Wahai..
Sepasang mata yang indah lagi mendamaikan hati yang memandangnya mengapakah kali ini kau menyulitkanku agar daku tidak terus ketempat peraduan.
Lena..
Di diselubungi mimpi-mimpi yang indah.
Adakah ini menandakan bahawa jam 2.45pagi ini adalah waktu daku berdate dengan laptop atau senang berbicara cinta bersama Mr Maya?? Huh.. ternyata diriku tidak pasti..
Pada awal perancangan memang nak ke tempat tidur tapi saje baring kat sofa sekejap. Sambil memikirkan apakah menu yang nak disediakan untuk sarapan pagi besok??
Tiba-tiba pula kotak fikiran Suri terfikir tentang jam?
Hurm jam? apa ada pada jam? kawan-kawan ada jam? tak kisahlah jam dinding kat rumah tu ke? jam tangan ke? jam besar kat bandar hilir tu ke? jam loceng kaki yang penting perkataan di depannya berabjad huruf “J”
Penyebok:
Upss! Apa ada pada jam Suri?
Suri:
Ada macam-macam cerita disebalik jam tahu tak?
Penyebok:
Hey, Suri bukan ke jam tu tugasnya memang berjalan tanpa henti jer. Bateri habis tukar sahajalah pada bateri yang baru. Jika dia rosak pun begitu jugakan? Lagipun dah tersurat dalam kehidupan dia memang sejak azali lagi tugas dan hidupnya berbakti kepada manusia tanpa jemu dah dia pun dah lali berputar-putar mengelilingi dunia bulatan tak kira dari malam sampi ke hari -hari berikut.
Apa yang kau nak sibuk-sibuk ambil tahu hal dia pulak. Dia bukannyer pernah bagi kau makan, tidur, duit pun jauh sekali dan yang paling tepat dia bukanlah manusia tapi benda.!
Suri:
Eh, penting apa jam kepada manusia.. Tulah kau, kerja hanya tahu menyibuk jer. Patutnya dari jamlah kau tahu hargai masa. Dan dari masa tulah kau akan belajar erti disiplin diri dalam kehidupan. Mengerti?
Penyebok:
Tapi apa kepentingan dia Suri? Cuba Suri bagi tahu pada aku ni jika kasihmu sudah berbelah bagi pada si dia..
Suri:
Tanpa jam pasti kita tidak akan bingkas bangun untuk segera mandi dan bersiap ke pejabat. Jika tidak pasti gaji kita akan di potong oleh orang atasan. Paling tidak pun bos atau penyelia atasan kita akan memarahi kita sebab kita selalu masuk pejabat lewat!
Mestilah ada jam jika tidak kehidupan manusia akan tunggang-langgang. Makan entah kemana, tidur pun agaknyer berjam-jam sambil mimpi pun berkawin dengan jam hehee..
Opss! saya ada temujanji dengan seseorang. Tanpa jam pasti saya tak tahu pukul berapa saya harus berjumpa si dia. Nanti lewat sampai. Pasti siang-siang dia dah reject saya untuk dijadikan pasangan kekasih hatinya kerana tegar untuk memungkiri janji terhadap si dia. Daaa..
Penyebok:
Oh, begitu.
Suri:
Kesimpulannya hargailah sesuatu barang itu walaupun ia kecil atau besar tapi ia tetap bernilai kepada manusia. Dan ingatlah sesungguhnya manusia yang suka mensia-siakan waktunya tanpa hala tuju yang baik bermanfaat, dia adalah dari kalangan orang yang rugi dalam kehidupannya.
Sekarang ni cuba pula kawan -kawan fikir-fikirkan sejenak apa akan jadi sekiranya kat dunia ni kita tak ada jam? Hehe..soalan ni memang nampak mudahkan
.
Nota hati:
Rasanya tak salahkan Suri keluarkan entri yang ringan-ringan di waktu cuti ni. Sesekali kita memutarkan skru mengetatkan minda apa salahnya. Asyik fakta ilmu sahaja mesti kawan-kawan boringkan huhu.. jawab yop..jawab yong jangan tak jawab ini soalan budak-budak sekolah rendah, menengah pun boleh jawab huhu..

