Salam Jumaat untuk sahabat – sahabatku.
Seperti biasa setiap pagi akanku kuak tingkap didalam kamar agar hembusan pagi akan segera meluru masuk menerjah segenap bilik ini agar bau-bauan yang manis kurang enak akan keluar menerbos angin membawa ia pergi jauh dari sini..
WaCah! nyah ko dari sini bau busuk! kotornya hehehe.. bingkas kata hatiku sambil menyarung selendang di atas kepala..
Jap-jap tengok kelender dunia eh harini dah masuk hari Jumaatkan. Sungguh tak terasa masa begitu cepat berlalu. Walhal rasanya kita baru sahaja nak bermesra denganmu cik Julia Julai. Bila ingat besok dah hari ahad sabtu harini rasa macam malaslah pula nak masuk kerja. Bukan apa mungkin ni gara-gara kerja dipejabat yang terlalu banyak cekadak sangat. Sampikan hari-hari rasa nak naik bosan dengan kerja yang selalu dijamahkan ini. Bagai hidangan yang biasa-biasa sahaja.
Bagaimana kawan-kawan mengatasi tekanan tempat kerja? Suri ada beberapa cara yang unik untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan. Tapi bagi kawan-kawan nak lebih detail lagi tentang cara nak mengatasi stress dan sebagainya kawan-kawan bolehlah menyemak kembali dua posting Suri yang lepas bertajuk Jom Tangani Tekanan dan Tension? Apa Yang Selalu Korang Buat?. Ingat jangan lupa terjah sana dulu tau
.
Kata orang kebanyakan kerja yang bertimbun di pejabat akan membuatkan seseorang itu cepat rungsing, marah, mengeluh, bikin muka ketat, macam seluar sendat terasa kepala seperti berat bagai batu dok memikir kerja-kerja bilalah ko nak habis..sambil bermonolng dalam diri kalu aka jadi boskan bagus..
Yang Tersayang.
Ungkapkan citarasa yang tersendiri diatas meja anda. Supaya kedamaian ditempat anda duduk dan berkerja akan lebih bermakna lagi sekiranya ada sesuatu yang boleh menarik perhatain anda untuk terus berkerja. Dok le badan tu lemah semacam jer. Apa kata anda letakkan gambar yang tersayang di atas meja pejabat anda. Gambar anak anda ke, gambar isteri, suami, cawek, cowok. Letakkanlah ia dimana-mana sudut yang mudah dilihat.
Senang kata jika kita mengeluh, penat pasti anda akan memandang gambar yang tersayang dalam kesibukaan yang menggila. Hati yang kust pasti akan tenang kembali dan anda juga akan menjalankan tugas dengan rasa tanggungjawab dengan penuh amanah. Maka secara tidak manualnya hati anda akan kembali bersemangat seperti biasa
Cara Suri
Suri tepekkan pic 4R si comel kat kayu ni hihihi..
Alat Mainan.
Wujudkan sebarang jenis mainan ditempat kerja anda. Yang pasti barang tu tidak menyusahkan anda atau orang lain. Apa yang penting barang mainan tu mestilah comel (kecil). Like cute teady bear, sepasang kasut kecil yang comel. Mengapa? Supaya dikala anda di landa kemaruk kebosanan yang amat sangat anda bolehlah mainkan barang mainan tersebut sewaktu anda benar-benar memerlukannya hehehe..tapi agak-agaklah jangan leka bermaian sudahle.
Cara Suri
Kat atas meja Suri ada dadu empat segi bertulis A, B, C, D, E, F, E ini mainan anak Suri yang punya. Dia suka main handbeg Suri selalu bubuh main dia dalam beg ni. Huhu..dah alang-alang banyak yang masuk dalam ni jadi macam gudang mainan pula. Suri pula hanya ambil satu darinya. Dan sepasang kasut hijau yang comel. Dalam kasut tu Suri isi ubat stapeler dan klip kertas..
Peralatan Yang Comel / Menarik
Jika ada kewangan yang lebih apa kata anda beli sesuatu yang menarik untuk dipakai di pejabat anda. Seperti contoh tempat klip memo yang ada gambar lembu, kartun-kartun dan sebagainya. Hurm mouse ke yang berbentuk unik hehee.. Mesti tampak ceriakan.
Cara Suri
Suri hanya ada pensil tekan jer. Kat atas tu ada muka karton siap ada rambu-rambu lagi tu hehehe..
Itulah uniknya duniaku dipejabat. Cara anda bagaimana? Jom sharekan topup kawan-kawan disini


