerana ia akan membuatkan rakan anda tidak selesa akan hal tersebut. Mengapa kerana tujuan perbualan tersebut adalah untuk mendengar masalah rakan anda dan bukannya pada peralihan subjek yang berlainan.

Berangan-angan
Ingat! sewaktu sesi perbualan dijalankan anda adalah dinasihatkan agar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada sesi tersebut dan bukannya pada perkara yang lain seperti berangan atau sebagainya. Mengapa? kerana ia akan membuatkan rakan ada hilang minat untuk meneruskan sesi perbualannya dengan sebaik yang mungkin.

Harus diingat, jika anda tidak berminat untuk mendengar perbualan tersebut maka adalah lebih baik anda meminta diri dari awal agar perbincagan atau perbualan tersebut tidak akan melukakan hatinya kelak. Diketika itu carilah waktu yang benar-benar sesuai jika anda telah bersedia untuk mendengar kembali perbualan rakan anda itu.

WeY..hu..cara anda bagaimana pula? ;)

Share